Friday, December 12, 2008

My Vacuum packaging Machine!!

Hari ni, vacuum packaging yang saya beli dari china dah sampai dengan barang2 bapa mentua saya. Saya pesan bapa mentua saya beli, oleh kerana dia boleh dikatakan tiap2 3 bulan sekali ke Guang Zhou untuk borong barang dia dari sana.. Saya pun ada suruh dia cari begging machine yg 8holes tu..Kat sana arnd 8k aje, itupun saya dapat info daripada kawan2 suami saya.Kalau tambang, taklah juga mahal..Tempoh sampai dalam masa 1bln saja.. Tapi kena pergi tempat/ part tertentu baru dpt.


Saya dah taste pun..happy sekali..rasa kerja saya akan lebih mudah dibuatnya.Mungkin lain kali, ada di antara rakan2 yg nak tumpang beli, boleh juga.. Kalau dlm kuantiti yg byk, rasa2nya boleh dia pergi awal sambil dia order stock brgnya yg baru..





Tuesday, December 9, 2008

Rasa Kecewa!!!

Kami dengan sukacitanya memaklumkan kepada semua, bermula January 2009 kami hanya membeli cendawan segar balik daripada yang membeli/mengambil beg media kami dengan harga belian balik RM 5.00 / KG.

Saya,bagi pihak syarikat ingin menyatakan rasa sangat kecewa dan hampa dengan hasil cendawan segar (tapi tak segar) yang dihantar kepada kami. Ini telah menyebabkan nama syarikat kami dan pelanggan kurang berminat untuk mengambil cendawan tersebut.Ini telah menyebabkan kami mengalami sedikit kerugian!!


*** Terms & Condition Apply ***

Thursday, December 4, 2008

Susulan SLDN

Semalam 2 orang pegawai SLDN datang melihat tempat latihan untuk bakal2 perantis yg ingin mendapatkan kemahiran di dalam industri tanaman cendawan ( Pertanian).
Tapi, untuk masa ini belum ada lagi program & aktiviti yang disediakan untuk para perantis selama 6 bln( Tahap 1) bagi tanaman cendawan.

So, kami disarankan untuk membuat program & aktiviti tersebut bagi tanaman cendawan supaya pada masa akan datang ia kan sentiasa digunakan dan dimasukkan di dalam bidang kemahiran di bawah Kod Pertanian/Perladangan di seluruh Malaysia.Dan bagi syarikat2 penanam cendawan yang berminat menyertai program ini dah tak susah2 lagi nak buat.. Terus saya hubungi Puan Normah untuk mendapatkan idea/informasi tentang perkara ini. Manalah tahu, persatuan cendawan boleh mnyumbang idea supaya ianya dimanfaatkan di Malaysia. And now, saya kenalah "peras otak" untuk menulis buku sendiri ni.. Setelah bukutersebut dah disediakan, barulah dapat ambil perantis.. Jadi penulis bukulah pulak yea..





Kepada rakan-rakan pengusaha, sumbangkan idea anda tentang akriviti / program/ujian yang boleh dibuat selama 6 bulan untuk perantis2 tersebut.
Dan cara program ini dijalankan ialah:
2 bulan Teori ( di institut latihan spt yg diaprvd oleh SLDN)
& 4bulan Praktikal ( di ladang).


New Set Cap!!

Berita baik untuk pengusaha2 cendawan!! Saya baru saja menerima sample set cap terbaru yang yg diberikan oleh syarikat B-Value Industry Sdn Bhd. Design yg diberikan begitu bagus walaupun ada perubahan pada tutup rehat nya saja.. Bagi mana2 yg nak menukar dan mencuba tutup rehat, boleh belikan tutup rehat yg baru ini kerana saiz yang dibuat adalah sama dgn saiz set cap yg sedia ada.

Saya dah cuba pada beg media, begitu senang sekali. Ini kerana, saya memang mengalami masalah agak lambat nak tutup mulut bongkah tu dgn tutup rehat yg sedia ada. Kekadang susah nak tutup disebabkan sedikit ketebalan plastik/pp kurang kemas pada leher tersebut. Dgn adanya kaedah seperti, kerja lebih pantas sekali dengan menarik tutup rehat tersebut.Saya rasa, set yg ni lebih tebal daripada biasa yg saya gunakan.

Necknya pula, ada 2 warna..Putih dan hitam. Mgkn anda suka yg warna putih.. So, bolehlah meneropong dari luar benih tu ok ke tak..he..he..


Siap dgn Company logo/mark lagi tu..


Jalan-jalan Cari Ilmu!!

Selama seminggu kat KL, saya tak nak sia-siakan masa dgn shoping aje.. Saya mesti mengunjung salah satu farm kat sana, baru hati saya rasa lega..

Firstly, saya nak ke Farm En.Nabil, tapi tak sempat pula.Kebetulan waktu saya free en.Nabil tak ada kat sana. But anyway, seronok dpat berbual-bual dgn beliau dan dialah org pertama yg tegur saya kat seminar tu, walaupun tak pernah bersua muka.. Cuma kenal melauli Cyber sahaja..Tapi saya dapat info daripada beliau, yang rombongan daripada Jabatan Pertanian Sarawak nak buat kunjungan ke ladang beliau pada 18/12 ni..
Harap2 mereka, dapat memperjuangkan industri ini nanti..

Tapi niat saya tak sia-sia, dapat juga ke farm salah seorang yg memang dah berpuluh-puluh tahun dlm industri ni. .Sebelum ke seminar, memang dah pun chat kat phone dgn beliau. Tapi tak sangka dpt ,menjejak kan kaki di ladang beliau..Kalau org lama, biasanya susah nak bergaul dgn org baru kan..

Saya amat berpuas hati dgn layanan yang beliau berikan. Yang uniknya, mesin yg beliau gunakan semua direka olehnya sendiri. Ish..ish..kreatif betul yea.. Mgkn anda memang beliau kalau saya letak gambarnya kat sini, tapi dia tak nak publisiti.. "Asalkan pelanggan berpuas hati dgn produk dan servis yang diberikan memang pelanggan akan tetap cari kita" katanya..
Dalam kunjungan tersebut, saya tak lepaskan untuk membeli benih daripada beliau. Sekali pandang, benih tersebut memang mempunyai kualitinya sendiri berbanding dengan benih yg saya gunakan sebelum ini. Amat berpuas hatilah!!! Walaupun belum suntik & tgk hasilnya, tapi dgn melihat paket benih tersebut kita dah nampaknya perbezaanya dan ITULAH YANG SAYA NAK!! Nampak sekali, kaki cendawan tersebut berjalan dgn baik,aktif dan kemas!! Kita perlu tahu untuk menilai sesuatu yg bagus seperti benih cendawan utk mendapatkan hasil yang memuaskan!!!


Benih yang biasa 250grm, hanya menyuntik dlm -/+ 30pkt, tapi daripada beliau yg dah lama ni, benihnya mampu menyuntik dalam -/+60 pkt. Memang logik, sekiranya benih tersebut sgt aktif. Kalau ianya dihasilkan dari baka yg bagus dan aktif, sudah tentunya walaupun setitik dah memadai..

Kalau nak cuba & order boleh hubungi beliau - 016- 313 5977

Masih byk lagi, gambar ni hanya sebahagian sahaja..

Pekerja pun, kena tutup kepala..Adalah tujuannya..


Susunan beg media dan rak yg tegap & kemas



Eh..enapa beliau buat begini?? Itulah yg saya tanya kat dia. Beliau juga tak terlepas dr serangan tikus.Ini kerana kwsn beliau byk pokok dan tumbuh-tumbuhan..Bila tikus nak buka tutudung tu makan gandum, ia akan tergelincir.. Padan Muka tikus!!!


Steamer yg beliau gunakan.

Malaysian Mushroom Conference & Foray 2008 (MMCF)

Baru-baru ini, saya menyertai seminar MMCF 2008 di UM yang berlangsung selama 3 hari. Kata pengerusi MMCF, Dr.Viki, Sambutan dan para peserta yang datang pada hari tersebut di luar jangkaan.
Peserta dari Sarawak yang datang tak ramai, mungkin bnayak juga yang tak tahu wujudnya persatuan cendawan di Malaysia. Ada juga yang dari Brunei.. Tapi tak sempat nak tanya nama dia..
Program2 seperti ini memang patut diadakan at least 2thn sekali, supaya minda kita lebih terbuka dan dapat share tentang teknologi2 dan penemuan (R&D) terkini di dalam industri penanaman cendawan.Nampaknya program ini berjalan dengan lancar sekali, dan yang best sekali para pengusaha, researcher dan byk2 lagi syarikat dapat berkenalan dan dapat mewujudkan "bussiness networking" di antara satu sama lain. Tapi sayang hari tu, lupa lah bawa name card!!!
Antara suasana yang sempat dirakamkan:

Encik Akmal ( Cendawan Blues )


En.Nabil (Nas AgroFarm) En.Bobby (Damansara M'room)







En.Nabil,Pn Lina(Cima Agro)


Pakar2 Cendawan Sate Cendawan


Statistik Penanam Cendawan Sedapnya.. Berasaskan C'dwn Jeli Hitam


Puan Rosnina( Dtg dr Aceh menuntut ilmu di UM)


C'dwn yg dibuat "Cross brdg"

Monday, November 24, 2008

Kunjungan 2 Orang Guru

Pada 21/11/08, saya menerima kunjungan daripada 2 orang guru dari kawasan sekolah Tebedu. Yang saya tak sangka, rupa-rupanya salah seorg cikgu tu adalah rakan/classmate saya dulu masa kat sekolah menengah.emm.. rasanya since dah 8 tahun tak berjumpa. Kalau kat kelas, asyik dia jea yang dapat no.1 (genius orangnya) .. Tapi sayang belajar dalam bidang Bioteknology, akhirnya jadi cikgu. Tapi tak ape.. apa2 pun, asalkan kerja..

Antara gambar yang sempat saya rakamkan:


Belajar Buat beg media..

Dapat ole2 dari kami..




Sekian...

Thursday, November 20, 2008

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

SistePertama kali, tahniah saya ucapkan kepada MAYANG AGROTECH kerana terpilih untuk menyertai program SLDN yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Baru-baru ini, kami telah menyertai satu seminar yang dianjurkan oleh Jabatan FAMA Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran pada 19/11/2008 di Merdeka Palace Hotel, Kuching. Ianya merupakan program pertama (1st Batch) di Sarawak yang akan dipromisikan kepada rakyat Malaysia pada tahun depan. Program ini disertai oleh beberapa syarikat yang dipilih dan berpotensi bagi melatih bakal-bakal usahawan di Malaysia.

Jabatan Pembangunan Kemahiran dahulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) adalah merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 2Mei 1989 melalui penyusunan semula Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK). Tujuan utama penubuhan JPK adalah bagi merumus, menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan kemahiran sejajar dengan keperluan serta perkembangan teknlogi dan ekonomi negara.Nama MLVK telah ditukarkan kepada JPK setelah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) telah dikuatkuasakan mulai 1 September 2006.

Bagaimana ianya dijalankan di Malaysia:

Jangka masa : Berdasarkan bidang dan tahap Persijilan
Nisbah Amali - Teori : 70-80% Latihan amali di dalam situasi pekerjaan sebenar
Siapa yang Layak (Pelatih) : Lepasan SPM dan / pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekrjaan selepas tamat pnegajian.
Elaun : Syarikat ( RM200/sebulan/peserta)
: Pelatih ( RM300/bulan)

SKM Tahap 1 : 6bulan ( 1/2 tahun ke atas)
SKM Tahap 2 : 1 tahun ke atas
SKM Tahap 3 : 2 tahun ke atas
SKM Tahap 4 : 3 tahun ke atas
( DKM)
SKM Tahap 5 : 5 tahun ke atas



Ramai juga peserta yang hadir..




Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi kami.

Tuesday, November 18, 2008

Farm Visit

Untuk menambahkan lagi banyak ilmu dan bertukar-tukar pendapat dgn pengusaha cendawan yang lain, adalah digalakkan untuk membuat kunjungan ke ladang cendawan yang ada di sekeliling kita. Ini kerana, setiap pengusaha mempunyai cara2nya yang tersendiri..Dari situlah kita boleh berbual-bual sambil mengenal hati budi masing-masing.

Dan baru-baru ini, saya berkunjung ke salah satu ladang yang terdekat di Kuching. Pengusahanya peramah dan sangat baik hati. Bertuah dapat berjumpa dengan. Walaupun ini adalah kali pertama berjumpa, tapi layanan yang diberikan cukup mesra..Dulu pasangan ini bekerja di kilang Taiyo dan minat makan cendawan katanya.. Pas tu, mereka telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengusahakan cendawan dengan sepenuh masa.

Lokasi ladang cendawan mereka amat bagus sekali, sejuk, redup dan dikelilingi pokok-pokok. Walaupun penglibatan di dlm industri ini selama 1 thn lebih, tapi mereka dah lama menghasilkan benih sendiri. Saya tengok cendawan mereka pun, sihat dan cantik.

Saya segan juga nak ambil gambar banyak2 kat ladang orang, tapi ini sahaja yang dapat saya share dengan pembaca2..

Cara rehat beg media cuma gunakan tali sahaja.begitu jimat sekali..



Inilah satu-satunya alat yang menarik perhatian saya. Harga baru beberapa ringit aje. Dulu,saya pernah beli dari W/M yang Hydrometer tu mencecah RM88.00!! Memang menyesal beli..

Inilah pengusaha itu, sama cantik dan sama padan!!

Saturday, November 8, 2008

Kunjungan Pegawai MARDI Kuching & KL

Selesainya HPPN 2008, beberapa pegawai MARDI datang meninjau ladang pengusaha cendawan di Sarawak. Ladang kami tak terkecuali. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk datang.

Mereka membuat tinjauan tu sebenarnya memang ada maksud di sebaliknya. Tapi saya tak dapat share dengan rakan2 dengan selanjutnya. Betapa gembiranya hati saya.. Mana taknya, usaha yang dicurahkan selama ini tidak tersia begitu sahaja.. Tapi jawapan tu kami kena tunggu dulu..Saya rasa, di Semenanjung dah ada pengusaha cendawan yang menerima projek seperti ini. Kalau di Sarawak, kita belum tahu lagi siapa yang akan dapat..

Pegawai tersebut ialah En.Mohd Alba & En.Julim (MARDI KUCHING) & En.Hassan ( MARDI KL) .Kalau orang kat KL, saya rasa mereka tahu siapa dia ni. Pertemuan ini, saya tak sia-siakan. Banyaklah soalan yang saya tanya dengan En.Hassan tu!! Nasib baik dia pun layan je... Tambahan pula, encik ni orangnya sangat peramah! Jarang nak jumpa orang macam ni..

Saya juga difahamkan kat W/M, ada insentif RM20,000.00 utk setiap pengusaha cendawan. Betul ke?? Kat sini, saya tak begitu pastilah..mungkin ada juga kot.!

Begitu banyak tips,cadangan dan sebagainya yang En.Hassan ni berikan. Tapi kalau nak tulis memang panjang ceritanya.. Tapi kalau ada yang bertanya, sudah tentu saya akan sharekan..

Tahukah Anda???

1) Rumah pemeraman & tuai hasil cendawan mempunyai beberapa perbezaan..Cuba anda renung, pengusaha2 cendawan yang besar di Malaysia..rumah tuaian hasil cendawan mereka tak semestinya bersimen..

2) Jangan silap!!! Kapur pertanian(Agriculture Lime) dan Calcium Karbonat adalah sesuatu yang berbeza..Dalam campuran beg media, sebaik-baiknya kita guna Calcium Karbonat.

3) Kalau mengambil /order benih cendawan, jangan simpan di dalam bonet kereta!!

4) Kalau melakukan proses menyuntik, janganlah pada waktu hujan. Ini kerana, pada waktu ini,banyak kulat2 yang tumbuh dan berterbangan. Bak kata pepatah " Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan". Lakukanlah proses ini dalam keadaan/cuaca yang kering.
5) Selepas memetik cendawan, pastikan ianya ditup pada hari tersebut juga untuk megelakkan serangan serangga dan hama.

Antara gambar2 yang sempat kami rakamkan.

Waktu kunjungan tu, cendawan kami dah petik pada hari sebelumnya.

Sekian..