Saturday, April 26, 2008

Pesta Kaul Mukah, Sarawak (19-27 April)

PESTA KAUL,MUKAH

"Kaul is a traditional festival celebrated by the Melanau living along the coast of Sarawak.In the past,Kaul was looked upon as an annual religious ceremony to appease the spirits of the sea,land,forest and farm making it the most important festival in the Melanau calendar.

It is a ritual of purification and thanksgiving as well as one of propiation for good fortune.Its marks the beginning of the Melanau calendar which begins at the end of the Northeast monsoon. The moonsoon season asserts a large influence upon the livehood of the Melanau who are mainly farmers and fisherman."

Antara acara sambutan untuk menyambut kedatangan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak.



Walaupun sibuk berniaga,sempat juga saya online. Nasib baik kat tepi pantai Kala Dana ni ada wireless.


Banyaknya Pelanggan..Hee.hee..mlt mesti manis bila bercakap,baru banyak org datang.




Gerai yang disediakan oleh S.E.D.C Sarawak.


Belilah Kraf Malaysia




Antara rumah2 yg disediakan penduduk Mukah yang mempunyai maksudnya tersendiri. Semuanya berasaskan barangan di rimba.




Setiap tahun diadakan Pesta Kaul di Mukah,Sarawak.Tempat ni banyak didiami Kaum Melanau-Melayu. Sudah 2 tahun saya datang ke sini berniaga dan tapak Pesta pula disediakan Jabatan Pertanian Mukah. Nampaknya, kat sini aktiviti pertanian dan perikanan giat dilakukan. Tambahan pula, kawasan ni memang kat tebingan laut.

Terdapat beberapa ratus tempat disediakan. Yang terlibat kebanyakan usahawan2 yang ingin mempromosikan perniagaan mereka,bank dan juga jabatan2 kerajaan. Amat meriah pesta ni. Kalau dari Kuching nak sampai Mukah mengambil masa 8jam.

Saya ke sini kali ni membawa produk baru saya..he..he..apa lagi..Cendawan lah..Tapi saya tak bawa banyak. Saya buat promosi dengan display sedikit bongkah, mengedarkan flyers dan menggantung sediit banner supaya menarik perhatian pengunjung.

Memang tak saya sangkakan,sambutan cendawan sangat bagus. Berebut-rebut nak bli dan juga tanya ini itu. Walaupun agak kepenatan, kami tetap melayan pengunjung dengan mesra.

"Memang kat Mukah, susah nak dapatkan Fresh mushroom". Itulah salah satu kata2 yang diluahkan oleh para pengunjung kami. Sampaikan ada yang suruh kami buka branch kat sini.

Siapa yang tak nak melebarkan sayap perniagaan..Betul tak.?? Kepada orang Mukah, kami akan usahakan. Tunggu kami di sana..

Inilah antara gambar2 yang sempat kami rakamkan:


Kelihatan mereka bermain layang2 .Antara aktiviti yang paling penting dalam Pesta Kaul.


Inilah antara bentuk layang2 mereka. Semuanya berkaitan tentang hidupan laut. Ada bentuk penyu, ikan dan mcm2 lagi. Jarang kita lihatkan.. Kata mereka,layang2 tersebut berharga RM4oo.00 ke atas. Kalau yang murah, nanti dia tak terbang dgn sempurna.

Datanglah ke Pesta Kaul..Meriah punya...

1 comment:

Anonymous said...

bila pesta kaul mukah 2009 akan diadakan? boleh tak email ke kasnako@gmail.com?