Saya amat mengalu-alukan orang ramai untuk menceburkan diri didalam perniaagaan pertaniaan. Ini kerana, pertanian pada masa ini merupakan nadi kepada negara dan menyumbangkan banyak ekonomi. Dan jangan sesekali memandang rendah bidang pertanian,ini kerana semuanya bersifat moden dan menguntungkan." Dan jangan jadikan status anda sebagai penghalang"
Seperti yang saya rasai sekarang, saya mampu hidup bebas, menggunakan masa sendiri,melancong ke sana sini, malah mampu memiliki apa saja yang saya mahu hanya dengan "menanam cendawan".Bagi rakan2 di sekeliling saya,masih ada lagi yang mentertawakan saya. Tapi mereka tak tahu, ini kerana setiap orang mempunyai minat dan pandangan yang berbeza.
Saya nak tekankan, bahawa peluang perniaagaan di dalam industri tanaman cendawan masih begitu luas dan pasarannya begitu terbentang luas.Semua ini saya dapat maklumat daripada pengusaha baru yang menanam cendawan dan sentiasa tidak cukup bekalan untuk pelanggan2nya.
Kalau kita tak ada produk,macam mana nak jual?? Kalau dah ada produk, pasti dapat jual! Kerana kita tak nak duit & usaha kita terbuang begitu saja!!
Peluang2 yang anda boleh terokai di dalam bidang penanaman cendawan dan saya terokai:
1. Pembekal peralatan penanaman cendawan
2. Penganjur kursus
3. Pengusaha cendawan segar
4. Pembekal beg media
5. Pengusaha industri asas tani ( Produk cendawan proses)
6. Agro-pelancongan ( Dalam proses pembikininan)
Anda bila lagi..ayuh kita sama2 bergerak lebih ramai dan maju di dalam industri cendawan.
Pembatalan Kursus pada 1/02/09 & 8/02/09
Kursus pada tarikh tersebut 1/02/09 dibatalkan kerana jalan utama yang masuk ke dalam ladang /kampung mengalami banjir.
Dan pada 8/02/09 saya terpaksa ke UM 7/02/09-12/02/09 untuk menyertai kursus penyediaan benih cendawan.
Lokasi baru kursus penanaman cendawan
Lokasi terbaru kursus penanaman cendawan ialah bertempat di Riveria,on the way to Kota Samarahan after shell Petrol Sation. Saya pilih lokasi ini atas sebab2 tertentu. Tambahan pula, banyak peserta adalah dari sekitar kuching, dan agak jauh untuk mereka ke ladang saya di Serian, Selain itu, saya nak dedahkan kepada mereka yang cendawan ni juga boleh ditanam di dalam bangunan/rumah tak semestinya di dalam hutan/ladang/kebun. Di mana2 pun boleh tanam cendawan, YANG PENTING TAHU TEKNIK & ASAS PENANAMAN CENDAWAN.
Lokasi yang saya maksudkan ialah rumah baru kami yang tidak didiami dan saya memang nak jadikannya sebagai satu lagi tempat penanaman cendawan.
No Rumah: 53
Rumah belum ada lorong lagi
Cendawan segar & cantik walaupun dituai sebanyak 9kaliInilah hasil yang dapat saya kongsikan hasil daripada penggunaan chips habuk kayu getah walaupun dituai sebanyak 9 kali.Hasilnya masih tetap hebat!
Sekian..
No comments:
Post a Comment