Monday, April 21, 2008

Laporan Kursus Penanaman Cendawan 1

Laporan Kursus 1 Anjuran Mayang Agrotech Dengan Kerjasama Dari Jabatan Pertanian Putrajaya,KL pada 13/04/08

Selamat bertemu kembali. Lamanya saya tak update blog ni.Mana taknya, sangat sibuk.
Kami telah berjaya menganjurkan kursus penanaman cendawan yang pertama dengan jayanya.
Seramai 100 lebih org yang mendaftar. Tetapi byk yang tak sempat datang lagipun tempat yang kami pilih banyak yang tak tahu. Tapi syukurlah, seramai 58orang yang telah menghadiri kursus ini.

Terima kasih diucapkan kepada para peserta yang telah hadir. dan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Normah Ibrahim kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami.
Nampaknya,para peserta begitu bersemangat dan khusyuk mendengar ceramah daripada beliau.

Pada hari tersebut, kami turut menjual "fresh mushroom" dan juga ready-made polybag.Habis semuanya. Memandangkan ini adalah kursus 1 yang kami anjurkan, banyak yang kekurangan. Kami dari pihak Mayang Agrotech memohon maaf atas kekurangan tersebut.


Peserta tengah khusyuk mendengar ceramah Puan Normah



Upacara penyampaian sijil

No comments: