Wednesday, July 30, 2008

Trip To Jakarta

Pada 9-14/08/08, saya akan ke Jakarta atas urusan tertentu. Saya ingin maklumkan kepada sesiapa yang nak mendaftar kursus untuk 17/08/08 dan nak dapatkan maklumat daripada saya sendiri , cepatlah daftar.. Nanti kalau dah ke luar negara, mana dapat nak jawab call..mahal sangatlah!!

Borang pendaftaran untuk menyertai Contract Farming yang disediakan oleh Mayang Agrotech juga turut diberikan. Sekarang anda tak perlu nak susah2 tentang pasarannya..Ini kerana kami akan membeli hasil cendawan segar anda!

Dan yang paling menariknya, kami ada menjemput Pegawai dari Agrobank untuk bersama-sama di dalam kursus ini. Aha..inilah peluang yang paling bagus untuk untuk anda bertanya bermacam-macam solan yang berkaitan dengan pinjaman dan cara2 permohonannya..

So, apa nak tunggu lagi.. Datanglah ke kursus tu nanti.. Kalau nak berniaga apa2 pun, mesti dapatkan ilmu dulu(contohnya tanam cendawan) Nampak senang, tapi byk yang perlu anda tahu..

Sunday, July 27, 2008

Program Gerak Usahawan,Showcase SDSI & Showcase Usahawan Peringkat Negeri Sarawak 2008

"Keusahawan Kerjaya Pilihan" - 25-27 Julai 2008
Pada 25-27 Julai 2008, berlangsungnya program gerak usahawan anjuran MECD di Tebingan Sungai Kuching. Ini adalah kali pertama saya menyertai program sebegini. Ternyata banyak kekurangan dari segi bahan2 maklumat contohnya flyers untuk diberikan kepada pengunjung. Tapi tak apa, dari sini saya belajar banyak barang baru. Lagipun,sejak kebelakangan ini kami agak sibuk.
Bagi saya, dalam banyak2 booth yang dipamerkan,booth kamilah yang paling mendapat sambutan daripada pengunjung. Bukannya apa, ada yang makan cendawan, tapi tak tahu macam mana cendawan tu ditanam.. Ada pula, ini adalah kali pertama mereka melihat cendawan..

Yang paling menarik, "orang putih" pun hairan tengok.. Seronok juga saya melayan mereka. "Kalau dapat bawa balik,memang nak angkat juga"

Tapi bagi mereka yang mengunjungi booth kami memang bertuah kerana dapat sedikit ilmu cara2 penanaman cendawan.

Dan tak lupa juga, di sini saya ada mempromoikan cendawan goreng kami..Emm..nampaknya banyak yang menggemarinya.. Memang laku, saya yang tak prepare banyak..semalam dapatlah jual 60pkt, yang 40 pkt lagi saya reserved untuk yang dah tempah.Nampaknya permintaan pun diluar jangkaan,amat memberangsangkan.! GO MAYANG AGROTECH!!

Adakah produk frozen mushroom ini boleh dikatakan produk Sarawak?? Memang Boleh!! Sebab ia dibuat di Sarawak dan dihasilkan oleh salah seorang penduduk Bumiputera Sarawak!!

Ya !! yang tak lupanya, Sarawak telah membuat satu rekod iaitu Kek Lapis Sarawak Yang Terpanjang iaitu 45kaki dan telah masuk ke dalam Malaysia Book Of Record. Kenapa 45kaki?? Ia adalah sempena sambutan 45tahn Sarawak merdeka dalam Malaysia.

Tepung Cendawan Goreng yang dihasilkan oleh Mayang Agrotech



This is our temporary packaging for the frozen mushroom.

Booth yang saya sewa tak dibenarkan ada aktiviti memasak, so saya terpaksalah goreng cendawan kat rumah,pas tu just panaskan guna oven kat sini..

Beginilah keadaan stall kami, sentiasa dibanjiri pengunjung..

Kek lapis terpanjang di Malaysia..45kaki.



Cantik kek lapis ni..

Kek Lapis Sarawak! adalah salah satu produk yang paling unik dan satu-satunya ada di Sarawak.


Nurain, dia ni assistant saya.

Pelancong ni dari Scotland.Kat sana senang je dapat cendawan tiram..kat tepi2 jln pun boleh pungut.. Siapa dia tu? Inilah salah seorang pemain muzik dari Scotland yang datang ke Rainforest Music Festival kat sini. http://www.youtube.com/watch?v=oKtywLdcIl0&feature=relatedhttp://www.youtube.com/

Sekian..

Tuesday, July 22, 2008

Cendawan Goreng Berempah!!

Setelah berberapa kali mencuba, akhirnya dah jumpa yang terbaik dan inilah yang terbaik. Yang saya maksudkan cendawan goreng berempah yang akan kami promosikan. Sehingga sekarang, saya dah tak pasti berapa kg mushroom yang dah dibuang untuk buat eksperiment!! Tapi tak apa.. ada faedah di sebaliknya..yang penting jangan berputus asa.

Untuk buat yang terbaik, ada caranya.. walaupun nampak begitu mudah saja..tapi bagi saya tak semudah itu. Cara penggaulannya mesti betul,kalau tak cendawan tu akan hancur, kalau terlebih air, bila digoreng akan menjadi lembik.. so, pandai2lah..

Dan sekarang tengah dalam proses siapkan packagingnya.Nak dapatkan maklumat yang perlu diprint kat plastik tu pun satu hal..byk prosedurnya.. sijil halal, nutrition makanan..dan mcm2 lagilah.. tapi,dari situ saya belajar byk brg ini kerana semua saya sendiri yang uruskan. Nak upah kuli, rasanya belum mampu dan tak cukup kaya... hi.hi.. Tapi yang pastinyakita berasa sangat puas dengan hasil kerja sendiri.Betulkan..





Kunjungi booth kami di Gerak Usahawan peringkat negeri Sarawak di Waterfront,Kuching Pada 25-27 Julai 2008.

Datang dan rasai Cendawan goreng kami!!!

Friday, July 18, 2008

Pelanggan Keutamaan Kami!

Di sini saya ingin memaklumkan kepada pelanggan2 kami, bahawa syarikat kami buat masa ini hanya menjual beg media yang dah matang serta sedia tuai.Ini adalah supaya pelanggan kami lebih confident apabila melihat hasil cendawan menjadi.

Seperti yang kita ketahui semua, kebanyakan pengusaha cendawan menjual beg yang belum matang/separuh matang/matang. Dan ada juga yang menjual beg yang belum dikukus!! Ntah apa dah jadi ni!! Tambahan lagi ada yang main hentam harga semata-mata untuk bersaing dan memancing banyak pelanggan.!!
Tetapi persaingan secara tak sihat biasanya tak akan bertahan lama. Saya memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung.

Bagi kami di Mayang Agrotech amat mementingkan kualiti produk serta keutamaan kepada pelanggan. Dan tak lupa juga menjaga nama Syarikat kami . Salah satu caranya adalah dengan menjual beg media yang dah matang (45-60hari). Dan beg media pada usia sebegini telahpun dipenuhi maisillium serta 100% dalam keaadaan yang baik!Ini kerana sebelum beg media tersebut diberi kepada pelanggan, kami telahpun memantau dan memilih beg yang berkualiti!

Mungkin banyak yang mengadu harga beg media yang kami jual terlalu mahal!! Jangan salah faham!! Ini kerana kami berikan yang terbaik kepada anda!! Tambahan pula, kebanyakan bahan2 yang digunakan masih lagi diimport dari w/M. Kami kini dalam usaha mengurangkan lagi kos beg media kami,supaya pelanggan kami rasa lebih selesa dengan harga yang ditawarkan.

Nasihat saya kepada pengguna/pembeli..penilaian adalah di tangan anda!! Jadilah pengguna yang bijak!!

Fikir-fikirkan!!

Sedap Rasanya!!!

Mungkin ramai yang belum lagi merasa bagaimana rasanya Cendawan Perut Lembut. Kalau nak tahu, lebih sedap dari rasa cendawan Abalone!!. Sangat berbeza sekali diantara cendawan2 yang lain.Bila u gigit cendawan tu, ada bunyinya..sangat ranggup.Macam makan keropok pula yea.. Batangnya yang gemuk macam "drumstick" ayam. Bila dibelah, sangat halus dalamnya..

Bagi rakan2 nak venture tanam jenis cendawan lain, cubalah tanam cendawan ni.. Pasti hangat di pasaran!Kalau tak silap saya, harganya lebih tinggi daripada cendawan tiram.



Cantik kan..

Sekian..

Monday, July 14, 2008

Rak di tepi rumah..

Ini adalah rak yang simple kami buat di tepi rumah. Boleh memuatkan 800>beg media. Rak ni saya cuma khaskan untuk beg media yang dah matang. Dan bagi sesiapa yang nak beli beg media & nak cuba tanam just untuk hobi, bolehlah beli di sini.. Bagi yang nak banyak2, ha..perlulah datang ke farm dan bawa transport sendiri..

Untuk sesiapa yang berminat nak mulakan tanaman ni, kos nya tak tinggi,margin profit yg tinggi. Tetapi perlu pandai2lah.. Di bawah contoh rak yang simple dan penggunaan ruang yang minima sahaja..Mcm hiasan kat rumah pula yea.. Tapi kebersihan hendaklah ditingkatkan!


Kalau boleh jgn biarkan terlalu banyak ruang di antara jarak rak..Membazir..(Spt gambar di atas)


Single Rak


Di Belakang dinding dapur rumah..



Bahan2 & Kos Rak:

Kayu 2 x 3 = 5btg X Rm 8.00 = RM 40.00

Besi 25 X 1.2mm = Rm25.80 X 6btg = Rm154.80

Skru = Rm22.40

Cat 1 X 1L = Rm27.70

(besi hendaklah dicat supaya tak berkarat)

(Kos Upah = Sendiri Pasang)

Total Kos = Rm 244.90 ( Kos tetap)


Cendawan Perut Lembu


Sunday, July 13, 2008

Citarasa Cendawan..

Ini adalah sushi cendawan buatan mak mentua saya.. Kami memang suka makan makanan seperti sayuran mentah2 /ulam.. (ala barat)
Dia petik, carik2 cendawan tu and dah boleh makan terus.. Tak payah nak masak2.. Campur sikit mayonis..
Saya yang usahakan cendawan pun belum berani makan cendawan mentah2 ..Dia selalu buat sushin sendiri..So, bila ada cendawan..lagi bagus dimakan mentah..lagi banyak vitaminnya..Bila dia buat, saya tak confident nak makan takut cirit-birit.. Bapa mentua saya pula tegur mak mentua saya ni.. " Nanti cirit-birit ,baru u tahu".. Saya pula menunggu adakah dia akan cirit-birit ke tak.. Sampai hari esoknya.. langsung tak ada,. Dan kini..dah biasa makan sushi cendawan.
Salad cendawan..
Sushi Mushroom






Mushroom Ball

Ini pula ,mushroom ball buatan saya. Sedap juga rasanya..

Tuai Hasil, Mulut Beg media dibuka sepenuhnya..

Walaupun sudah 13thn mengusahakan cendawan, tetapi Mr.Peter lebih suka dan sudah biasa dengan caranya sendiri. Lagipun jimatkan kos juga..

Apa yang saya maksudkan ialah..beg media dibuka segala penutupnya ketika waktu tuai hasil. Seronok juga melihat begitu banyak cendawan keluar.. Ini kerana, mereka cukup oksigen.
Bagi pengusaha cendawan pada masa kini, lebih gemar menggunakan penutup.Lebih mudah dan cepat. Tapi bagi pandangan saya, itu terpulang kepada setiap individu..Tetapi dari segi, kuantiti dan berat setiap tuaian, tidak jauh bezanya..

Apa pula pandangan anda?? Sama2 kita kongsi k..


Perkembangan Kami..

Pertama sekali,kami dari Mayang Agrotech ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan2 pengusaha cendawan yang telah banyak membantu dan sharing pengalaman mereka dengan kami untuk berjalan lebih jauh di dalam industri cendawan.

Disini, saya ingin share serba sedikit tentang syarikat kami untuk tatapan pengunjung2 blog kami. Kini Mayang Agrotech telah mengorak satu lagi langkah iaitu JV dengan seorang pengusaha cendawan(Mr.Peter) yang telah 13thn melibatkan diri di dalam industri ini. Setelah kami become partner, banyak pengalaman baru yang saya pelajari dan sudah tentunya saya rasa bertuah..cos bukannya senang nak dapat ilmu cendawan ini..

Kini,Mayang Agrotech lebih kepada Marketing & paper work dan segala pengurusan di ladang diuruskan oleh beliau dan kekadang tu saya pun di ladang untuk memantau apa yang perlu. Bagi saya jadi Bussiness partner agak bagus juga yea..Tapi pandai2lah..

Apa lagi yea..tak pandai sangat lah nak berceloteh ni..

Terbaru tentang kami:
  • Dalam proses memohon Sijil Akredasi Ladang (SALM) & Sijil Organik Malaysia (SOM)
  • Dalam proses set-up mini farm di compound rumah (Tabuan Jaya)

  • Kami ada menanam sedikit cendawan Ling-zhi & Perut Lembu

  • New!!! "Pyramid starket-kit" & Concept Farm To Kitchen


(Kaki tu Macam Saya Kenal Je.. )

To order Call 016-884 8581

  • Coming Up Next!!! Penyediaan Benih Cendawan..

Ini adalah serba sedikit gambar di Partner Farm Kami..



Mesin Pembancuh..

Dalam masa 4jam boleh menghasilkan 2500beg media.


Bagging Machine kami ada 2 sama macam ni. Yang satu lagi masih baru dan disimpan kat setor..


Salah satu steamer yang ada..Yang ni kami tak pakai.. Simpan dululah..

Kami guna steamer ni aje..Sekali kukusan 2500beg..Yang laki tu, ak Mr.Peter Luk!


Itu Sahaja ..