Wednesday, April 30, 2008

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN 2

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN KALI KE-2
PENDAFTARAN DIBUKA!!
Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami di talian:
Call: 016-884 8581 /019-887 6631
Sms: 014-887 6671
Tarikh: 25/05/08
Tempat : Penview Inn,Hotel
Masa: 8am-6pm
Tempat adalah terhad untuk 50 orang. Bayaran deposit RM100 untuk tempahan tempat.
Tarikh tutup pendaftaran: 21/05/08

Saturday, April 26, 2008

Pesta Kaul Mukah, Sarawak (19-27 April)

PESTA KAUL,MUKAH

"Kaul is a traditional festival celebrated by the Melanau living along the coast of Sarawak.In the past,Kaul was looked upon as an annual religious ceremony to appease the spirits of the sea,land,forest and farm making it the most important festival in the Melanau calendar.

It is a ritual of purification and thanksgiving as well as one of propiation for good fortune.Its marks the beginning of the Melanau calendar which begins at the end of the Northeast monsoon. The moonsoon season asserts a large influence upon the livehood of the Melanau who are mainly farmers and fisherman."

Antara acara sambutan untuk menyambut kedatangan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak.



Walaupun sibuk berniaga,sempat juga saya online. Nasib baik kat tepi pantai Kala Dana ni ada wireless.


Banyaknya Pelanggan..Hee.hee..mlt mesti manis bila bercakap,baru banyak org datang.




Gerai yang disediakan oleh S.E.D.C Sarawak.


Belilah Kraf Malaysia




Antara rumah2 yg disediakan penduduk Mukah yang mempunyai maksudnya tersendiri. Semuanya berasaskan barangan di rimba.




Setiap tahun diadakan Pesta Kaul di Mukah,Sarawak.Tempat ni banyak didiami Kaum Melanau-Melayu. Sudah 2 tahun saya datang ke sini berniaga dan tapak Pesta pula disediakan Jabatan Pertanian Mukah. Nampaknya, kat sini aktiviti pertanian dan perikanan giat dilakukan. Tambahan pula, kawasan ni memang kat tebingan laut.

Terdapat beberapa ratus tempat disediakan. Yang terlibat kebanyakan usahawan2 yang ingin mempromosikan perniagaan mereka,bank dan juga jabatan2 kerajaan. Amat meriah pesta ni. Kalau dari Kuching nak sampai Mukah mengambil masa 8jam.

Saya ke sini kali ni membawa produk baru saya..he..he..apa lagi..Cendawan lah..Tapi saya tak bawa banyak. Saya buat promosi dengan display sedikit bongkah, mengedarkan flyers dan menggantung sediit banner supaya menarik perhatian pengunjung.

Memang tak saya sangkakan,sambutan cendawan sangat bagus. Berebut-rebut nak bli dan juga tanya ini itu. Walaupun agak kepenatan, kami tetap melayan pengunjung dengan mesra.

"Memang kat Mukah, susah nak dapatkan Fresh mushroom". Itulah salah satu kata2 yang diluahkan oleh para pengunjung kami. Sampaikan ada yang suruh kami buka branch kat sini.

Siapa yang tak nak melebarkan sayap perniagaan..Betul tak.?? Kepada orang Mukah, kami akan usahakan. Tunggu kami di sana..

Inilah antara gambar2 yang sempat kami rakamkan:


Kelihatan mereka bermain layang2 .Antara aktiviti yang paling penting dalam Pesta Kaul.


Inilah antara bentuk layang2 mereka. Semuanya berkaitan tentang hidupan laut. Ada bentuk penyu, ikan dan mcm2 lagi. Jarang kita lihatkan.. Kata mereka,layang2 tersebut berharga RM4oo.00 ke atas. Kalau yang murah, nanti dia tak terbang dgn sempurna.

Datanglah ke Pesta Kaul..Meriah punya...

Wednesday, April 23, 2008

Tempahan Bongkah.

MAKLUMAN KEPADA PELANGGAN!!!
KAMI TELAH KEHABISAN READY-MADE POLYBAG..
SESIAPA YANG NAK ORDER BONGKAH, HENDAKLAH MEMBUAT TEMPAHAN SEBULAN LEBIH AWAL.
HARAP MAKLUM!!!
KAMI MEMOHON MAAF DIATAS KESULITAN ITU!!

Tuesday, April 22, 2008

Kehabisan Bongkah!!

Sejak kebelakangan ini, kami menerima banyak tempahan daripada pelanggan. Terpaksalah staff saya kerja"OT" kat kampung.

Pelanggan2 yang nakkan bongkah hendaklah place order sebulan lebih awal. Nanti senang prepare. Cos,bongkah kat bangsal tu dah kehabisan..

Setiap minggu kami buat bagging 2 kali. Skali bangging buat sehingga 1200bongkah.Kekadang tu, adalah buat lebih. Cos steamer yang kami gunakan dapat memuatkan sehingga 1500 bongkah untuk skali kukusan. Namun demikian, masih juga tak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Oleh yang demikian, saya telahpun membuat kertas kerja projek penanaman cendawan dan diajukan kepada Jabatan Pertanian Serian untuk memohon bantuan dari segi peralatan bagi mempercepatkan produktiviti syarikat kami.

Hari ni(22/04/08), saya mendapat panggilan dari mereka(En.Simon). Betapa gembiranya saya. Tapi saya masih tertanya-tanya lagi. Apakah crita selanjutnya. Mana taknya, waktu ni saya di Mukah sempena Pesta Kaul Anjuran Jabatan Pertanian Mukah. Kalau tak, memang esok atau lusa mereka boleh datang ke farm saya.

Anyway, trima kasih diucapkan kepada Jabatan Pertanian Serian,kerana prihatin terhadap apa yang saya bentangkan .Thanks So Much.

Monday, April 21, 2008

Laporan Kursus Penanaman Cendawan 1

Laporan Kursus 1 Anjuran Mayang Agrotech Dengan Kerjasama Dari Jabatan Pertanian Putrajaya,KL pada 13/04/08

Selamat bertemu kembali. Lamanya saya tak update blog ni.Mana taknya, sangat sibuk.
Kami telah berjaya menganjurkan kursus penanaman cendawan yang pertama dengan jayanya.
Seramai 100 lebih org yang mendaftar. Tetapi byk yang tak sempat datang lagipun tempat yang kami pilih banyak yang tak tahu. Tapi syukurlah, seramai 58orang yang telah menghadiri kursus ini.

Terima kasih diucapkan kepada para peserta yang telah hadir. dan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Normah Ibrahim kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kami.
Nampaknya,para peserta begitu bersemangat dan khusyuk mendengar ceramah daripada beliau.

Pada hari tersebut, kami turut menjual "fresh mushroom" dan juga ready-made polybag.Habis semuanya. Memandangkan ini adalah kursus 1 yang kami anjurkan, banyak yang kekurangan. Kami dari pihak Mayang Agrotech memohon maaf atas kekurangan tersebut.


Peserta tengah khusyuk mendengar ceramah Puan Normah



Upacara penyampaian sijil

Thursday, April 3, 2008

Cuti-Cuti Malaysia (Thailand)

Saya dengan suami memang suka pergi makan angin. Kalau boleh nak habiskan satu dunia ni.. Mana taknya.. Luas perjalanan jauh pemandangan. Yang saya suka jalan2 ni cos nak tengok2 tempat tu mcm mana, blh ke tak invest bisnes kat sana, tgk mereka punya budaya,cara hidup, kehidupan mereka dan byk lagi lah..

Pada 27/03/08 - 1/04/08, trip kali ni ke Thailand. Tempat yang paling hangat diperkatakan. Ternyata tempat tu lebih hangat. Iss..iss memang berpusu-pusu manusia kat airport, kat dia punya shopping complex, dan tempat yang kami kunjungi. Tapi memang cantik. Pandai mereka punya Goverment atur yea.. Dia jadikan negeri tu pusat pelancongan. Memang tak putus2 org datang dan pergi.. Saya pun masih rasa tak puas lagi.. Memang hangat..

Tapi..saya tetap bangga dengan negara kita Malaysia. Waktu kat sana,kami one group dengan pelancong yang datang dari Iran.Kebetulan dia dari Malaysia ke Thailand.. Mereka seminggu bercuti di Malaysia, tapi mereka cakap MALAYSIA LAGI BEST!!. The said " The said our country so clean, the food very delicious and our Malaysian People very friendly"

We proud of you MALAYSIA..

Kita Sambung Crita lagi..

Ha..ha..kita bercerita lagi. Bongkah yang saya suruh mak buka pada 22/3/08, hasilnya amat memberangsangkan. Kali ni adalah dapat dlm 20kg.. Walaupun waktu mereka menuai tu,saya tak ada(pergi Thailand)..tapi mereka cakap memang happy tengok bongkah tu rata2 keluarkan hasil.. Mereka happy, saya lagilah happy. Waktu pagi mereka tuai & terus pack. Waktu petang, tunggu kakak saya balik mengajar mereka pergi menjual cendawan. Mereka cakap masih tak cukup lagi.. Masih banyak lagi yang belum dapat dan buat pesanan.. Iss..iss..itu baru 20Kg..Belum 50kg.. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar..Thanks God.

oopss..yang paling saya kesal mereka tak ada ambil sikit gambar pun untuk rekod saya.. waktu tak ada camera..mana taknya.. Tak apalah...

Perkembangan Bongkah Yang disuntik pada 13/03/08

Ini pula perkembangan bongkah yang telah saya suntik pada 13/03/08. Saya amat terkejut!! Mana taknya.. cepat betul maisillium dia jalan.. Belum sebulan lagi tu.. Kenapa boleh jadi begini yea.. Sebelum ni tak macam ni.. Dah lah warna maisillium dia pekat .. Seronoknya.. Cup..cup..RAHSIA!!!

Gambar pada 25/03

Gambar pada 2/04

Gambar diambil pada 2/04

Nampak kan dia punya perbezaan..Saya sendiri pun agak terperanjat. Saya nak cuba buat experiment..saya akan buka bongkah tu,asalkan dia punya maisilliun dah penuh walaupun blm sampai sebulan.. Ada Keluar hasil ke tak?? KITA CUBA DULU..