Monday, November 24, 2008

Kunjungan 2 Orang Guru

Pada 21/11/08, saya menerima kunjungan daripada 2 orang guru dari kawasan sekolah Tebedu. Yang saya tak sangka, rupa-rupanya salah seorg cikgu tu adalah rakan/classmate saya dulu masa kat sekolah menengah.emm.. rasanya since dah 8 tahun tak berjumpa. Kalau kat kelas, asyik dia jea yang dapat no.1 (genius orangnya) .. Tapi sayang belajar dalam bidang Bioteknology, akhirnya jadi cikgu. Tapi tak ape.. apa2 pun, asalkan kerja..

Antara gambar yang sempat saya rakamkan:


Belajar Buat beg media..

Dapat ole2 dari kami..




Sekian...

Thursday, November 20, 2008

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

SistePertama kali, tahniah saya ucapkan kepada MAYANG AGROTECH kerana terpilih untuk menyertai program SLDN yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Baru-baru ini, kami telah menyertai satu seminar yang dianjurkan oleh Jabatan FAMA Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran pada 19/11/2008 di Merdeka Palace Hotel, Kuching. Ianya merupakan program pertama (1st Batch) di Sarawak yang akan dipromisikan kepada rakyat Malaysia pada tahun depan. Program ini disertai oleh beberapa syarikat yang dipilih dan berpotensi bagi melatih bakal-bakal usahawan di Malaysia.

Jabatan Pembangunan Kemahiran dahulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) adalah merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 2Mei 1989 melalui penyusunan semula Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK). Tujuan utama penubuhan JPK adalah bagi merumus, menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan kemahiran sejajar dengan keperluan serta perkembangan teknlogi dan ekonomi negara.Nama MLVK telah ditukarkan kepada JPK setelah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) telah dikuatkuasakan mulai 1 September 2006.

Bagaimana ianya dijalankan di Malaysia:

Jangka masa : Berdasarkan bidang dan tahap Persijilan
Nisbah Amali - Teori : 70-80% Latihan amali di dalam situasi pekerjaan sebenar
Siapa yang Layak (Pelatih) : Lepasan SPM dan / pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekrjaan selepas tamat pnegajian.
Elaun : Syarikat ( RM200/sebulan/peserta)
: Pelatih ( RM300/bulan)

SKM Tahap 1 : 6bulan ( 1/2 tahun ke atas)
SKM Tahap 2 : 1 tahun ke atas
SKM Tahap 3 : 2 tahun ke atas
SKM Tahap 4 : 3 tahun ke atas
( DKM)
SKM Tahap 5 : 5 tahun ke atas



Ramai juga peserta yang hadir..




Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi kami.

Tuesday, November 18, 2008

Farm Visit

Untuk menambahkan lagi banyak ilmu dan bertukar-tukar pendapat dgn pengusaha cendawan yang lain, adalah digalakkan untuk membuat kunjungan ke ladang cendawan yang ada di sekeliling kita. Ini kerana, setiap pengusaha mempunyai cara2nya yang tersendiri..Dari situlah kita boleh berbual-bual sambil mengenal hati budi masing-masing.

Dan baru-baru ini, saya berkunjung ke salah satu ladang yang terdekat di Kuching. Pengusahanya peramah dan sangat baik hati. Bertuah dapat berjumpa dengan. Walaupun ini adalah kali pertama berjumpa, tapi layanan yang diberikan cukup mesra..Dulu pasangan ini bekerja di kilang Taiyo dan minat makan cendawan katanya.. Pas tu, mereka telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengusahakan cendawan dengan sepenuh masa.

Lokasi ladang cendawan mereka amat bagus sekali, sejuk, redup dan dikelilingi pokok-pokok. Walaupun penglibatan di dlm industri ini selama 1 thn lebih, tapi mereka dah lama menghasilkan benih sendiri. Saya tengok cendawan mereka pun, sihat dan cantik.

Saya segan juga nak ambil gambar banyak2 kat ladang orang, tapi ini sahaja yang dapat saya share dengan pembaca2..

Cara rehat beg media cuma gunakan tali sahaja.begitu jimat sekali..



Inilah satu-satunya alat yang menarik perhatian saya. Harga baru beberapa ringit aje. Dulu,saya pernah beli dari W/M yang Hydrometer tu mencecah RM88.00!! Memang menyesal beli..

Inilah pengusaha itu, sama cantik dan sama padan!!

Saturday, November 8, 2008

Kunjungan Pegawai MARDI Kuching & KL

Selesainya HPPN 2008, beberapa pegawai MARDI datang meninjau ladang pengusaha cendawan di Sarawak. Ladang kami tak terkecuali. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk datang.

Mereka membuat tinjauan tu sebenarnya memang ada maksud di sebaliknya. Tapi saya tak dapat share dengan rakan2 dengan selanjutnya. Betapa gembiranya hati saya.. Mana taknya, usaha yang dicurahkan selama ini tidak tersia begitu sahaja.. Tapi jawapan tu kami kena tunggu dulu..Saya rasa, di Semenanjung dah ada pengusaha cendawan yang menerima projek seperti ini. Kalau di Sarawak, kita belum tahu lagi siapa yang akan dapat..

Pegawai tersebut ialah En.Mohd Alba & En.Julim (MARDI KUCHING) & En.Hassan ( MARDI KL) .Kalau orang kat KL, saya rasa mereka tahu siapa dia ni. Pertemuan ini, saya tak sia-siakan. Banyaklah soalan yang saya tanya dengan En.Hassan tu!! Nasib baik dia pun layan je... Tambahan pula, encik ni orangnya sangat peramah! Jarang nak jumpa orang macam ni..

Saya juga difahamkan kat W/M, ada insentif RM20,000.00 utk setiap pengusaha cendawan. Betul ke?? Kat sini, saya tak begitu pastilah..mungkin ada juga kot.!

Begitu banyak tips,cadangan dan sebagainya yang En.Hassan ni berikan. Tapi kalau nak tulis memang panjang ceritanya.. Tapi kalau ada yang bertanya, sudah tentu saya akan sharekan..

Tahukah Anda???

1) Rumah pemeraman & tuai hasil cendawan mempunyai beberapa perbezaan..Cuba anda renung, pengusaha2 cendawan yang besar di Malaysia..rumah tuaian hasil cendawan mereka tak semestinya bersimen..

2) Jangan silap!!! Kapur pertanian(Agriculture Lime) dan Calcium Karbonat adalah sesuatu yang berbeza..Dalam campuran beg media, sebaik-baiknya kita guna Calcium Karbonat.

3) Kalau mengambil /order benih cendawan, jangan simpan di dalam bonet kereta!!

4) Kalau melakukan proses menyuntik, janganlah pada waktu hujan. Ini kerana, pada waktu ini,banyak kulat2 yang tumbuh dan berterbangan. Bak kata pepatah " Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan". Lakukanlah proses ini dalam keadaan/cuaca yang kering.
5) Selepas memetik cendawan, pastikan ianya ditup pada hari tersebut juga untuk megelakkan serangan serangga dan hama.

Antara gambar2 yang sempat kami rakamkan.

Waktu kunjungan tu, cendawan kami dah petik pada hari sebelumnya.

Sekian..

Wednesday, November 5, 2008

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan-HPPN 2008

The Sate " Hari Peladnag, Penternak & Nelayan (HPPN) celebration,except 2007, is an annual activity organized by the Ministry of Modernization of Agriculture (MOMA) and related agriculture agencies.

Betapa meriahnya pad ahari tersebut dan sambutan yang diberikan oleh beberapa agency yang terlibat dengan pertanian amat memberangsangkan. Aktiviti ini ala-ala MAHA juga, tapi ini hanyalah diperingkat negeri.

Sebenarnya ini adalah kali pertama saya melihat aktiviti seperti ini setelah melibatkan diri di dalam perniagaan pertanian. Pada awalnya, saya nekad untuk mendapatkan satu booth, tapi akhirnya saya tak jadi.. Bagi saya, perniagaan ini masih terlalu kecil lagi, dan kalau buat promosi besar2an, takut nanti kita ula yang tak dapat memenuhi permintaan org ramai. Tambahan pula, kami sibuk dengan renovation ladang dan juga renovation Office baru.

Tapi untuk tahun depan, saya tidak akan lepaskan peluang.. Tapi, nasib baik ada yang sudi menadah tangan untuk kami.. MARDI memberi sedikit ruang utk kami displayed cendawan kat booth mereka. Alhamdullilah..rezeki masih ada..Selepas function tu pun,kami dah terima banyak panggilan.. Ternyata, peminat cendawan ni sebenarnya banyak yea..

Pada function tersebut, saya tak lepaskan peluang untuk mendapat byk maklumat, tengok2 mcm mana set up booth yg menarik, apa brg yg diperlukan bila nak buat promosi, dan byk lagilah..So, sentiasa penuhkan ilmu di dada dahulu untuk tujuan akan datang.

Sepanjang pesta ini, ada disediakan aktiviti "Technology Talk". Ia berlangsng selama 4 hari.Ceramah teknology ini pula daripada beberapa agency seperti MPOB, DOA, LKM, IADA, LLM, LGM Dan juga MARDI. Teknologi Talk yang diberikan oleh MARDI ialah berkaitan Tanaman Cendawan. Saya difahamkan, peserta banyak menghadiri talk yang diberikan oleh MARDI... Cendawan Boleh!!

Banyak cerita sebenarnya.. kalau tulis byk2, boring pula baca.. So, saya sertakan sedikit gambar utk renungan.




Sekian..
Seminar Peluang Perniagaan di Dalam Industri Ternakan.
Pada 2 Nov 2008, saya dan suami menyertai satu seminar yang dianjurkan oleh pihak AZAM. Bayaran RM50 jea.. Just duduk dan dengar ceramah2 yg diberikan. Ada banyak kertas kerja. Setiap penceramah hanya diberikan masa 20 minit sahaja. Ini adalah kali pertama saya melihat seminar yang ada "Model penunjuk Masa"..
Seminar ini desertai oleh 200 orang. Kalau diikutkan lebih daripada itu.Ini kerana tempat adalah terhad.. Emm..byk yang tertidur juga dengar seminar tersebut.. Kalau nak buat ternakan ni, perlukan byk modal.. Paling2 pun RM50k.
Bagus juga seminar ini diadakan, paling tidak orang Sarawak hnaya tahu nak tanam Sawit je.. Nanti Vanilla, beralih pula ke Vanilla.. Pesanan saya.. kita buat perniagaan yang kita minat dan mampu kita usahakan. Jgn main ikut trend & paksa diri!!

Saturday, November 1, 2008

Bersambung lagi..steamer

Akhirnya steamer tu dah sampai ke tempatnya..Happy sangat.. Mahal tu!! Lepas ni..makin bersemangatlah nak buat begging. Kalau angkat steamer ni, saya rasa perlu 8-10 orang. Sangat2!! berat!. Ni belum lagi betul2 sampai di tapaknya. Hanya diletakkan di depan rumah buat sementara waktu.. Pas ni, baru gotong-royong panggil jiran2 sebelah angkat. Upahnya ape?? Sediakan makanan untuk mereka dah cukup..






Yang seorang ni pula, jadi starmanlah pula..

Yang baju biru ni,tukang tengok jea.!