Thursday, November 20, 2008

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

SistePertama kali, tahniah saya ucapkan kepada MAYANG AGROTECH kerana terpilih untuk menyertai program SLDN yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Baru-baru ini, kami telah menyertai satu seminar yang dianjurkan oleh Jabatan FAMA Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran pada 19/11/2008 di Merdeka Palace Hotel, Kuching. Ianya merupakan program pertama (1st Batch) di Sarawak yang akan dipromisikan kepada rakyat Malaysia pada tahun depan. Program ini disertai oleh beberapa syarikat yang dipilih dan berpotensi bagi melatih bakal-bakal usahawan di Malaysia.

Jabatan Pembangunan Kemahiran dahulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) adalah merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 2Mei 1989 melalui penyusunan semula Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK). Tujuan utama penubuhan JPK adalah bagi merumus, menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan kemahiran sejajar dengan keperluan serta perkembangan teknlogi dan ekonomi negara.Nama MLVK telah ditukarkan kepada JPK setelah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) telah dikuatkuasakan mulai 1 September 2006.

Bagaimana ianya dijalankan di Malaysia:

Jangka masa : Berdasarkan bidang dan tahap Persijilan
Nisbah Amali - Teori : 70-80% Latihan amali di dalam situasi pekerjaan sebenar
Siapa yang Layak (Pelatih) : Lepasan SPM dan / pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekrjaan selepas tamat pnegajian.
Elaun : Syarikat ( RM200/sebulan/peserta)
: Pelatih ( RM300/bulan)

SKM Tahap 1 : 6bulan ( 1/2 tahun ke atas)
SKM Tahap 2 : 1 tahun ke atas
SKM Tahap 3 : 2 tahun ke atas
SKM Tahap 4 : 3 tahun ke atas
( DKM)
SKM Tahap 5 : 5 tahun ke atas



Ramai juga peserta yang hadir..




Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi kami.

No comments: