Tuesday, February 3, 2009

Begitu Sibuk Sekali!!

Semalam saya terpaksa bekerja di dalam suasana gelap. Saya menyewa lori kampung untuk membawa sebanyak 2500 beg media dari ladang saya di kampung ke tempat baru iaitu di Riveria. Bukan untuk display, tapi 80% adalah pesanan daripada pelanggan. Walaupun tambang yang ditawarkan agak mahal, tapi apa boleh buat..terpaksalah juga bayar RM250. Kalau sentiasa delay, adalah tidak bagus untuk pelanggan dan bagi saya pelanggan haruslah diutamakan.


Tong drum Untuk dijual!!
Kepada bakal2 pengusaha atau yang ingin menambah kapasiti kukusan mereka, bolehlah beli tng drum yang dibekalkan kami. Tong drum bleh muat 5 tingkat dan setiap tingkat lebih kurang dalam 26beg dan senang kira kapasiti untuk satu tng drum adalah -/+ 130beg. Tong drum ini memang sudah dilengkapi dengan blader dan juga skru/klipnya sekali.


Stok set cap - 85,000
Aktiviti hari ini begitu memenatkan di mana saya nakkan semuapersediaan untuk kursus pada 15/02/09 disediakan dan dalam rumah kelihatan kemas sebelum saya Outstation pada 6/2/09. Begitu berat rasanya hati nak berjalan meninggalkan kedai begitu saja..dahlah seminggu!!..

Hari ini juga saya bergegas ke Sesco untuk hantar document bagi pemasangan electric rumah dapat dilakukan..dan syukur seperti apa yang saya nakkan esok pagi Sesco dah boleh install. Selain itu, saya suruh contractor ukur untuk pemasangan grill pada tingkap rumah.Dan sudah pastinya , saya nakkan semuanya disiapkan dengan cepat!! Money,no problem! So,katanya Sabtu boleh siap dan pasang.Dalam diam2 tauke ni,katanya minat juga nak tanam & dah lama dia cari mana syarikat yang ada ajar ..Nasib dia jumpa saya katanya.. Datanglah kursus untuk dapatkan ilmu yea..

Dalam sibuk2, dah ada tetamu yang mengundang kami. Esok dah juga yang buat appointment..Dia tanya, boleh ke tanam kulat dalam bangunan? Saya suruh dia, esok jumpa dan lihat! Beginilah kehidupan harian saya sampai tak menang tangan nak buat! Nak harapkan kuli, belum tentu bleh harap..malah nak dapatkan staff yang betul2 boleh kerja dalam bidang ni pun susah!


Tetapi, apa yang boleh saya katakan..Bidang tanaman cendawan begitu seronok dan sentiasa banyak barang yang saya dapat pelajari!! Pulangan pun lumayan!


Salam..

No comments: