Petang semalam, customer lama saya datang beli beg media lagi (frm 1st batch course) . So, saya tanyalah macam mana dia punya hasil cendawan. Dengan bangganya dia jawab hasilnya sangat bagus!! yang bagusnya bukannya ape.. dia langsung tak bagi beg media tu rehat!! Dia kata yang dia tak ade masa nak jaga.!! Tapi yang hairannya.." tadi dia dah kata tak ada masa nak jaga, tapi tetap juga dia order beg media". Di sebalik cerita ini, ada sesuatu yang saya nak share sebenarnya.
Tetapi .. ini bukan kali pertama saya melihat perkara seperti ini. Di Kuching, pengusaha yang paling besar di sini pun guna cara begini. Jangan salah sangka!! Tauke tu dah terlalu kaya kot..So, dia tak ambil peduli kerana segala kerja2 di ladang dilakukan oleh pekerja2nya. Kuli bukannya peduli apa..yang penting hujung bulan ambil gaji!
Dari pandangan saya, sebenarnya beg cendawan memang boleh kalau tidak direhatkan. Umpama cendawan yang tumbuh di atas dahan kayu yang sentiasa ada je berbunga seperti cendawan terkukur. Ini kerana, maissillium tadi telahpun menumpang /menyerap ke dalam bahan media tersebut (bongkah tu mcm dahan kayu jugalah) utk dijadikan bahan makanannya. Tapi kena siram setiap hari . Kalau tak.. permukaan beg media akan kering dan cendawan tak akan keluar.. siraman tu seperti hujan..Kalau hujan selalu turun,pasti cendawan akan tumbuh.
Tetapi, sekarang zaman kan dah berubah. Diciptakan set cap tersebut supaya kita boleh mengawal hasil pengeluaran. Terpulang dengan setiap individu ..
P/s: Kepada pengusaha2 yang nak menerokai bidang ini, rajin2lah berjalan/visit farm pengusaha yang lain untuk menambahkan ilmu.
No comments:
Post a Comment