Dengan kesempatan ini, kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jabatan Pertanian Kuching kerana memberi kesempatan kepada kami untuk sama2 berkongsi tentang industri tanaman cendawan. Walaupun pada saat ini, banyak lagi jenis tanaman yang "hot" untuk diusahakan seperti ternakan ikan keli, Jatropra,vanilla dan cacing. Tetapi itu terpulang kepada setiap individu untuk mengusahakan yang mana satu.
Tetapi, tanaman cendawan tidak memerlukan pelaburan yang besar dan tempoh yang lama . Dalam tempoh 2 bulan dah boleh dapatkan hasil..Tambahan pula ianya senang diuruskan dan tidak memerlukan ruang yang besar kalau nak start projek. Yang penting!! Penuhkan ilmu di dada. Kalau tak tahu..jangan malu bertanya. Tebalkan muka untuk dapatkan ilmu. Siapa yang untung?? Mestilah diri sendiri..Itulah satu-satunya jalan yang pernah saya lalui sebelum ini.
Pada 22/10/08- kami membawa pegawai2 tersebut ke ladang yang terdekat. Kalau nak ke ladang Mayang Agrotech..Kita buat appointmnet..and kita pergi sekampung. Sekarang ni musim durian..Memang berbaloi pergi ke sana.
Juadah untuk makan tengah hari ada disediakan produk cendawan goreng saya . Saya bawa 6pkt untuk mereka taste. Pada saat ini, saya lebih suka bersedekah dahulu untuk mendapatkan komen tentang rasanya produk ni.. Mereka ni pun pengguna juga. Semuanya kata sedap!! Tapi saya masih rasa ragu2 utk jalan jauh.. Betul ke sedap?? Tapi itu yang terbaik dapat saya hasilkan. Mungkin ada yang di luar sana mempunyai resepi yang lebih bagus. Siapa tahu kan??
Inilah antara gambar2 yang dirakamkan..
Sekian..
No comments:
Post a Comment