"Keusahawan Kerjaya Pilihan" - 25-27 Julai 2008
Pada 25-27 Julai 2008, berlangsungnya program gerak usahawan anjuran MECD di Tebingan Sungai Kuching. Ini adalah kali pertama saya menyertai program sebegini. Ternyata banyak kekurangan dari segi bahan2 maklumat contohnya flyers untuk diberikan kepada pengunjung. Tapi tak apa, dari sini saya belajar banyak barang baru. Lagipun,sejak kebelakangan ini kami agak sibuk.
Bagi saya, dalam banyak2 booth yang dipamerkan,booth kamilah yang paling mendapat sambutan daripada pengunjung. Bukannya apa, ada yang makan cendawan, tapi tak tahu macam mana cendawan tu ditanam.. Ada pula, ini adalah kali pertama mereka melihat cendawan..
Yang paling menarik, "orang putih" pun hairan tengok.. Seronok juga saya melayan mereka. "Kalau dapat bawa balik,memang nak angkat juga"
Tapi bagi mereka yang mengunjungi booth kami memang bertuah kerana dapat sedikit ilmu cara2 penanaman cendawan.
Dan tak lupa juga, di sini saya ada mempromoikan cendawan goreng kami..Emm..nampaknya banyak yang menggemarinya.. Memang laku, saya yang tak prepare banyak..semalam dapatlah jual 60pkt, yang 40 pkt lagi saya reserved untuk yang dah tempah.Nampaknya permintaan pun diluar jangkaan,amat memberangsangkan.! GO MAYANG AGROTECH!!
Adakah produk frozen mushroom ini boleh dikatakan produk Sarawak?? Memang Boleh!! Sebab ia dibuat di Sarawak dan dihasilkan oleh salah seorang penduduk Bumiputera Sarawak!!
Ya !! yang tak lupanya, Sarawak telah membuat satu rekod iaitu Kek Lapis Sarawak Yang Terpanjang iaitu 45kaki dan telah masuk ke dalam Malaysia Book Of Record. Kenapa 45kaki?? Ia adalah sempena sambutan 45tahn Sarawak merdeka dalam Malaysia.
Tepung Cendawan Goreng yang dihasilkan oleh Mayang Agrotech
This is our temporary packaging for the frozen mushroom.
Booth yang saya sewa tak dibenarkan ada aktiviti memasak, so saya terpaksalah goreng cendawan kat rumah,pas tu just panaskan guna oven kat sini..
Beginilah keadaan stall kami, sentiasa dibanjiri pengunjung..
Kek lapis terpanjang di Malaysia..45kaki.
Cantik kek lapis ni..
Kek Lapis Sarawak! adalah salah satu produk yang paling unik dan satu-satunya ada di Sarawak.
Nurain, dia ni assistant saya.
Pelancong ni dari Scotland.Kat sana senang je dapat cendawan tiram..kat tepi2 jln pun boleh pungut.. Siapa dia tu? Inilah salah seorang pemain muzik dari Scotland yang datang ke Rainforest Music Festival kat sini. http://www.youtube.com/watch?v=oKtywLdcIl0&feature=relatedhttp://www.youtube.com/
Sekian..
No comments:
Post a Comment