Tuesday, March 25, 2008

Lawatan ke Sibu..

Pada hari Sabtu yang lepas, saya pergi ke Sibu. Ceritanya mcm ni.. habuk kayu getah tu, saya order dari sana cos kat Kuching susah nak dapat. Saya ni agak cerewet sikit.. saya tengok habuk kayu getah yang dia bagi tu,BUKAN HABUK KAYU TAPI CHIPS KAYU GETAH.. So,saya tak puas hati lah & bising2 lah kat supplier tu... Dah lah saya order 300beg & sign contract jadi agent kat Kuching ni juga. So, kira2 memang dah buang RM7k kat sana..

Supplier tu pun dah boring kot untuk menyakinkan saya..Dia dah supply kat org bertahun-tahun & guna jenis yang sama.. Dia cakap mcm tulah..Saya masih lagi tak percaya!! Dengan rasa tak puas hati, saya terbanglah ke sana.. Dia bawa saya tengok ke tempat pengusaha yang dah lama buat cendawan and guna dia punya kayu getah..

Sesampai kat sana and lihat semuanya, barulah saya puas hati.. Ooo..tak ada bezanya. Tapi saya guna chips ni, saya tengok lagi baguslah.. Ada cerita di sebaliknya..
Sayang seribu kali sayang, gambar kami tak rakamkan..TAK DIBENARKAN.. he..he..

Ha..ha..crita bongkah pula. Mereka punya bongkah sangat cute.. KONTOT & GEMUK..Hasilnya pun mcm badannya ,he..he.. Saya ada order sikit sample. Tapi saya terlupa nak ambil gambar. Kalau saya balik kampung,saya akan ambil gambarlah.. Boleh share2..

Yang hari tu order punya, hari ni buka, esok dah keluarkan hasil. Memang seronok tengok dia punya anak2 mancis tu keluar. Kalau nak dihitung adalah dlm 20 btg.. Memang banyak. Bila masa petik tu, tangan saya pun tak dapat nak genggam. Besar sangat rumpun dia tu..
Ada tapinya...Bunga2 cendawan tu tak besar,tapi banyak..dlm satu rumpun dapat 100grm lebih.. memang best.. Tapi saya lebih suka tengok yang standard punya saiz, bunga cendawan tu besar2kan.. Lain org lain citarasa..

**** Apa bezanya kalau guna PP besar & pendek dgn PP slim & tinggi? Sesiapa yang ada jawapannya, boleh lah bagitahu yea..


1 comment:

Impian Mushroom said...

hi florence. semakin jauh biznes u berkembang; Congrats to u all at MA Farm.
Sedikit pandangan;
Beg besar dan pendek; Lebih kurang 1 kg /beg, ini menggunakan mesin begging. Saiz plastik 7" x 14". kerana corongnya yang agak besar sedikit dan standard.hasil yang baik mungkin lebih dari 8 kali.
Beg kecil tapi panjang;menggunakan kaedah begging secara manual. beratnya 800gm-900gm/beg.Saiz plastik 6" x 13".hasil yang baik lebih kuarang 6-7x tuaian.