Pada 25 Dec-29 Dec, saya telah menyertai expo yang diadakan di waterfront dibawah bimbingan FAMA. Ini adalah pameran/expo yang ke-2 telah saya sertai sejal terlibat di dalam industri tanaman cendawan.Kami berasa bertuah kerana didalam banyak-banyak usahawan,syarikat kami terpilih didalam kategori best-15 yang dipilih dan dibimbing dan seterusnya akan berjalan bersama-sama dengan FAMA .Terima Kasih kami ucapkan..
Expo kali ini agak lama (5hari).So,saya kena prepare banyak stok untuk bakal pelanggan baru terutamanya untuk beg media berbenih dan juga cendawan goreng. Pameran kali ini memang menyeronokkan dgn telatah DJ yang menceriakan suasana pada hari tersebut. Kali ini ,kami menyertai satu ruang iaitu "WetSampling Section" di mana para usahawan diberi peluang untuk membuat demo masakan sambil mempromosikan produk mereka kepada orang ramai. Ini adalah kali pertama saya memasak didepan orang ramai.Hati memang berdebar dan ada sedikit malu kerana tak biasa.Saya berkata kepada diri sendiri" Saya harus harungi cabaran ini, kerana untuk menjadi seorg usahawan yang berjaya bukannya mudah & agar kita rasa lebih yakin untuk berdepan dengan semua orang.
Tak sangka.., pada hari tersebut sambutan terhadap cendawan goreng sangat baik sekali. Ternyata masih ramai yang tak tahu cendawan ni boleh digoreng! Ish..ish..kalau boleh saya nak banyak yang berminat untuk berniaga cendawan goreng, so bolehlah saya supply fresh mushroom ..he..he..
Sekian..
No comments:
Post a Comment