Tuesday, November 8, 2011




Berminat untuk mengusahakan cendawan segar? atau untuk hobi? atau untuk suka2?
Anda boleh membeli beg media yang sudah siap dan berbenih ( beg media berbenih) pada bila2 masa..

Kursus Asas Fertigasi Tanaman Sayuran Buah

Pada 5 & 6 November 2011, kami dengan jayanya telah menganjurkan Kursus ini dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuching,Sarawak iaitu dibawah Porgram Kursus Jangka Pendek (Kursus Kemahiran) 1Malaysia.

Ini adalah merupakan kursus pertama yang syarikat kami ajurkan selain daripada kursus Tanaman Cendawan. Dan kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami pada bila2 masa.





Saturday, October 29, 2011

Latest Update!




Kursus Tanaman Fertigasi Sayuran Buah
( Melon/Cili/Tomato)

Berita baik untuk semua!! Mungkin ada di antara pembaca blog saya tercari-cari sesuatu yang baru ataupun sudah lama mencari kursus seperti ini(Kursus Fertigasi)..Kini Syarikat kami mengorak satu lagi langkah iaitu Menyediakan Kursus Asas Fertigasi.

Tarikh : 5 & 6 November 2011
Masa : Sabtu ( 9am-4pm) Ahad (9am -1pm)
Tempat : Kota Samarahan, Kuching Sarawak.

Syarikat kami sebagai penganjur sangat berbesar hati sekiranya dapat menjayakan kursus ini dengan sebaiknya. Ini adalah bagi manfaat bersama terutamanya di dalam "NETWORKING" kepada petani dengan orang luar.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami pada bila-bila masa.



Friday, July 22, 2011

Travell Full Of Sweet Memories ; :-)

Where I am Lately!!! Lost In space! :-) I'm not lost in space..but i just travel anywhere sharing the good things about mushroom & encourage community to enjoy, eat & love mushroom cos of It's Nutritional benefits !:-) . Travel cos of my job & responsibilities too! I do enjoy & love it so much!

2 & 3 July 2011 - Bersama dengan Peserta di Pusat Didikan Khas di Semariang.





Hehe..Sukanya dia tengok saya... :-)



8-10 July 2011 - Empelanjau Bukit Balau- Rumah Panjang Bansing- SRI AMAN
Full Of Memories!! Miss this moments when i was there..











12-14 July - Bersama Puan Normah Ibrahim di Kursus Anjuran Jabatan Pertanian Daerah Miri







Sunday, June 26, 2011

RUMAH CENDAWAN
Contoh rumah cendawan yang ringkas pernah saya lihatkan.
Gambar ini ialah di Serian salah seorang pelanggan saya.


Salah satu rumah cendawan pelanggan saya di Serian.
Seorang pengusaha Cina.


yang ini pula salah satu contoh rak yang saya buat ketika pembabitan awal dalam industri cendawan -trial bags.. saya buat rak cendwan di tepi rumah. just gantungkan black netting di tepi ala-ala kelambu. :-)
simple kan..


Pengusaha ini pula, menggunakan pondok rehat beliau. Tapi beliau menghadapi masalah cendawan kering. Kenapa boleh begitu?? ini kerana disebabkan proses pengipasan yang diberikan.. Maksudnya..cendawan memang nak tumbuh dalam keadaan yang sejuk dan lembap, tapi anda sedar tak angin kipas sebenarnya akan menyebabkan cendawan kering.. Kena ingat tu semua..


CONTRACT FARMING

Recently, the demand of our products is very high! That's why we offer this kind of program to those are really interested or for those are looking forward for a new business opportunity. We will guide and giving complete training for the new participants/ grower.

The 1st batch intake will start on 1 st July 2011.
For more info/inquiry can call us at this no: 012-896 4585 NO SMS !!

OPEN NOW!! Limited Participants Only!




Program ini amat sesuai bagi yang nak menjana pendapatan tambahan seperti; surirumah, orang yang sudah pencen; bekas pelajar2 yang masih menganggur ..etc..

Spent Mushroom Subsrate (SMS)

Apakah itu Spent Mushroom Subrate (SMS) ??


Spent Mushroom Subrate (SMS) ialah hampas subrate beg media cendawan yang telah terbuang samada rosak ataupun telah habis pusingan bagi proses penuaian(harvesting)

Apakah Kegunaan SMS??
Sebenarnya, hampas subrat cendawan ada banyak kegunaanya. Antaranya ialah :
1) Makanan Haiwan (ruminan-lembu,kambing ,ikan etc..)
2) Bahan untuk jana Bioapi ( Metan, Bioteanol)
3) Substrat untuk Vermikompos (kompos organik untuk tumbuhan & sayur-sayuran)
4) Kompos untuk meningkat Nutrien dalam Tanah (Mulching)
5) Bioremediasi bahan toksik (pewarna,poli-aromtaik hidrokarbon)
6) Substart Alternatif penanaman cendawan ( dgn nisbah yang telah dikaji)
7) Biochar

SMS - Bahan Alternatif untuk Penanaman Cendawan???
Soalan-soalan yang sudah pastinya bermain di minda :
1) boleh ker?
2) berapa nisbah campuran?
3) Hasil cendawan macam mana?

Saya memang pasti, ramai yang tertanya-tanya. Mungkin ada juga yang langsung tidak mengetahuinya..sedangkan bahan terbuang itu memang hari-hari kita nampak terutamanya kepada pengusaha cendawan.Mungkin ada yang telah mengaplikasikannya.

Saya berpeluang untuk berkongsi sedikit maklumat ini pun setelah selesai menaman bunga mengunakan SMS..Tetiba sahaja gerak hati ini kuat untuk membelek nota-nota lama Persatuan Cendawan yang saya Hadiri pada tahun2 sebelum ini.Ternyata apa yang ditunjukan ini memberi pengetahuan baru kepada saya sendiri walaupun Nota tersebut sudahpun berusia 3 tahun di tangan saya. Thanx God.

Berapa Cadangan Formulasi or Nisbah Campuran??
1) Recycled Sawdust (SMS)
2) Fresh Sawdust + SMS

ermmm...biarlah saya rahsiakan dulu dan akan kongsikan bila saya dah applikasikannya.
tapi yang pastinya saya akan kongsikan kepada peserta-peserta kursus yang saya anjurkan sahaja.

Ini adalah Hasil Pemerhatian yang telah dibuat di UM menggunakan SMS:
1) Kadar pertumbuhan miselium cepat dalam beg substrat terpakai berbandng dengan beg yang menganduni substarate baru
2) Hasil cendawan tinggi berbanding daripada beg subsrate terpakai denagn hasil daripada beg substrate baru.

Saya selitkan sedikit kegunaan SMS yang paling senang diaplikasikan:

1) untuk tanaman bunga-bunga




Ini Hasilnya..Simple jea.


2 ) Tanaman Sayur-sayuran - Sayur Tou miaw/ Tauge Sabah / Sayur Hijau







3 ) Tanaman Halia - Saya akan cuba dapatkan lebih maklumat daripada pengusaha yg telah mencuba menggunakan SMS. Katanya hasil yang sangat bagus sekali.

Sekian.

Wednesday, June 22, 2011

Mushroom Tissue Culture & Propagation - Nas Mayang Biotech

Nas Mayang Biotech merupakan salah satu Associate company kepada Mayang Agrotech yang dimiliki secara partnership iaitu Mr.Nabil Sanusi dan salah seorang lagi ialah Puan Normah Ibrahim dan saya sendiri - Florence Anak Ah Jim

Syarikat ini telah didaftarkan secara rasmi pada April 2009 dan beroperasi pada July 2009. Nas Mayang Biotech beroperasi sebagai pengeluar benih utama bagi pengusaha cendawan di sarawak.
Syarikat ini akan sentiasa berusaha memperbaiki dan meng-upgrade kualiti dan juga kepakaran di dalam penyediaan benih - Tissue Culture.

Perancangan terkini : * Meng-upgradekan lagi peralatan makmal * R & D pelbagai jenis cendawan * Mengeluarkan benih cendawan spesis yang lain selain daripada Tiram Kelabu * Akan menyediakan Kursus Asas Penyediaan Benih Cendawan













Mini Chamber & Laminar yang kami gunakan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan benih cendawan boleh hubungi kami di talian: 016-884 8581

* Berat 1 paket benih = +/- 200 grams ( transfer to min 40 munshroom begs)


Link