Saturday, August 30, 2008

Cantiknya cendawan ni..Apakah Rahsianya??

Post yang dulu2, saya pernah tak berpuas hati dengan supplier habuk kayu getah kami dari Sibu.. Ini kerana dia kirimkan Chips kayu bukannya habuk kayu..

Tapi sangkaan saya salah, malah hasil cendawan yang saya dapatpun sangat lebat!! Dan paling saya suka.. emm..apabila petik cendawan tu, ianya sangat mudah dan sangat bersih!! Coz kurangnya habuk kayu halus yang kelihatan.

Mungkin rakan2 boleh cuba.Tapi pastikan PP yang digunakan tebal. Kalau tak, time begging prosess tu nanti kang pecah semua pp tu!!


Sebaik-baiknya, petiklah cendawan tersebut sebelum kelopaknya berombak/kerinting. Rasanya lebih sedap, nampak cantik & segar apabila dipacking. Yang paling bagus..kesegarannya boleh tahan lebih lama!! Inilah yang saya lakukan selalunya. Jangan anda ingat..makin besar cendawan tu,makin lah bagus!! It's Wrong!! Makin besar cendawan tu, makinlah kurang khasiatnya dan ringan.






Inilah rupa cendawan saya di kampung..kat sana saya hanya buat production weekly sahaja. Lebih senang untu saya control. Coz the distance between my farm (kpg) is 2hrs from Kuching. Weekly 35-45kg.

No comments: