Saturday, March 8, 2008

Modal ! Modal! Modal!!

Ha..ini adalah soalan yang paling FAMOUS sekali ditanya. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Kalau bagi saya, senang aje.. The first you have to do is, u list down barang2 yang nak dibeli and brapa anggaran kosnya. And then, mesti mahu ada sedikit modal pusingan.

Kalau untuk rakan2 yang baru sahaja nak mencuba..disarankan membeli media yang sudah siap punya (ready made medium polibag) untuk practise kat rumah. Tapi kalau berani nak venture juga untuk buat sendiri ,pun tidak salah juga. Yang penting,kita menggunakan cara yang betul.

Dari kira2 saya dan kos yang telah saya sediakan, taklah begitu besar. Pakai je bahan2 second hand terlebih dahulu.

Untuk Starter Kit dengan membeli ready made polibeg:

Informasi dibawah boleh dijadikan panduan:

Buat bangsal (20’ X 25’) dengan 5,000 beg muatan.= RM5,000
Beli beg cendawan matang 5,000 beg (RM1.10) = RM5,500
Modal pusingan dan lain2 perbelanjaan.= RM4,500
Jumlah Kos Keseluruhan.= RM15,000
Jumlah pendapatan 3 bulan (5Kx0.05kgx6xRM7) = RM10,500
..
Dalam hal ini, pengusaha dah lepas bayar balik modal bangsal dan modal beli beg cendawan. Jika dia beli lagi 5,000 beg, maka dia akan dapat untung RM4,000. Iaitu pendapatan RM10,500 - RM5,500 (Kos beli beg).
..
Pendapatan RM10,500 di perolehi jika dia menjual setinggi RM7 setiap kilogram. Jika dia dapat jual RM10 atau RM12 ke atas seperti di pasar malam atau pasar siang, maka jualan akan lebih tinggi. RM7 adalah harga minimum untuk borong. Jika kita survey di pasar malam, kita akan dapati harga di pasar malam ada yang mencecah RM13 hingga RM15 setiap kilo.
..
Cuba bayangkan jika pengusaha dapat jual dengan harga tersebut. Lagi satu, modal pusingan tu hanya untuk pelan kecemasan sahaja sebab kalau takde sebanyak RM4,500 pun takpe..sebab gunanya tu untuk bayar bil air api dan beli plastic bungkus cendawan je. Dan satu lagi yang penting, jangan gajikan orang sebab, kalau setakat 5,000 beg...mak ayah kita boleh jagakan...tak susah sangat pun. Untuk kecil-kecilan.
..
Saya cadangkan pengusaha boleh mula dengan 1,000 beg dahulu. Tak perlu buat bangsal. Just beli canopy sahaja dengan syarat, canopy tersebut diletakkan di bawah rimbunan pohon atau pokok yang merendang supaya canopy tersebut sejuk.
Beli 1 canopy (10’ X 10’) = RM300 – RM400
Beli 1,000 beg cendawan = RM1,100
Cash flow = RM1,000
Pendapatan 3 bulan (1Kx0.05kgx6xRM7) = RM2,100
Cara kiraan hasil = (Jumlah beg cendawan X keluaran setiap kali harvest X Berapa kali pengeluaran X Harga Jualan).
..

No comments: