Wednesday, March 26, 2008

Mari menuai Lagi..

Hari Sabtu yang lepas, 22/03/08 saya suruh mak saya buka bongkah yang saya ditutup pada 15/03/08.

Hari ni dah hari yang ke-4 dah boleh petik hasil. Saya suruh kakak saya uruskan. Saya dah tak sempat nak Balik Kampung. Rugi rasanya tak dapat rakam gambar untuk kenang-kenangan. Kakak hari adalah bawa geng2 Cikgunya datang ke farm. Lagi seronok kan.. Ayah saya inform kali ni rata2 semua keluar.. Hasilnya pun nampak sangat bagus.. Besar2..Rugilah tak tengok.


Bongkah Yang disuntik pada 13/3.

Dia punya maisilium tu jalan agak cepat yea..

KONSEP PERTANIAN DALAM BANDAR!!

Akan kami paparkan Untuk Cerita Selanjutnya..

Permintaan Yang Hangat!!

Sejak beberapa minggu yang lepas, saya banyak menghabiskan masa di Kampung bagi membuat bongkah cendawan yang ditempah oleh pelanggan. Ada yang nak 2k bongkah. Saya terpaksa bekerja lebih keras lagi supaya dapat memenuhi permintaan pelanggan. Tapi saya dah set kan target at least weekly dapat buat 2k bongkah. Bagi saya memang tak mustahil. Kat sini senang cari pekerja.. berebut-rebut mereka nak kerja.. Sampaikan tauke yang pening kepala pula.

Mana taknya, kerja tak panas, senang2 ,duduk2 sambil lepak2.. Saya upah mereka 0.10sen/beg. Tulah mereka semua nak cepat2 dan bertanding-tanding. Saya jadi mandur lah..Kalau yang tak cantik dan salah tu,memang kena saya bom!! Kos jenis saya ni amat mementingkan pelanggan. Kalau pelanggan rasa puas hati, kita pun rasa senang kan.. Saya mengamalkan konsep "Customer Always Right"

Saya amat sibuk buat bongkah orang, sampaikan bangsal saya sendiri pun belum dapat diisi..he..he.. Yang sendiri punya, dudi2 lah..

Kursus Penanaman Cendawan

PENDAFTARAN DIBUKA!!!
(Dgn Kerjasama Dari Jbt Pertanian,KL)

Terbuka kepada orang ramai. Kepada sesiapa yang berminat,sila sms nama penuh, No.IC dan alamat ke urusetia 016-884 8581. Untuk tempahan tempat,bayaran adalah minimun RM50 dan bakinya dibayar ketika sesi pendaftaran kursus.

Maklumat Kursus:

Tarikh: 13/04/08
Masa: 8.30am - 5.30pm
Tempat: Dewan Pusat Belia, Jalan Santubong

Penceramah: Puan Normah Ibrahim

  • Teori & Hands On Practical
  • Certificate (Kerjasama Dgn Jbt Pertanian,KL)
  • Starter Kit Percuma
  • Note
  • Makan & Minum

Dianjurkan Oleh:

Mayang Agrotech
CD208,1st floor MJC Batu Kawa NewTownship
93350 Kuching,Sarawak.
Tel: 016-884 8581 / 019-887 6631

Email:mayangagrotech@yahoo.com
Website:www.mayangagrofarm.blogspot.com

Untuk Sebarang Pertanyaan, boleh hubungi kami pada bila2 masa.

Tuesday, March 25, 2008

Lawatan ke Sibu..

Pada hari Sabtu yang lepas, saya pergi ke Sibu. Ceritanya mcm ni.. habuk kayu getah tu, saya order dari sana cos kat Kuching susah nak dapat. Saya ni agak cerewet sikit.. saya tengok habuk kayu getah yang dia bagi tu,BUKAN HABUK KAYU TAPI CHIPS KAYU GETAH.. So,saya tak puas hati lah & bising2 lah kat supplier tu... Dah lah saya order 300beg & sign contract jadi agent kat Kuching ni juga. So, kira2 memang dah buang RM7k kat sana..

Supplier tu pun dah boring kot untuk menyakinkan saya..Dia dah supply kat org bertahun-tahun & guna jenis yang sama.. Dia cakap mcm tulah..Saya masih lagi tak percaya!! Dengan rasa tak puas hati, saya terbanglah ke sana.. Dia bawa saya tengok ke tempat pengusaha yang dah lama buat cendawan and guna dia punya kayu getah..

Sesampai kat sana and lihat semuanya, barulah saya puas hati.. Ooo..tak ada bezanya. Tapi saya guna chips ni, saya tengok lagi baguslah.. Ada cerita di sebaliknya..
Sayang seribu kali sayang, gambar kami tak rakamkan..TAK DIBENARKAN.. he..he..

Ha..ha..crita bongkah pula. Mereka punya bongkah sangat cute.. KONTOT & GEMUK..Hasilnya pun mcm badannya ,he..he.. Saya ada order sikit sample. Tapi saya terlupa nak ambil gambar. Kalau saya balik kampung,saya akan ambil gambarlah.. Boleh share2..

Yang hari tu order punya, hari ni buka, esok dah keluarkan hasil. Memang seronok tengok dia punya anak2 mancis tu keluar. Kalau nak dihitung adalah dlm 20 btg.. Memang banyak. Bila masa petik tu, tangan saya pun tak dapat nak genggam. Besar sangat rumpun dia tu..
Ada tapinya...Bunga2 cendawan tu tak besar,tapi banyak..dlm satu rumpun dapat 100grm lebih.. memang best.. Tapi saya lebih suka tengok yang standard punya saiz, bunga cendawan tu besar2kan.. Lain org lain citarasa..

**** Apa bezanya kalau guna PP besar & pendek dgn PP slim & tinggi? Sesiapa yang ada jawapannya, boleh lah bagitahu yea..


Kisah Mini Mixer..

Dah lama saya cari benda ni kat sini. Memang susah nak dapat. Jarang ada orang ada jual sekarang.. Nasib baiklah dah dapat satu.. Guna mesin boleh tahan cepat juga. Tapi dia punya kapasiti tak banyak. Pertama kali guna saya simpan 20kg.. Alamak ada masalah.. Campuran tu tak sebati lah.. Geramnya. Pastu terpaksalah saya tuang and gaul lagi maually..

Dan sekarang, saya hanya tuang dalam 10kg bagi setiap pusingan untuk memastikan campuran tu benar2 sebati..Ok juga.. He..he..letih juga..



Hasil Cendawan ...

Pada 8/3/03, saya telah membuka 200 lebih bongkah cendawan.Pada hari yang ke-4, baru dia keluar.. Agak lambat ye.. Setiap pagi,petang dan malam saya mentau untuk melihat perkembangan cendawan ni. Seronok tengok cendawan ni mampu membesar dalam masa 3 hari je.. Ish..ish..Hasinya boleh tahan juga.. Adalah dalam 10kg. Saya pack, and saya hantarkan kepada sesiapa yang buat pesanan dulu. Masih juga tak mencukupi.. Kasihan saya tengok yang tak dapat..Saya suruh mereka tunggu for the next batch. Saya pack 100gram setiap paket. Siap bawa ke balai polis juga..Habis!!


Pada hari pertama waktu pagi


Pada hari kedua pagi



Gambar pada hari ketiga tu saya tak sempat rakam..Camera kehabisan batery. Hari yang ke-3 saya petik cendawan tu awal pagi, and saya pack terus hantar kepada customer.. "Fresh mushroom from the farm".


Ini adalah 2 bongkah yang saya telah potong. Tetap hebat juga mengeluarkan hasil..

Tengok tu, besar2kan.. Bukan bakul tu aje.. masih ada lagi, mak tengah kutip kat bangsal..he..he.. Awal subuh kami kutip. Kerana kami dah tau, kalau lewat sikit tepi2 cendawan tu akan berombak. Tak cantik pula..Tapi ada pelanggan tu, mereka suka..

Lawatan Dari Bank Pertanian Kuching

Pada minggu yang lepas, saya telah memohon pinjaman dari Bank Pertanian di bawah skim Usahawan Tani (MUST). Mereka telah pun membuat lawatan ke ladang saya di Serian. Jauhnya mereka datang. Lebih kurang 2jam dari Kuching. Pinjaman tu adalah untuk membeli peralatan untuk mempercepatkan lagi produktiviti kami memandang banyak permintaan dari segi pembelian "ready-made polybeg".


En.Shareen dan kawan-kawannya. Anyway, Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Shareen.

Saturday, March 8, 2008

Modal ! Modal! Modal!!

Ha..ini adalah soalan yang paling FAMOUS sekali ditanya. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Kalau bagi saya, senang aje.. The first you have to do is, u list down barang2 yang nak dibeli and brapa anggaran kosnya. And then, mesti mahu ada sedikit modal pusingan.

Kalau untuk rakan2 yang baru sahaja nak mencuba..disarankan membeli media yang sudah siap punya (ready made medium polibag) untuk practise kat rumah. Tapi kalau berani nak venture juga untuk buat sendiri ,pun tidak salah juga. Yang penting,kita menggunakan cara yang betul.

Dari kira2 saya dan kos yang telah saya sediakan, taklah begitu besar. Pakai je bahan2 second hand terlebih dahulu.

Untuk Starter Kit dengan membeli ready made polibeg:

Informasi dibawah boleh dijadikan panduan:

Buat bangsal (20’ X 25’) dengan 5,000 beg muatan.= RM5,000
Beli beg cendawan matang 5,000 beg (RM1.10) = RM5,500
Modal pusingan dan lain2 perbelanjaan.= RM4,500
Jumlah Kos Keseluruhan.= RM15,000
Jumlah pendapatan 3 bulan (5Kx0.05kgx6xRM7) = RM10,500
..
Dalam hal ini, pengusaha dah lepas bayar balik modal bangsal dan modal beli beg cendawan. Jika dia beli lagi 5,000 beg, maka dia akan dapat untung RM4,000. Iaitu pendapatan RM10,500 - RM5,500 (Kos beli beg).
..
Pendapatan RM10,500 di perolehi jika dia menjual setinggi RM7 setiap kilogram. Jika dia dapat jual RM10 atau RM12 ke atas seperti di pasar malam atau pasar siang, maka jualan akan lebih tinggi. RM7 adalah harga minimum untuk borong. Jika kita survey di pasar malam, kita akan dapati harga di pasar malam ada yang mencecah RM13 hingga RM15 setiap kilo.
..
Cuba bayangkan jika pengusaha dapat jual dengan harga tersebut. Lagi satu, modal pusingan tu hanya untuk pelan kecemasan sahaja sebab kalau takde sebanyak RM4,500 pun takpe..sebab gunanya tu untuk bayar bil air api dan beli plastic bungkus cendawan je. Dan satu lagi yang penting, jangan gajikan orang sebab, kalau setakat 5,000 beg...mak ayah kita boleh jagakan...tak susah sangat pun. Untuk kecil-kecilan.
..
Saya cadangkan pengusaha boleh mula dengan 1,000 beg dahulu. Tak perlu buat bangsal. Just beli canopy sahaja dengan syarat, canopy tersebut diletakkan di bawah rimbunan pohon atau pokok yang merendang supaya canopy tersebut sejuk.
Beli 1 canopy (10’ X 10’) = RM300 – RM400
Beli 1,000 beg cendawan = RM1,100
Cash flow = RM1,000
Pendapatan 3 bulan (1Kx0.05kgx6xRM7) = RM2,100
Cara kiraan hasil = (Jumlah beg cendawan X keluaran setiap kali harvest X Berapa kali pengeluaran X Harga Jualan).
..

Iklan Kursus

Kursus Penanaman Cendawan

Pada Minggu yang lepas, kami telah pun mengambil keputusan untuk menganjurkan Kursus Penanaman Cendawan . Ini adalah kerana, peluang perniagaan ini sangat cerah dan sesiapa pun boleh melakukannya jikalau mengikut cara2 yang betul. Oleh itu, pendedahan perlu diberikan kepada orang ramai . Mungkin banyak yang di luar sana sudah lama tahu pasal cendawan ni, tetapi tak tahu di mana mereka nak buat rujukan dan tiada kursus dijalankan. Baru2 ni,barulah angin tu terbang kat sini. Kami di Mayang Agrotech sedia membantu anda. Pesanan: Jangan toleh kepada apa yang berlaku pda 10 tahun lepas.. Walaupun kami agak baru, tapi dah banyak cerita yang kami dengar tentang apa yang berlaku dahulu.. Please think positif..Kini industri pertanian mendapat banyak mandat daripada kerajaan, so..fikir-fikirkanlah..Yakin Boleh..

Berbalik kepada kursus. Kami dah pun menghantar surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Pertanian di Putrajaya, KL untuk mendapatkan seorang penceramah di dalam Penanaman Cendawan yang akan dianjurkan di Kuching,Sarawak. Kini, masih menantikan jawapannya. Kalau semuanya berjalan dengan lancar..barulah kami akan menetapkan tarikh, tempat,yuran dan masa. Dari segi peralatan dan bahan2 kursus makan minum,semuanya dah diaturkan.
Kami akan memberi liputan seterusnya. Kepada sesiapa yang berminat,sila hubungi urusetia 016-884 8581 untuk keterangan lanjut. Kami juga akan iklankan di Borneo Post & Utusan Sarawak.

Peluang Perniagaan Menanti Anda.

The Best thing about the Mushroom Cultivation Is:
  • Small Capital Investment & Good Profit Margin
  • Require Small Space & Low Manpower
  • Not Affected by weather changes
  • Easy to manage & can be done at home
  • No fertilizer and Insecticides required
  • Organic Food,great taste ,nuritious and GOOD MARKET DEMAND.

So, Don't Miss It!!

Perjalanan Mayang Agrotech..

Terlebih dahulu,Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan2 pengusaha cendawan dan juga mentor2 kami di atas tunjuk ajar dan berkongsi dengan berkongsi banyak maklumat kepada kami. Terima kasih berbanyak lanchini,e-cendawan,impian mushroom,FaF,rase dan yang lain2.

Kini, Mayang Agrotech semakin kukuh dan akan terus mantap untuk memajukan perniagaan mereka yang berasaskan pertanian. Yakin Boleh..

Mayang Agrotech adalah merupakan sebuah Syarikat Bumiputera . Namanya pula diambil sempena nama Asal Kampung Beliau dilahirkan.Seperti apa yang dimaklumkan oleh Pengarah Mayang Agrotech, matlamat utama syarikat ini adalah untuk menjadi salah satu Syarikat Bumiputera yang berjaya pada suatu hari nanti. Dan kami akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.

Syarikat ini adalah berasaskan pertanian, tetapi Mayang Agrotech lebih menekankan perniagaan di dalam bidang Penanaman Cendawan. Kini, kami merupakan salah satu pembekal barangan utama penanaman cendawan di Kuching,Sarawak. Kini, diharapkan industri cendawan ini akan terus berkembang maju dengan adanya kerjasama dari Jabatan Pertanian dan Agensi2 yang terlibat untuk menjadikan Malaysia salah satu pengeluar makanan utama (cendawan) suatu hari nanti.

Perniagaan utama syarikat ini adalah:
  • Membekal Barangan Asas untuk Penanaman Cendawan
  • Supply ready Made Medium/Polybag
  • Khidmat Nasihat
  • Supply the Machinery such like, the mini Mixer

Kepada sesiapa di Kuching yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami, bolehlah kunjungi kami di alamat.

Mayang Agrotech,

CD208MJC Batu Kawa Newtownship,

93350 Kuching,Sarawak.

Terima Kasih, Semoga Maju Jaya..