Sunday, April 17, 2011

Majlis Pelancaran Program 1 Malaysia -15/04/2011

Pada 15/04/2011 (sehari sebelum hari mengundi), kami dijemput serta untuk bersama-sama menjayakan Majlis Pelancaran Program 1 Malaysia di Kolej Komuniti Mas Gading, Bau yang dirasmikan sendiri oleh YB Dato'Seri Mohamad Khaled Nordin -Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Booth kami memang menjadi satu tarikan malah sangat "hangat" tak putus-putus dikunjungi dengan beberapa pertanyaan. Saya yang dah biasa menghadirkan dri di dalam keramaian seperti ini hanya mampu tersenyum dan melayan kerena pengunjung..Tetapi di dalam kepala saya.."senyum jea"..ada banyak maksud tuh..hehehee...Saya tak nak huraikan terlalu banyak, takut tersalah kata-kata pula , susah jadinya..



Cik Ct Raihan yang  manis & sentiasa senyum ( In-charge e-Tech centre di Kolej Komuniti Mas Gading)
Dato'seri  & Pengerusi KKMG -Dato' Tiki merasa cendawan goreng 'Lady Mushroom"
Ini pula antara gelagat pengunjung yang berebut-rebut nak merasa cendawan goreng yang enak ini..Seronok saya melihat gelagat mereka semua.Yang pastinya, tak dinafikan ,cendawan goreng yang saya sediakan memang enaaak!.

Alamak!! Si kakak nak minta sikitlah!

Aktiviti di Betong & Pusa

Pada bulan April ni, memang terasa bahang kesibukan pada diri saya di dalam industri tanaman cendawan. Ini kerana, memandangkan Syarikat kami merupakan salah satu Syarikat yang paling dikenali dan mempunyai comittment yang tinggi untuk mengembangkan lagi industri ini di Sarawak.

Apa yang saya dapat rumuskan,  di kedua-dua tempat ini adalah mempunyai peluang pasaran amat baik sekali.

Antara aktiviti-aktiviti yang kami lalui:

1) Kursus Penanaman Cendawan di Kolej Komuniti Betong - 8 & 9 April

Kopitiam yang menjadi tempat "last choice" untuk i breakfast. 80% yang kelihatan adalah warga2 tua..
I love Mushroom..
Ini adalah peserta2 kursus untuk 1st Batch.

 2 ) Kursus Penanaman Cendawan di Pusa di bawah Kolej Komuniti Betong - 10 & 11 April

Kursus di Pusa amat berbeza sekali dan saya agak terperanjat apabila sampai di area sana. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, saya tetap berasa gembira dapat berkongsi pengalaman dan teknologi serta info-info di dalam industri ini..
Jalan yang agak sempit serta penuh kehijauan
Inilah tempat di mana kursus itu diadakan..
Serba Kekurangan..Hanya kerusi..tiada meja (lupa bawa)


 Peserta diajar teknik2 penyediaan beg media yang berkualiti
Bersama peserta Kursus dari Pekan Pusa
Beberapa gambar yang sempat saya rakamkan ketika 2 hari berada di sana.
 
 



Ini adalah "satu tarikan" utama bagi saya ketika berada di pekan yang kecil ini..Tak pernah terlintas langsung di dalam fikiran saya yang pekan kecil ini mempunyai lebih kurang 100 rumah burung walit dan yang paling bestnya..berbagai-bagai bentuk.. Ini antara rumah burung yang sempat saya rakamkan.
 Sungguh menarik sekali!!




Wednesday, April 6, 2011

Kursus Asas Penanaman Cendawan

Tarikh Kursus Untuk Bulan April

2 & 3 April - Kursus Modul I - Anjuran Kolej Komuniti Mas Gading,Bau


Kursus Asas Penanaman Cendawan -Modul I & II - Anjuran Kolej Komuniti Betong
8 & 9 April - Di Betong
10 & 11 April - Di Pusak
14 & 15 April - Di Sri Aman (ditunda untill further notice)

Pendaftaran terbuka untuk semua..Kepada sesiapa yang berminat ,sila hubungi mana2 Kolej Komuniti yang terdekat dengan anda..

Terima Kasih.

Monday, April 4, 2011

Malaysian Mushroom Research Association AGM 2011-2012

Pada 27/03/11 , saya telah menghadiri AGM 2011-2012 di Agrotek Garden Resort, Kampung Sungai Semungkis Batu 14 1/2, Ulu Langat 43100 Selangor Darul Ehsan.Saya adalah juga merupakan wakil tunggal dari Sarawak & Sabah ( Kepulauan Borneo) yang hadir untuk Mesyuarat tahunan ini.

Menghadiri seminar/meeting seperti ini adalah saat yang begitu manis sekali di mana saya dapat bersemuka dengan growers2 otai di Malaysia & juga bertukar-tukar pendapat, berkongsi pengetahuan , pengalaman dan banyak lagi.

Topik Seminar kali ini adalah :

1. Mengawal Serangga Perosak Melalui Kaedah " Natural Farming" oleh Puan Norliza Husin Jabatan Pertanian Putrajaya
2. Akreditasi SALM Dan SOM Dalam Industri Cendawan oleh Puan Siti Saudah Jabatan Pertanian
3. Kaedah Penanaman Cendawan Jerami oleh Puan Norhasyima Hashim Modern Farmer Agro Resources"
Putrajaya


Selain itu kami juga diperkenalkan dengan kaedah baru (peralatan) untuk mengukus beg media menggantikan PP.Satu transformasi yang sangat baik sekali. Semoga Industri Cendawan Di Malaysia bertambah maju!! Wish all the best...
Peserta2 Seminar
Semuanya 'otai-otai'

Cendawan Seri pagi yang berpotensi dikomersilkan .

Cara Pembungkusan yang kemas untuk Cendawan Seri Pagi
Kelihatan Beg Media besar iaitu beg media yang menggunakan jerami padi sebagai medianya.
Cendawan Seri Pagi ( bereseri-seri & menarik )

** Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli persatuan,amatlah dialu-alukan dan tidak semestinya yang menyertai persatuan ini adalah penanam cendawan**