Monday, December 31, 2007
Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan
Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.
Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.
Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.
Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.
Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.
‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.
‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.
Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.
‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.
‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.
Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.
‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.
Source : Utusan Online (26 Disember 2007)
Saturday, December 29, 2007
Bongkah cendawan saya..
Ini pula 16 bongkah cendawan yang saya order dari Chini agro.Buat sementara ni,saya kat Kuching. Kat kampung kakak saya yang tolong saya tengokkan. Dia baru je dapat posting ke sekolah kawasan kampung saya tu.Bagusla..dia la yang saya lantik jadi pengurus operasi..he..he.. Semalam dia call saya,26/12/07. Bongkah cendawan ni dah mengeluarkan hasil yang pertama. Gembiranya saya.. Saya suruh dia ambik gambar untuk update kat blog ni. Saya tak sabar nak balik kampung tengok ni..Next wk baru saya balik..
Wednesday, December 19, 2007
Proses Cendawan Akhirnya Bermula..
Setiap hari saya hanya membancuh 50:5:0.5 campuran media. Saya terhadkan kepada nisbah ni kerana saya hanya menggunakan satu tong drum saja untuk buat kukusan.. So, nisbah ni saya dapat hasilkan antara 100-130 bongkah media.. Terlalu banyak ke tu??Kepada rakan-rakan pengusaha yang lain, diharapkan dapat memberi sedikit komen dan ajaran kepada saya. Oleh kerana ini pertama kali saya buat, so saya tak berapa confident sangat. Bagi saya, lain-lain proses tak la susah sangat. Dalam masa 4 hari, saya dapat menghasilkan 500 lebih bongkah cendawan. Saya dibantu oleh ayah,emak dan kakak saya.. Kat bawah ni saya attachedkan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca..
Ini lah akak,ibu dan ayah yang sentiasa membantu saya . Tengah buat proses bagging.Saya pula tukang ambik gambar..
Tong drum yang saya gunakan untuk kukusan. Boleh memuatkan 100-130 bongkah cendawan.
Rumah Cendawan Saya
Nampaknya bangsal cendawan ni belum begitu lengkap. Tambahan pula jaringnya agak jarang juga kerna hari tu saya tersalah beli netting tu. Saya beli yang 50% ,sepatutnya guna yang 70% punya.. Saya akan perbaiki lagi. Gambar dalam bangsal pula saya tak ada ambik cos blm berapa complete.. nanti kalau dah ok semuanya,saya akan sertakan beberapa gambar.
Saturday, December 8, 2007
Dari Chini Ke Kuching
Inilah dia bongkah cendawan yang diterbangkan dari Chini Agro Mushroom.
Sebanyak 16bongkah untuk starter saya.. Saya mengucap terima kasih kepada Enc.Zamlan kerana sudi memilih baka yang baik untuk saya.
Hari ini merupakan genap 45hari bongkah tu.. Saya dah arahkan mak di kampung untuk membuka tutup peram tu. Mak bapa saya sememangnya tak sabar nak tengok dia membuahkan hasil.. Tak sangka ye, kulat pun boleh di tanam dalam plastik bag. Bila saya bawa kat kampung, semua tertanya-tanya??? Sampai mereka geleng kepala,apa sebenarnya yang saya buat ni... Tak pe..Just Wait And C..
Nak Share Gambar dgn Rakan-rakan..
Ini adalah 5 kotak barangan yang saya order dari Enc.Zamlan Chini Agro Mushroom. Mahal tambang tu.. tapi terpaksa.. kat sini nak tempah and tunggu lama pula tu.. Staff kat pos Malaysia pun dah tahu saya.. Mana taknya, saya sendiri yang pergi pos saya angkat tu barang, nak tunggu mereka hantar ke rumah, agak lambat.
Ini pula gambar ayah saya, siap berposing dengan tong drumnya..
Tong drum tu bekas letak minyak, so terpaksalah saya cuci bersih2 baru dapat potong guna drill..
Ini lah rupa bangsal cendawan yang belum disiapkan lagi. Dulunya, ia merupakan bangsal bekas saya menternak ayam daging. Oleh kerana kos yang tinggi, so saya stop lah buat..
Saya renovate sedikit dan bersihkan.. Jadilah bangsal cendawan saya. Ada jimat sikit kos.
Terima Kasih Kepada Penguasaha Chini Agro dan Ariela Enterprise
Kepada bakal-bakal penguasaha cendawan yang berminat untuk mendapatkan bekalan, boleh la contact mereka..