Wednesday, February 18, 2009

Kerjasama Dengan Tekun Nasional Kuching,Sarawak.







Pertama sekali,saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En.Roslan (Pengurus Negeri Tekun Sarawak) serta pegawai-pegawainya kerana sudi untuk melawat dan memantau projek kami. Walaupun projek cendawan ini belum mencapai ke tahap yang amat membanggakan bagi diri saya, tetapi ianya adalah begitu besar & maju daripada pandangan rakan2 yang baru mengenali bidang ini. Ini adalah kerana saya adalah satu2nya usahawan wanita serta muda di dalam bidang cendawan di Kuching yang begitu serius dan bersungguh-sungguh untuk berjalan lebih jauh serta maju di dalam bidang ini. Saya sering berkata pada diri saya sendiri, " I Want To Be Someone". Memang benar kata pepatah mengatakan '' Dimana ada kemahuan, Di situ ada jalanya"! Bangunkan diri anda, kerana tiada org lain yang boleh memajukan anda melainkan diri sendiri!



Tentang lawatan Pegawai Tekun sebenarnya mempunyai tujuan tertentu. Di mana kami akan menjalankan program Projek berkelompok Khas untuk Bumiputera sahaja. Pada permulaan program ini,ianya dibuka untuk yang tinggal di Daerah Serian, sama ada Kawasan Tebekang, Mongkos dan Ranchan Area. Syarikat kami hanya akan mengambil 25 orang Bakal Usahawan yang begitu berminat dan serius untuk mengusahakan cendawan dalam satu kelompok.

Para peserta akan diberikan 2 pakej pilihan dari syarikat kami. Dan setiap pakej yang dipilih akan dibiayai oleh Tekun. Sebenarnya program seperti ini adalah amat sesuai bagi membuka jalan kepada bakal usahawan yang tidak mampu untuk mengeluarkan modal untuk memulakan perniagaan terutamanya orang-orang kampung.
Untuk maklumat lanjut tentang projek berkelompok ini, anda boleh menghubungi kami di talian-016-884 8581


Kami sempat singgah ke rumah seorang pengusaha keli yang berjaya di Kampung Menaul. Permintaan terhadap ikan keli tak kurang hebatnya!! Memang hangat.Kalau boleh bertan-tan sehari.Malah dieksport ke Indonesia!
Nasihat beliau, kepada bakal2 pengusaha ikan keli.. jangan terpedaya dengan pakej2 ditawarkan.Ini kerana, pekej2 itu sebenarnya tidak semahal harga sebenarnya. Kerana ia akan merugikan kita. Fikir-fikirkan!



Sekian...

1 comment:

Unknown said...

usaha itu tangga kejayaan...semoga U akan bjaya dlm bidang ini.berusahalah bsungguh2.