Tuesday, November 18, 2008

Farm Visit

Untuk menambahkan lagi banyak ilmu dan bertukar-tukar pendapat dgn pengusaha cendawan yang lain, adalah digalakkan untuk membuat kunjungan ke ladang cendawan yang ada di sekeliling kita. Ini kerana, setiap pengusaha mempunyai cara2nya yang tersendiri..Dari situlah kita boleh berbual-bual sambil mengenal hati budi masing-masing.

Dan baru-baru ini, saya berkunjung ke salah satu ladang yang terdekat di Kuching. Pengusahanya peramah dan sangat baik hati. Bertuah dapat berjumpa dengan. Walaupun ini adalah kali pertama berjumpa, tapi layanan yang diberikan cukup mesra..Dulu pasangan ini bekerja di kilang Taiyo dan minat makan cendawan katanya.. Pas tu, mereka telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengusahakan cendawan dengan sepenuh masa.

Lokasi ladang cendawan mereka amat bagus sekali, sejuk, redup dan dikelilingi pokok-pokok. Walaupun penglibatan di dlm industri ini selama 1 thn lebih, tapi mereka dah lama menghasilkan benih sendiri. Saya tengok cendawan mereka pun, sihat dan cantik.

Saya segan juga nak ambil gambar banyak2 kat ladang orang, tapi ini sahaja yang dapat saya share dengan pembaca2..

Cara rehat beg media cuma gunakan tali sahaja.begitu jimat sekali..



Inilah satu-satunya alat yang menarik perhatian saya. Harga baru beberapa ringit aje. Dulu,saya pernah beli dari W/M yang Hydrometer tu mencecah RM88.00!! Memang menyesal beli..

Inilah pengusaha itu, sama cantik dan sama padan!!

No comments: