Thursday, December 4, 2008

Susulan SLDN

Semalam 2 orang pegawai SLDN datang melihat tempat latihan untuk bakal2 perantis yg ingin mendapatkan kemahiran di dalam industri tanaman cendawan ( Pertanian).
Tapi, untuk masa ini belum ada lagi program & aktiviti yang disediakan untuk para perantis selama 6 bln( Tahap 1) bagi tanaman cendawan.

So, kami disarankan untuk membuat program & aktiviti tersebut bagi tanaman cendawan supaya pada masa akan datang ia kan sentiasa digunakan dan dimasukkan di dalam bidang kemahiran di bawah Kod Pertanian/Perladangan di seluruh Malaysia.Dan bagi syarikat2 penanam cendawan yang berminat menyertai program ini dah tak susah2 lagi nak buat.. Terus saya hubungi Puan Normah untuk mendapatkan idea/informasi tentang perkara ini. Manalah tahu, persatuan cendawan boleh mnyumbang idea supaya ianya dimanfaatkan di Malaysia. And now, saya kenalah "peras otak" untuk menulis buku sendiri ni.. Setelah bukutersebut dah disediakan, barulah dapat ambil perantis.. Jadi penulis bukulah pulak yea..





Kepada rakan-rakan pengusaha, sumbangkan idea anda tentang akriviti / program/ujian yang boleh dibuat selama 6 bulan untuk perantis2 tersebut.
Dan cara program ini dijalankan ialah:
2 bulan Teori ( di institut latihan spt yg diaprvd oleh SLDN)
& 4bulan Praktikal ( di ladang).


No comments: