Saturday, November 8, 2008

Kunjungan Pegawai MARDI Kuching & KL

Selesainya HPPN 2008, beberapa pegawai MARDI datang meninjau ladang pengusaha cendawan di Sarawak. Ladang kami tak terkecuali. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk datang.

Mereka membuat tinjauan tu sebenarnya memang ada maksud di sebaliknya. Tapi saya tak dapat share dengan rakan2 dengan selanjutnya. Betapa gembiranya hati saya.. Mana taknya, usaha yang dicurahkan selama ini tidak tersia begitu sahaja.. Tapi jawapan tu kami kena tunggu dulu..Saya rasa, di Semenanjung dah ada pengusaha cendawan yang menerima projek seperti ini. Kalau di Sarawak, kita belum tahu lagi siapa yang akan dapat..

Pegawai tersebut ialah En.Mohd Alba & En.Julim (MARDI KUCHING) & En.Hassan ( MARDI KL) .Kalau orang kat KL, saya rasa mereka tahu siapa dia ni. Pertemuan ini, saya tak sia-siakan. Banyaklah soalan yang saya tanya dengan En.Hassan tu!! Nasib baik dia pun layan je... Tambahan pula, encik ni orangnya sangat peramah! Jarang nak jumpa orang macam ni..

Saya juga difahamkan kat W/M, ada insentif RM20,000.00 utk setiap pengusaha cendawan. Betul ke?? Kat sini, saya tak begitu pastilah..mungkin ada juga kot.!

Begitu banyak tips,cadangan dan sebagainya yang En.Hassan ni berikan. Tapi kalau nak tulis memang panjang ceritanya.. Tapi kalau ada yang bertanya, sudah tentu saya akan sharekan..

Tahukah Anda???

1) Rumah pemeraman & tuai hasil cendawan mempunyai beberapa perbezaan..Cuba anda renung, pengusaha2 cendawan yang besar di Malaysia..rumah tuaian hasil cendawan mereka tak semestinya bersimen..

2) Jangan silap!!! Kapur pertanian(Agriculture Lime) dan Calcium Karbonat adalah sesuatu yang berbeza..Dalam campuran beg media, sebaik-baiknya kita guna Calcium Karbonat.

3) Kalau mengambil /order benih cendawan, jangan simpan di dalam bonet kereta!!

4) Kalau melakukan proses menyuntik, janganlah pada waktu hujan. Ini kerana, pada waktu ini,banyak kulat2 yang tumbuh dan berterbangan. Bak kata pepatah " Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan". Lakukanlah proses ini dalam keadaan/cuaca yang kering.
5) Selepas memetik cendawan, pastikan ianya ditup pada hari tersebut juga untuk megelakkan serangan serangga dan hama.

Antara gambar2 yang sempat kami rakamkan.

Waktu kunjungan tu, cendawan kami dah petik pada hari sebelumnya.

Sekian..

No comments: