Monday, March 23, 2009

Kursus Pengenalan Keselamatan Makanan,Perundangan Dan Perlabelan Makanan

Pada minggu yang lepas, saya telah menghadiri Kursus yang disediakan oleh pihak FAMA kepada usahawan2 terpilih yang dinajurkan pada 16-18 Mac 2009 di Harbour View Hotel ,Kuching.Fasilitatornya pula, dari Penang iaitu..Aslah Centre for Excellent.
Kursus ini memang patut diadakan untuk usahawan2 yang melibatkan diri didalam produk pemprosesan dan apa2 saja bagi menambahkan kualiti produk & mampu bersaing ke antarabangsa. Anda perlu tahu! dengan adanya pengiktirafan Sijil GMP & HACCP, produk anda mendpat tempat utama di pasaran tak kira dalam or luar negara!

Yang paling menggembirakan sekali, dalam tempoh 2 tahun lagi akan adanya sebuah kilang bertaraf GMP FAMA yg akan dibina di Kota Samarahan yang boleh digunakan bersama oleh usahawan2 Sarawak.

Wednesday, March 4, 2009

Kunjugan Research Officer Mardi KL - 3/03/09
Ini adalah Kali kedua menerima kunjungan daripada Pegawai Mardi KL yang memantau projek cendawan di Sarawak. Memang terima kasih diucapkan kerena ladang kami tetap jug mendapat tempat dan pilihan untuk dilawati.


Kelihatan rumah panjang moden di belakang tabir.. begitulah rumah panjang di kampung saya..


Seronok betul berbual dgn En.Yaseer ni (Baju merah)..Dia pun sproting and always senyum je.. Muda2 dah jadi research officer..

Saya,En.Alba (Mardi Kuching) & En.Yaseer (Mardi KL)



Gambar Kursus 1 march 2009-10 orang peserta




Lawatan Ke Cendawan PJ
Walaupun satu bandar , tapi tak sempat juga saya nak ke tempat Cendawan PJ ni..Selalu sibuk.Tapi dengan kedatangan seorg rakan pengusaha dari Semenanjung iaitu En.Supaat dari Permai Desa akhirnya membawa saya ke sana..Beg media yang saya bekalkan kepada Cendawan PJ masih lagi rancak mengeluarkan hasil..












































Projek Ternakan Keli di Sg Tengang
Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah menyertai rombonganTekun untuk aktiviti mereka di Sg.Tengang.Hanya saya seorng saja perempuna.NAsib baik kakak saya sudi juga datang.Tapi bagi saya..bisnis ni tak mementiung laki/perempuan..yang penting ada usaha,minat dan keyakinan. Ini adalah satu-satunya projek ikan keli yang begitu berjaya sekali di Sarawak yang dibuat oleh Bumiputera serta dibiayai Oleh TEKUN NASIONAL dan mendapat bimbingan daripada mereka sekali.. Memang terbeliak mata saya melihatnya..


Projek ini diusahakan dalam keadaan kampung yang serba kekurangan di mana masih lagi kekurangan kemudahan asas seperti elektrik dan juga bekalan air. Berbekalkan tulang empat kerat (orang kampung) usaha serta semangat untuk memajukan kehidupan mereka, akhirnya mereka telah buktikan bahawa orang kampung merupakan salah satu golongan usahawan yang mempunyai potensi untuk berjaya tapi mereka mempunyai masakah modal dan tiada orang yang memberi pelunag bagi membuka jalan membuktikan mereka mampu lakukan.


Memang saya tabik dengan usaha yang diberikan oleh pegawai2 Tekun terutamanya encik Haron yang membawa perubahan besar kepada penduduk di sekitar Sg.Tenggang, dan Abok Mawang.. Dan tak hairan suatu hari nanti tempat ini akan menjadi tumpuan dan sebutan orang ramai...The Next Station is our Area.. Coming Soon..


Sehingga sekarang sambutan terhadap keli di Sarawak masih lagi tak mencukupi dan memerlukan pengeluaran bertan-tan sehari. Tapi sekali lagi saya sarankan " Pengusaha2 keli yang baru saja melibatkan diri di dalam perniaagaan, janganlah terburu2 dan tertarik dengan pakej2 mahal yang ditawarkan serta janji manis ynag ditawarkan.



En.Haron dengan penuh berkenyakinan menjelaskan matlamat serta program dan segalanya tentang Tekun ..


Kelihatan 2 orang usahawan yang begitu semangat sekali dan sudah berjaya dan kini akan bertambah berjaya dengan memperbesarkan perniagaan keli hingga dieksport ke Indonesia..



Kanvas yang dlam gambar ni hanya owner untuk seorg usahawan(mr.Jimbli) yang jumlahnya mencecah 50kanvas - 4 X 10.


Ini pula konsep yang menggunakan kolam konkrit.Sekali pakcik ni harvest untuk 1 kolam mencecah 4tan!Masih banyak lagi gambar yang tak dpat saya nak kongsikan.Tapi cukup untuk saya sendiri..hi..hi..


Sekian..