Sunday, October 26, 2008

Penantian selama 2 bulan

Penantian yang saya tanggung selama 2 bulan amat menyeksakan saya. Mana taknya..janji siap dalam 1bulan...Pas, tu bisnes secara langsung ianya memberi kesan kepada kami di dalam penghasilan beg media.

Apa yang saya maksudkan ialah steamer baru kami. Saya dah suruh apek tu buat sejak bulan 8 . Tak sangka mengambil masa hampir 3bln untuk disiapkan. Saya tak salahkan apek tu.. ini kerana saya tengok dia buat steamer ni pun penuh dengan teliti dan kemas sekali..

Diharapkan,selepas ini produktiviti untuk menghasilkan beg media akan lebih meningkat dan juga kurangnya penyakit kulat hijau yang disebabkan oleh kukusan yang tidak sempurna.


Material: Besi
Kapasiti: 500beg media ++
Harga : RM 2,800.00

Saturday, October 25, 2008

Farm Upgrading

Sejak kebelakangan ini, kami menerima banyak call untuk "farm visit" terutamanya yang pernah menghadiri kursus kami. Selain itu, pelajar2 sekolah dan ada juga syarikat yang nak visit sebagai salah satu aktiviti syarikat mereka. Memang amat mengharukan bagi saya.

Oleh itu, syarikat kami nekad untuk membuat sedikit renovation supaya pelawat yang datang akan berasa selesa ketika berada di ladang nanti walaupun ladang kami hanya berskala kecil.

Farm Upgrading ini mungkin mengambil masa dalam 2 bln. Kami lakukan ini semua adalah untuk keselesaan para pengunjung.

Kepada sesiapa yang nak datang ke ladang, sila maklumkan kepada kami terlebih dahulu. Ini kerana ianya adalah salah satu daripada aktiviti yang akan direkodkan oleh syarikat kami.

Untuk tempoh 2 bulan ini, ladang ditutup untuk dilawati. Akan dibuka pada pertengahan december.

Wednesday, October 22, 2008

Kursus/Perbincangan Bersama Jabatan Pertanian Bahagian Kuching.

Pada 21/10/08, syarikat kami diundang utuk memberi ceramah tentang industri tanaman cendawan di Jabatan Pertanian Bahagian Kuching. Peserta2 adalah terdiri daripada ketua di setiap daerah di Bahagian Kuching. Begitu bersemangat mereka. Ceramah berlangsung sepanjang hari secara tetapi taklah terlalu formal.
Dengan kesempatan ini, kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jabatan Pertanian Kuching kerana memberi kesempatan kepada kami untuk sama2 berkongsi tentang industri tanaman cendawan. Walaupun pada saat ini, banyak lagi jenis tanaman yang "hot" untuk diusahakan seperti ternakan ikan keli, Jatropra,vanilla dan cacing. Tetapi itu terpulang kepada setiap individu untuk mengusahakan yang mana satu.

Tetapi, tanaman cendawan tidak memerlukan pelaburan yang besar dan tempoh yang lama . Dalam tempoh 2 bulan dah boleh dapatkan hasil..Tambahan pula ianya senang diuruskan dan tidak memerlukan ruang yang besar kalau nak start projek. Yang penting!! Penuhkan ilmu di dada. Kalau tak tahu..jangan malu bertanya. Tebalkan muka untuk dapatkan ilmu. Siapa yang untung?? Mestilah diri sendiri..Itulah satu-satunya jalan yang pernah saya lalui sebelum ini.

Pada 22/10/08- kami membawa pegawai2 tersebut ke ladang yang terdekat. Kalau nak ke ladang Mayang Agrotech..Kita buat appointmnet..and kita pergi sekampung. Sekarang ni musim durian..Memang berbaloi pergi ke sana.

Juadah untuk makan tengah hari ada disediakan produk cendawan goreng saya . Saya bawa 6pkt untuk mereka taste. Pada saat ini, saya lebih suka bersedekah dahulu untuk mendapatkan komen tentang rasanya produk ni.. Mereka ni pun pengguna juga. Semuanya kata sedap!! Tapi saya masih rasa ragu2 utk jalan jauh.. Betul ke sedap?? Tapi itu yang terbaik dapat saya hasilkan. Mungkin ada yang di luar sana mempunyai resepi yang lebih bagus. Siapa tahu kan??

Inilah antara gambar2 yang dirakamkan..

Sekian..

Tuesday, October 21, 2008

Laporan Kursus Kali-4

Pertama sekali, kami dari Mayang AGrotech mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para peserta kursus pada kali ini. Lebih-lebih lagi kepada 2 org yang datang jauh dari Miri iaitu Mr.Andrew & Hajah Kasmah.

Kursus pada kali ini dihadiri seramai 29 orang peserta yang pada awalnya mendaftar sebanyak 48 orang tetapi pada lastminute, ada yang tak dapat datang.




Peserta yang paling muda..Masih bersekolah lagi..

Peserta Dari Miri, Hajah Kasmah

Mr Andrew frm Miri.
Sekian..

Wednesday, October 15, 2008

Minggu yang agak sibuk!!

Kami memohon maaf banyak2 kepada pengunjung blog kami. Mana taknya, lama tak update cerita2 terbaru dan juga perkembangan cendawan. Tapi rakan2 jangan salah anggap yang kami ni makin lama makin menghilang! Tak .makin lama makin berkembang & maju !! Itulah destinasi yang harus dicapai di dalam dunia perniaagaan!!.

Banyak cerita yang nak dikongsi bersama, tapi malangnya tak cukup masa nak menaip panjang di depan komputer. Tambahan pula, broadband saya sejak beberapa hari ini, ada masalah. Belum satu tahun pakai broadband ni, dah ada masalah pula..!!

Beberapa hari ini, sibuk dengan persediaan kursus yang akan diadakan pada Ahad ni.Walaupun dah untuk kali-4 kursus ni diadakan, kami tetap sangat sibuk macam kali pertama buat kursus pula ..bukannya apa, cuma nak berikan yang terbaik untuk para peserta2 nanti.

Pada minggu depan pula (21/10/10) sibuk dengan preparation untuk kursus/perbincangan yang akan diadakan dengan Jabatan Pertanian Bahagian Kuching . Ini adalah kerana sejak kebelakangan ini, banyak yang refer dgn pertanian tentang penanaman cendawan.So, saya akan memberi/share segala ilmu yang ada dengan semampu yang mungkin.

Bagi saya, tugasan ini amat mencabar saya untuk menjadikan diri lebih confident di dalam menguruskan perniaagaan sendiri walaupun diri tak berpelajaran tinggi seperti rakan2 yang lain. Jalan ini harus saya lalui untuk menambah ilmu dan memajukan diri.

Alamat Pejabat & Ladang

Untuk pengetahuan semua, pejabat sementara kami hanyalah bertempat di rumah. Pada awal penglibatan di dalam industri ini, kami mulakan secara kecil-kecilan. Dan pada waktu tu, taklah sampai nak terus buka pejabat besar2 kan. Tapi kesian saya tengok pelanggan dan pengunjung terpaksa bersusah payah mencari mana letakya pejabat Mayang Agrotech. But anyway..kami memohon maaf di atas kesulitan tersebut.

Dan sekiranya diizinkan & dimurahkan rezeki oleNYa, kami memang di dalam perancangan untuk set up small business centre.

Di mana letaknya Ladang Mayang Agrotech?? Pernah tak anda Minum Sarawak Tea.? Dari mana datanya Sarawak Tea tersebut? Dan di mana letaknya satu-satunya Tea plantation di Sarawak? JAWAPANNYA... Semua tersebut berasal dan terletak dari Kampung saya iaitu KAMPUNG MAYANG DAN DISITULAH LETAKNYA LADANG CENDAWAN KAMI.

Mahir & Pakar??

Apa yang anda tahu tentang perbezaan maksud perkataan tersebut? Adakah ianya sama?
Saya harap ada yang sudi berkongsi-kongsi jawapan...

Saturday, October 11, 2008

Cendawan sentiasa mengeluarkan hasil??

Petang semalam, customer lama saya datang beli beg media lagi (frm 1st batch course) . So, saya tanyalah macam mana dia punya hasil cendawan. Dengan bangganya dia jawab hasilnya sangat bagus!! yang bagusnya bukannya ape.. dia langsung tak bagi beg media tu rehat!! Dia kata yang dia tak ade masa nak jaga.!! Tapi yang hairannya.." tadi dia dah kata tak ada masa nak jaga, tapi tetap juga dia order beg media". Di sebalik cerita ini, ada sesuatu yang saya nak share sebenarnya.

Tetapi .. ini bukan kali pertama saya melihat perkara seperti ini. Di Kuching, pengusaha yang paling besar di sini pun guna cara begini. Jangan salah sangka!! Tauke tu dah terlalu kaya kot..So, dia tak ambil peduli kerana segala kerja2 di ladang dilakukan oleh pekerja2nya. Kuli bukannya peduli apa..yang penting hujung bulan ambil gaji!

Dari pandangan saya, sebenarnya beg cendawan memang boleh kalau tidak direhatkan. Umpama cendawan yang tumbuh di atas dahan kayu yang sentiasa ada je berbunga seperti cendawan terkukur. Ini kerana, maissillium tadi telahpun menumpang /menyerap ke dalam bahan media tersebut (bongkah tu mcm dahan kayu jugalah) utk dijadikan bahan makanannya. Tapi kena siram setiap hari . Kalau tak.. permukaan beg media akan kering dan cendawan tak akan keluar.. siraman tu seperti hujan..Kalau hujan selalu turun,pasti cendawan akan tumbuh.

Tetapi, sekarang zaman kan dah berubah. Diciptakan set cap tersebut supaya kita boleh mengawal hasil pengeluaran. Terpulang dengan setiap individu ..

P/s: Kepada pengusaha2 yang nak menerokai bidang ini, rajin2lah berjalan/visit farm pengusaha yang lain untuk menambahkan ilmu.

Wednesday, October 8, 2008

Kursus Penanaman Cendawan

Untuk makluman semua, Kursus pada 19/10/08 ditukar tempatnya ke Rajah Court Hotel,Kuching. Kami memohon maaf kepada semua di atas kesulitan ini. Adalah dimaklumkan juga, kini hanya tinggal 15 tempat kosong lagi!!! Cepatlah daftar!!
Maklumat Kursus:
(Teori & Hands-On practical)
Date; 19/10/08
Tempat : Rajah Court Hotel , Kuching
Masa: 8am-6pm
Yuran: Rm300/orang
Tempat terhad untuk 50 orang sahaja!
Tempat Tempat anda sekarang!!!

Monday, October 6, 2008

Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia

Nampaknya masih ramai lagi pengusaha yang belum tahu tentang wujudnya Persatuan Cendawan Malaysia. Jangan salahkan sesiapa.. tapi dari pandangan saya ini adalah disebabkan kurangnya pendedahkan dan tiada info..


Dengan menyertai pesatuan ini, kita boleh mendapat info2 terbaru tentang kajian, tips, produk, teknologi terkini dan sebagainya di dalam industri ini.


Lebih2 lagi saya yang berada jauh dari rakan2 yang kebanyakannya mengusahakan tanaman cendawan di West Malaysia.Walaupun begitu, saya tetap akan terus berjuang untuk terus maju di dalam industri tanaman ini dan juga industri pertanian.


Kepada rakan2 yang nak dapatkan borang pendaftaran persatuan, boleh dapatkan dari MUAT TURUN FILE DI SEBELAH.


Preview File





Utusan Sarawak- August