Kami memohon maaf banyak2 kepada pengunjung blog kami. Mana taknya, lama tak update cerita2 terbaru dan juga perkembangan cendawan. Tapi rakan2 jangan salah anggap yang kami ni makin lama makin menghilang! Tak .makin lama makin berkembang & maju !! Itulah destinasi yang harus dicapai di dalam dunia perniaagaan!!.
Banyak cerita yang nak dikongsi bersama, tapi malangnya tak cukup masa nak menaip panjang di depan komputer. Tambahan pula, broadband saya sejak beberapa hari ini, ada masalah. Belum satu tahun pakai broadband ni, dah ada masalah pula..!!
Beberapa hari ini, sibuk dengan persediaan kursus yang akan diadakan pada Ahad ni.Walaupun dah untuk kali-4 kursus ni diadakan, kami tetap sangat sibuk macam kali pertama buat kursus pula ..bukannya apa, cuma nak berikan yang terbaik untuk para peserta2 nanti.
Pada minggu depan pula (21/10/10) sibuk dengan preparation untuk kursus/perbincangan yang akan diadakan dengan Jabatan Pertanian Bahagian Kuching . Ini adalah kerana sejak kebelakangan ini, banyak yang refer dgn pertanian tentang penanaman cendawan.So, saya akan memberi/share segala ilmu yang ada dengan semampu yang mungkin.
Bagi saya, tugasan ini amat mencabar saya untuk menjadikan diri lebih confident di dalam menguruskan perniaagaan sendiri walaupun diri tak berpelajaran tinggi seperti rakan2 yang lain. Jalan ini harus saya lalui untuk menambah ilmu dan memajukan diri.
Alamat Pejabat & Ladang
Untuk pengetahuan semua, pejabat sementara kami hanyalah bertempat di rumah. Pada awal penglibatan di dalam industri ini, kami mulakan secara kecil-kecilan. Dan pada waktu tu, taklah sampai nak terus buka pejabat besar2 kan. Tapi kesian saya tengok pelanggan dan pengunjung terpaksa bersusah payah mencari mana letakya pejabat Mayang Agrotech. But anyway..kami memohon maaf di atas kesulitan tersebut.
Dan sekiranya diizinkan & dimurahkan rezeki oleNYa, kami memang di dalam perancangan untuk set up small business centre.
Di mana letaknya Ladang Mayang Agrotech?? Pernah tak anda Minum Sarawak Tea.? Dari mana datanya Sarawak Tea tersebut? Dan di mana letaknya satu-satunya Tea plantation di Sarawak? JAWAPANNYA... Semua tersebut berasal dan terletak dari Kampung saya iaitu KAMPUNG MAYANG DAN DISITULAH LETAKNYA LADANG CENDAWAN KAMI.
Mahir & Pakar??
Apa yang anda tahu tentang perbezaan maksud perkataan tersebut? Adakah ianya sama?
Saya harap ada yang sudi berkongsi-kongsi jawapan...
No comments:
Post a Comment