Sunday, August 31, 2008

Happenings In Sarawak..




Happening In Sarawak is a Magazines/books that supported by Sarawak Tourism Board. What's Happening Inside There?? Of course.. there's one article obout mushroom that insert under Everthing Foods.. Maybe a lot of people know what's mushroom and maybe some also don't know what's mushroom!! It's doesn't matter..


But.. the goods things about mushroom are:


1) 100% organic
2) Cultivated in a clean environment
3) Good for diet/vegeterians
4) Very high medicinal properties.

Saturday, August 30, 2008

Cantiknya cendawan ni..Apakah Rahsianya??

Post yang dulu2, saya pernah tak berpuas hati dengan supplier habuk kayu getah kami dari Sibu.. Ini kerana dia kirimkan Chips kayu bukannya habuk kayu..

Tapi sangkaan saya salah, malah hasil cendawan yang saya dapatpun sangat lebat!! Dan paling saya suka.. emm..apabila petik cendawan tu, ianya sangat mudah dan sangat bersih!! Coz kurangnya habuk kayu halus yang kelihatan.

Mungkin rakan2 boleh cuba.Tapi pastikan PP yang digunakan tebal. Kalau tak, time begging prosess tu nanti kang pecah semua pp tu!!


Sebaik-baiknya, petiklah cendawan tersebut sebelum kelopaknya berombak/kerinting. Rasanya lebih sedap, nampak cantik & segar apabila dipacking. Yang paling bagus..kesegarannya boleh tahan lebih lama!! Inilah yang saya lakukan selalunya. Jangan anda ingat..makin besar cendawan tu,makin lah bagus!! It's Wrong!! Makin besar cendawan tu, makinlah kurang khasiatnya dan ringan.






Inilah rupa cendawan saya di kampung..kat sana saya hanya buat production weekly sahaja. Lebih senang untu saya control. Coz the distance between my farm (kpg) is 2hrs from Kuching. Weekly 35-45kg.

Kunjungan dari pelajar2 Politeknik Kuching

Baru-baru ini, saya menerima 5 orang pelajar dari sekolah Politeknik Kuching yang bertujuan untuk mendapatkan beberapa maklumat yang akan dimuatkan di dalam kerjas kerja mereka. Walaupun agak sibuk, saya tetap "try my best" untuk meluangkan masa dan membantu mereka dengan semampu yang mungkin.

Tapi yang seronoknya, saya lihat mereka ni begitu semangat,ada teamwork dan respect kat saya.. Segan pula saya jadinya. Mana taknya..mereka terpaksa mengikut masa yang saya tetapkan.





But anyway.. all the best to u people..



3 orang yang sempat datang..

Sunday, August 24, 2008

Laporan Kursus kali ke-3 pada 17/08/08

Pada 17/08/08, merupakan kursus penanaman cendawan kali-3 yang berjaya dianjurkan dengan jayanya dan lancar sekali.

Pada kali ini, seramai 70 0rang peserta yang mendaftar dan seramai 3 orang yang tak dapat hadir. Tapi, kepada yang tak hadir, anda boleh menyertai kursus yang akan datang. Yang paling istimewanya pada kursus ini adalah, seramai 10 rang peserta dari SMK DPHA Gapor menyertainya (5org pelajar dan 5org guru).Mereka nampaknya begitu bersemangat sekali. Terima kasih ucapkan kerana sudi hadir.

Yang tak lupanya, salah seorang peserta kami datang dari Brunei (encik Yap Boon Sun)..Jauhnya beliau datang.. Terima kasih juga diucapkan.





Cikgu Ahmad translate dgn ak muridnya.


All the best ..

Wednesday, August 20, 2008

Bertemu Kembali

Pengalaman di Jakarta
Agak lama juga saya tak update blog ni, mana taknya ..sangat sibuk!! Selepas balik dari Jakarta pada 14/08/08, pas tu..kena urus persiapan untuk kursus pada 17/08/08.

Kami ke Jakarta sebenarnya untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan suami saya di sana. Mereka saling mengenali dan berhubung dah 10tahun lebih lamanya..Tapi persahabatan mereka begitu erat tambahan pula selalu chatting walaupun tak bersua muka. Yang bestnya, bila datang sana asyik makan dan dilayan macam VIP!! Tambahan pula, perwatakan mereka sangat lemah lembut dan sopan santun. Makanan kat sana, kebanyakannya ala masakan melayu..Pedas! Yang berbangsa Cina pun makan menggunakan tangan. Bestkan..teringat asal usul dahulu..Itulah yang bagusnya kalau ada banyak kawan.. Kita baik dengan orang,pasti akan dibalas baik.

Sesampai di sana,kami menginap di Orchad Hotel. Ini adalah kali pertama saya ke Jakarta. Suami saya,dah kali ke-4.. Bandarnya begitu besar dan pesat membangun menyebabkan pencemaran udara yang teruk serta persekitaran yang kotor. Penduduk begitu padat dan bangunan2 didirikan sangat rapat.

Di Jakarta, saya dapati taraf penduduknya ada 2 sahaja. Yang kaya tetap kaya dan yang miskin tetap miskin. Aduh.. kesian saya tengok yang miskin duduk di tepi jalanan sahaja dan berniaga untuk golongan mereka sahaja. Kalau yang berada, mereka tak pandang langsung. Malam hari pula, kelihatan banyak budak2 bawah umur 5tahun mengetuk-ngetuk pintu kereta untuk meminta duit. Pendek cerita mereka mengemis. Tersentuh hati saya..Ternyata banyak yang memerlukan bantuan..Seharusnya kita bersyukur dapat diam di Negara kita Malaysia yang aman dan damai.


Peluang Perniagaan ...Kalau sebut saja ni, saya memang suka!! Kalau nak melabur/buka bisnis tak salah kalau nak buat di Jakarta. Penduduknya banyak..buka apa-apapun tetap ada pelanggan.Seperti yang diberitahu rakan2 di sana, kat Jakarta upahnya murah..berebut-rebut nak cari kerja, so setiap kedai tu,jarang tengok tuan punya kedai kat sana. Semuanya pekerja sahaja.. Tuan punya hanya collect duit sahaja. Kalau driver,gajinya baru mencecah RM150/bulan. Tapi ada satu kata2 yang saya nak sampaikan "Orang di sana hanya suka membeli kalau disuruh berfikir dan buat sesuatu barang tu,mereka agak slow ".. So, renung2kan!!


Kalau kat sana, paling famous tempat peranginan ialah di "Puncak" selain di Bali. Puncak tu gunung, begitu sejuk sekali. Kalau ada cuti sekolah/hujung minggu/shooting ..pasti penuh tempat kat sana..Sangat "Macet"!! Tapi,sayang saya tak sempat ke sana..Bapa kawan kami ada bungalow kat sana juga, so bila2 masa pergi pun boleh..kalau nak tanam kulat kat sana..memang boleh!! Tapi sekarang, kami stabilkan yang kat sini dulu.. Ha..yang tak lupanya..sempat juga saya bawa Frozen Mushroom ke sana.!! Belum pernah dan tiada yang buat kat sana. Tapi katanya, kurang rasa garam dan ajinomoto!! Ini kerana pemakanan orang di sana Masin,Manis dan Banyakkan Ajinomoto!!!!

Walaupun agak singkat di sana, tapi byk pengalaman yang kami timba..

Dewan Perkahwinan yang begitu "Grand"



Lika & Johan..Happy Wedding Day!!


Me, Lisawaty,Nathary,Likawaty & My Hubby.


Shopping di Mall Grand Indonesia


Di S.E.I.B.U

We at Seaworld Indonesia

Thanks to all my friends.. Hingga berjumpa lagi..

Sekian..

Sunday, August 10, 2008

Kunjungan Pegawai SALM-Kuching

Tanggal 8/08/08 (Nombor yang amat bermakna sekali-tuah & kekayaan), saya mendapat kunjungan 4 orang pegawai dari Jabatan Pertanian Kuching iaitu Bahagian SALM . Kunjungan tu,sehari sebelum saya ke Jakarta. Happy sangat saya yea..Tapi belum terus dapat sijilnya!!

Untuk mendapatkan sijil ini,tidak senang. Banyak prosedur dan ada 3 peringkat. Saya dah tak ingat apa yang di setiap peringkat tu.. Lupa nak tulis. Tapi tak apa,kalau ada senang saya akan dapatkan maklumat.
Sijil ini akan dikeluarkan dalam tempoh satu tahun dan palig cepat pun dalam tempoh 6bulan itupun kalau berjaya. Kalau tak berjaya, kita cuba lagi. Tapi saya tetap akan berusaha untuk mendapatkan sijil ini. Target saya, dengan adanya sijil ini bermakna kejayaan saya terlibat di dalam industri pertanian semakin bersinar dan success.!!
Semoga semunya diberkati NYA.


Wednesday, August 6, 2008

Pelajar Khas - SMK DPHA Gapor

Pada petang tadi, saya ke sekolah SMK DPHA Gapor. Tujuan saya ke sana adalah untuk bertemu dengan Cikgu Jacey Cheng yang nak tahu lebih lanjut tentang kursus yang akan kami anjurkan pada 17/08/08. Saya difahamkan ada beberapa orang pelajar khas yang akan turut serta di dalam kursus pada kali ini yang akan diiringi oleh cikgu mereka.

Apabila sampai di sana, hati saya amat tersentuh sekali melihat telatah pelajar2 khas di sana. Pelajar2 ini adalah terdiri daripada pelajar pekak. Di sekolah ini, terdapat lebih kurang 60 org pelajar khas tersebut yang datang dari beberapa tempat di Sarawak. .Ini adalah kali pertama saya melihat situasi sebegini dan seronok melihat mereka menggunakan bahasa isyarat tangan untuk berkomunikasi sesama rakan.

Tambahan pula, baru2 ini pelajar2 didedahkan dengan matapelajaran yang lebih kepada praktikal / skills seperti memasak, baked cake, menjahit, lanskaping dan sebagainya. Dengan adanya skills / pengalaman sebegini, mungkin ada di antara mereka yang nak terus berniaga/menjadi usahawan suatu hari nanti.

Melihat semangat mereka nak pelajari cara2 tanaman cendawan, saya akan sedaya upaya membantu sebanyak dan sebaik yang mungkin dengan hati yang ikhlas. Pasti Tuhan akan memberkati semuanya..