Di sini saya ingin memaklumkan kepada pelanggan2 kami, bahawa syarikat kami buat masa ini hanya menjual beg media yang dah matang serta sedia tuai.Ini adalah supaya pelanggan kami lebih confident apabila melihat hasil cendawan menjadi.
Seperti yang kita ketahui semua, kebanyakan pengusaha cendawan menjual beg yang belum matang/separuh matang/matang. Dan ada juga yang menjual beg yang belum dikukus!! Ntah apa dah jadi ni!! Tambahan lagi ada yang main hentam harga semata-mata untuk bersaing dan memancing banyak pelanggan.!!
Tetapi persaingan secara tak sihat biasanya tak akan bertahan lama. Saya memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung.
Bagi kami di Mayang Agrotech amat mementingkan kualiti produk serta keutamaan kepada pelanggan. Dan tak lupa juga menjaga nama Syarikat kami . Salah satu caranya adalah dengan menjual beg media yang dah matang (45-60hari). Dan beg media pada usia sebegini telahpun dipenuhi maisillium serta 100% dalam keaadaan yang baik!Ini kerana sebelum beg media tersebut diberi kepada pelanggan, kami telahpun memantau dan memilih beg yang berkualiti!
Mungkin banyak yang mengadu harga beg media yang kami jual terlalu mahal!! Jangan salah faham!! Ini kerana kami berikan yang terbaik kepada anda!! Tambahan pula, kebanyakan bahan2 yang digunakan masih lagi diimport dari w/M. Kami kini dalam usaha mengurangkan lagi kos beg media kami,supaya pelanggan kami rasa lebih selesa dengan harga yang ditawarkan.
Nasihat saya kepada pengguna/pembeli..penilaian adalah di tangan anda!! Jadilah pengguna yang bijak!!
Fikir-fikirkan!!
1 comment:
Just my 2 cents.
Saya rasa bagaimana pengusaha lain memasarkan produk mereka tu adalah hak mereka. Itu pilihan mereka utk pasarkan belum kukus, separuh matang atau matang. Dengan syarat harganya berpatutan.
2nd, berkenaan menjelaskan kenapa harga beg yg anda jual tinggi, tidak perlulah mengunakan "!!". Dunia cyber ni, text mudah disalah tafsirkan. Pasti ada yg tersinggung. Pertama kasi saya baca, saya rasa saya dipaksa utk menerima input anda.
Saya pasti ada cara lain utk menjelaskan situasi anda.
Post a Comment