Wednesday, August 20, 2008

Bertemu Kembali

Pengalaman di Jakarta
Agak lama juga saya tak update blog ni, mana taknya ..sangat sibuk!! Selepas balik dari Jakarta pada 14/08/08, pas tu..kena urus persiapan untuk kursus pada 17/08/08.

Kami ke Jakarta sebenarnya untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan suami saya di sana. Mereka saling mengenali dan berhubung dah 10tahun lebih lamanya..Tapi persahabatan mereka begitu erat tambahan pula selalu chatting walaupun tak bersua muka. Yang bestnya, bila datang sana asyik makan dan dilayan macam VIP!! Tambahan pula, perwatakan mereka sangat lemah lembut dan sopan santun. Makanan kat sana, kebanyakannya ala masakan melayu..Pedas! Yang berbangsa Cina pun makan menggunakan tangan. Bestkan..teringat asal usul dahulu..Itulah yang bagusnya kalau ada banyak kawan.. Kita baik dengan orang,pasti akan dibalas baik.

Sesampai di sana,kami menginap di Orchad Hotel. Ini adalah kali pertama saya ke Jakarta. Suami saya,dah kali ke-4.. Bandarnya begitu besar dan pesat membangun menyebabkan pencemaran udara yang teruk serta persekitaran yang kotor. Penduduk begitu padat dan bangunan2 didirikan sangat rapat.

Di Jakarta, saya dapati taraf penduduknya ada 2 sahaja. Yang kaya tetap kaya dan yang miskin tetap miskin. Aduh.. kesian saya tengok yang miskin duduk di tepi jalanan sahaja dan berniaga untuk golongan mereka sahaja. Kalau yang berada, mereka tak pandang langsung. Malam hari pula, kelihatan banyak budak2 bawah umur 5tahun mengetuk-ngetuk pintu kereta untuk meminta duit. Pendek cerita mereka mengemis. Tersentuh hati saya..Ternyata banyak yang memerlukan bantuan..Seharusnya kita bersyukur dapat diam di Negara kita Malaysia yang aman dan damai.


Peluang Perniagaan ...Kalau sebut saja ni, saya memang suka!! Kalau nak melabur/buka bisnis tak salah kalau nak buat di Jakarta. Penduduknya banyak..buka apa-apapun tetap ada pelanggan.Seperti yang diberitahu rakan2 di sana, kat Jakarta upahnya murah..berebut-rebut nak cari kerja, so setiap kedai tu,jarang tengok tuan punya kedai kat sana. Semuanya pekerja sahaja.. Tuan punya hanya collect duit sahaja. Kalau driver,gajinya baru mencecah RM150/bulan. Tapi ada satu kata2 yang saya nak sampaikan "Orang di sana hanya suka membeli kalau disuruh berfikir dan buat sesuatu barang tu,mereka agak slow ".. So, renung2kan!!


Kalau kat sana, paling famous tempat peranginan ialah di "Puncak" selain di Bali. Puncak tu gunung, begitu sejuk sekali. Kalau ada cuti sekolah/hujung minggu/shooting ..pasti penuh tempat kat sana..Sangat "Macet"!! Tapi,sayang saya tak sempat ke sana..Bapa kawan kami ada bungalow kat sana juga, so bila2 masa pergi pun boleh..kalau nak tanam kulat kat sana..memang boleh!! Tapi sekarang, kami stabilkan yang kat sini dulu.. Ha..yang tak lupanya..sempat juga saya bawa Frozen Mushroom ke sana.!! Belum pernah dan tiada yang buat kat sana. Tapi katanya, kurang rasa garam dan ajinomoto!! Ini kerana pemakanan orang di sana Masin,Manis dan Banyakkan Ajinomoto!!!!

Walaupun agak singkat di sana, tapi byk pengalaman yang kami timba..

Dewan Perkahwinan yang begitu "Grand"



Lika & Johan..Happy Wedding Day!!


Me, Lisawaty,Nathary,Likawaty & My Hubby.


Shopping di Mall Grand Indonesia


Di S.E.I.B.U

We at Seaworld Indonesia

Thanks to all my friends.. Hingga berjumpa lagi..

Sekian..

No comments: