Sunday, June 26, 2011

RUMAH CENDAWAN
Contoh rumah cendawan yang ringkas pernah saya lihatkan.
Gambar ini ialah di Serian salah seorang pelanggan saya.


Salah satu rumah cendawan pelanggan saya di Serian.
Seorang pengusaha Cina.


yang ini pula salah satu contoh rak yang saya buat ketika pembabitan awal dalam industri cendawan -trial bags.. saya buat rak cendwan di tepi rumah. just gantungkan black netting di tepi ala-ala kelambu. :-)
simple kan..


Pengusaha ini pula, menggunakan pondok rehat beliau. Tapi beliau menghadapi masalah cendawan kering. Kenapa boleh begitu?? ini kerana disebabkan proses pengipasan yang diberikan.. Maksudnya..cendawan memang nak tumbuh dalam keadaan yang sejuk dan lembap, tapi anda sedar tak angin kipas sebenarnya akan menyebabkan cendawan kering.. Kena ingat tu semua..


CONTRACT FARMING

Recently, the demand of our products is very high! That's why we offer this kind of program to those are really interested or for those are looking forward for a new business opportunity. We will guide and giving complete training for the new participants/ grower.

The 1st batch intake will start on 1 st July 2011.
For more info/inquiry can call us at this no: 012-896 4585 NO SMS !!

OPEN NOW!! Limited Participants Only!




Program ini amat sesuai bagi yang nak menjana pendapatan tambahan seperti; surirumah, orang yang sudah pencen; bekas pelajar2 yang masih menganggur ..etc..

Spent Mushroom Subsrate (SMS)

Apakah itu Spent Mushroom Subrate (SMS) ??


Spent Mushroom Subrate (SMS) ialah hampas subrate beg media cendawan yang telah terbuang samada rosak ataupun telah habis pusingan bagi proses penuaian(harvesting)

Apakah Kegunaan SMS??
Sebenarnya, hampas subrat cendawan ada banyak kegunaanya. Antaranya ialah :
1) Makanan Haiwan (ruminan-lembu,kambing ,ikan etc..)
2) Bahan untuk jana Bioapi ( Metan, Bioteanol)
3) Substrat untuk Vermikompos (kompos organik untuk tumbuhan & sayur-sayuran)
4) Kompos untuk meningkat Nutrien dalam Tanah (Mulching)
5) Bioremediasi bahan toksik (pewarna,poli-aromtaik hidrokarbon)
6) Substart Alternatif penanaman cendawan ( dgn nisbah yang telah dikaji)
7) Biochar

SMS - Bahan Alternatif untuk Penanaman Cendawan???
Soalan-soalan yang sudah pastinya bermain di minda :
1) boleh ker?
2) berapa nisbah campuran?
3) Hasil cendawan macam mana?

Saya memang pasti, ramai yang tertanya-tanya. Mungkin ada juga yang langsung tidak mengetahuinya..sedangkan bahan terbuang itu memang hari-hari kita nampak terutamanya kepada pengusaha cendawan.Mungkin ada yang telah mengaplikasikannya.

Saya berpeluang untuk berkongsi sedikit maklumat ini pun setelah selesai menaman bunga mengunakan SMS..Tetiba sahaja gerak hati ini kuat untuk membelek nota-nota lama Persatuan Cendawan yang saya Hadiri pada tahun2 sebelum ini.Ternyata apa yang ditunjukan ini memberi pengetahuan baru kepada saya sendiri walaupun Nota tersebut sudahpun berusia 3 tahun di tangan saya. Thanx God.

Berapa Cadangan Formulasi or Nisbah Campuran??
1) Recycled Sawdust (SMS)
2) Fresh Sawdust + SMS

ermmm...biarlah saya rahsiakan dulu dan akan kongsikan bila saya dah applikasikannya.
tapi yang pastinya saya akan kongsikan kepada peserta-peserta kursus yang saya anjurkan sahaja.

Ini adalah Hasil Pemerhatian yang telah dibuat di UM menggunakan SMS:
1) Kadar pertumbuhan miselium cepat dalam beg substrat terpakai berbandng dengan beg yang menganduni substarate baru
2) Hasil cendawan tinggi berbanding daripada beg subsrate terpakai denagn hasil daripada beg substrate baru.

Saya selitkan sedikit kegunaan SMS yang paling senang diaplikasikan:

1) untuk tanaman bunga-bunga




Ini Hasilnya..Simple jea.


2 ) Tanaman Sayur-sayuran - Sayur Tou miaw/ Tauge Sabah / Sayur Hijau







3 ) Tanaman Halia - Saya akan cuba dapatkan lebih maklumat daripada pengusaha yg telah mencuba menggunakan SMS. Katanya hasil yang sangat bagus sekali.

Sekian.

Wednesday, June 22, 2011

Mushroom Tissue Culture & Propagation - Nas Mayang Biotech

Nas Mayang Biotech merupakan salah satu Associate company kepada Mayang Agrotech yang dimiliki secara partnership iaitu Mr.Nabil Sanusi dan salah seorang lagi ialah Puan Normah Ibrahim dan saya sendiri - Florence Anak Ah Jim

Syarikat ini telah didaftarkan secara rasmi pada April 2009 dan beroperasi pada July 2009. Nas Mayang Biotech beroperasi sebagai pengeluar benih utama bagi pengusaha cendawan di sarawak.
Syarikat ini akan sentiasa berusaha memperbaiki dan meng-upgrade kualiti dan juga kepakaran di dalam penyediaan benih - Tissue Culture.

Perancangan terkini : * Meng-upgradekan lagi peralatan makmal * R & D pelbagai jenis cendawan * Mengeluarkan benih cendawan spesis yang lain selain daripada Tiram Kelabu * Akan menyediakan Kursus Asas Penyediaan Benih Cendawan













Mini Chamber & Laminar yang kami gunakan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan benih cendawan boleh hubungi kami di talian: 016-884 8581

* Berat 1 paket benih = +/- 200 grams ( transfer to min 40 munshroom begs)


Link

Tuesday, June 21, 2011

Awesome Moments At Miri - Kolej Komuniti Miri

Pada 17-19 June, saya telah berkunjung ke Bandaraya Miri. Pengalaman yang amat menyeronokkan. Tujuan saya ke sana adalah sebagai tenaga pengajar di bawah Program Kursus Jangka Pendek 1 Malaysia iaitu berkongsi Ilmu pengetahuan di dalam Bidang Penanaman Cendawan. Terdapat seramai 25 orang peserta. Kesemuanya menunjukkan minat yang sangat mendalam. Dan saya pula, berasa amat gembira sekiranya susulan daripada kursus ini ada di antara mereka yang terus serius di dalam industri ini.

Apa yang saya lihat dan dengari serta kumpulkan sedikit maklumat , di Bandar Miri ini pasaran dan Potensi bagi penanaman cendawan masih lagi terbentang luas. Saya pun geram nak masuk ke padang, tapi biarlah kita berikan peluang kepada orang2 di sana. Semoga berjaga kepada semua.

Kursus Penanaman Cendawan - Kolej Komuniti Miri - Teori & Praktikal.














Will upload more photos soon...wait yea..

Monday, June 20, 2011

Kursus Penanaman Cendawan Modul I -SRK Semerah Padi

Kursus Penanaman Cendawan Modul I -Anjuran Kolej Komuniti Kuching pada 6 & 7 June di Ladang L & L Mayang Agrotech.

Peserta adalah terdiri daripada guru-guru dan murid2 dari sekolah Rendah Kebangsaan Semerah Padi.