Friday, February 27, 2009

Bersama Student UITM-Kertas Kerja

Hari ini, saya telahpun berjaya meluangkan masa untuk pelajar2 UITM yang nak buat kertas kerja tentang industri tanaman cendawan. Ini kerana pada asalnya, saya memang tak senang dan telahpun ada appmt yang lebih penting( deal tanah). Tapi memandang ownernya pun tak sempat kebetulan ada meeting yang dia mesti kunjungi so, saya cepat call student2 ni agar mereka tak akan berasa hampa.

Nampaknya ada antara mereka ni blur2..tapi perasaan saya tetap nakkan mereka tahu dan faham lebih dekat dengan industri ini. Mana tahu, tuah/rezeki akan datang /ada pada bidang ini.Untunglah dapat byk info..

So, saya bawa mereka ke tempat pemprosesan kami yang kedua iaitu di Riveria. Supaya mereka lebih dekat dan nampak apa yang sebenarnya saya terangkan.

Untung adik2 dapat rasa yea..kalau yang lain2 tu mereka kena bayar tu dik.. Gunakan ilmu/pengetahuan ini untuk masa2 akan datang..

Tuesday, February 24, 2009

Kunjungan Daripada Pelajar2 UITM Kuching,Sarawak.

Pada 21/2/09, saya menerima kunjungan daripada pelajar2 UITM sarawak yang datang sebus dan diiringi seramai 4 org guru. Salah seorang daripada Lecturer mereka ni, adalah kenalan saya ketika menyertai MMCF 2008 di UM. Dari situ " Keep In touch " kami membawa pertemuan di ladang ini.
Saya berasa berbesar hati kerana ini adalah kali pertama saya menerima kunjungan sebesar ini..Sampai tak cukup ruang untuk mereka bergerak. Tapi walau bagaimanapun, diharapkan pada masa2 akan datang lebih ramai lagi Kunjungan daripada pelajar2 sekolah iaitu di bawah Program Education Visit yang disediakan oleh syarikat kami. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini, boleh menghubungi kami.

Kenangan bersama..

Menerima Cenderahati dari Pensyarah mereka Mdm Liew..

Sekian..

Laporan Kursus -22/02/09

Seramai 4 orang peserta. 2 orang berbangsa Cina & 2 Bumiputera. Atas permintaan peserta, kursus kali ini diadakan di Ladang Kampung Mayang Teh yang mengambil masa 1 jam 45minint dari Kuching. Salah seorang daripada peserta ni, sgt rajin bertanya.. Itulah yang bagus..
Antara gelagat yang sempat saya rakamkan.
Mr.Lai, Mr.Yong, Pn.Syamisiah & Ms.Norma

Wednesday, February 18, 2009

Kerjasama Dengan Tekun Nasional Kuching,Sarawak.







Pertama sekali,saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En.Roslan (Pengurus Negeri Tekun Sarawak) serta pegawai-pegawainya kerana sudi untuk melawat dan memantau projek kami. Walaupun projek cendawan ini belum mencapai ke tahap yang amat membanggakan bagi diri saya, tetapi ianya adalah begitu besar & maju daripada pandangan rakan2 yang baru mengenali bidang ini. Ini adalah kerana saya adalah satu2nya usahawan wanita serta muda di dalam bidang cendawan di Kuching yang begitu serius dan bersungguh-sungguh untuk berjalan lebih jauh serta maju di dalam bidang ini. Saya sering berkata pada diri saya sendiri, " I Want To Be Someone". Memang benar kata pepatah mengatakan '' Dimana ada kemahuan, Di situ ada jalanya"! Bangunkan diri anda, kerana tiada org lain yang boleh memajukan anda melainkan diri sendiri!



Tentang lawatan Pegawai Tekun sebenarnya mempunyai tujuan tertentu. Di mana kami akan menjalankan program Projek berkelompok Khas untuk Bumiputera sahaja. Pada permulaan program ini,ianya dibuka untuk yang tinggal di Daerah Serian, sama ada Kawasan Tebekang, Mongkos dan Ranchan Area. Syarikat kami hanya akan mengambil 25 orang Bakal Usahawan yang begitu berminat dan serius untuk mengusahakan cendawan dalam satu kelompok.

Para peserta akan diberikan 2 pakej pilihan dari syarikat kami. Dan setiap pakej yang dipilih akan dibiayai oleh Tekun. Sebenarnya program seperti ini adalah amat sesuai bagi membuka jalan kepada bakal usahawan yang tidak mampu untuk mengeluarkan modal untuk memulakan perniagaan terutamanya orang-orang kampung.
Untuk maklumat lanjut tentang projek berkelompok ini, anda boleh menghubungi kami di talian-016-884 8581


Kami sempat singgah ke rumah seorang pengusaha keli yang berjaya di Kampung Menaul. Permintaan terhadap ikan keli tak kurang hebatnya!! Memang hangat.Kalau boleh bertan-tan sehari.Malah dieksport ke Indonesia!
Nasihat beliau, kepada bakal2 pengusaha ikan keli.. jangan terpedaya dengan pakej2 ditawarkan.Ini kerana, pekej2 itu sebenarnya tidak semahal harga sebenarnya. Kerana ia akan merugikan kita. Fikir-fikirkan!



Sekian...

Monday, February 16, 2009

Kursus Cendawan - 15/02/09

Laporan Kursus Asas Penanaman Cendawan-15/02/09

Kursus pada kali ini disertai seramai 9 orang peserta .Salah seorang peserta berasal dari China.Ini merupakan kursus penanaman cendawan kali ke-2 yang dikendalikan oleh saya sendiri. Yang pertama adalah untuk Jabatan Pertanian Bahagian Kuching Negeri Sarawak.
Semua peserta "disuruh" untuk melakukan segala aktiviti harian di dalam proses penanaman cendawan. So, ini adalah lebih bagus berbanding dengan kaedah teori supaya mereka dapat merasa keadaan sebenar di dalam pemprosesan penanaman cendawan. Kesemua peserta nampak sangat agresif dan diharapkan dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari.
Pada sebelah , saya sempat bawa mereka pergi ke ladang salah seorg pengusaha cendawan yang berdekatan di Taman Sri Wangi. Ini memang tak masuk plan saya sebenarnya..Tapi memang bagus kalau disertai dgn Lawatan ladang supaya mereka lebih dekat dan mendalami bidnag ini.




Mr.Yau, Mr.Jason Chong & Mr.NIcholas..

Sekian..

Kursus Tisu Kultur di UM

Walaupun tak kesampaian menjejakkan kaki Ke "U"..akhirnya dapat lah juga..Itupun jadilah.
Saya wakil dari syarikat untuk mendapatkan ilmu bagi pembenihan Cendawan.Saya akan gunakan peluang ini ebaik yang mungkin. Semoga semuanya berjalan dgn lancar..
Kenangan di UM:

Yang awek seorg ni,adnak didik Fatisha Agrofarm

Mushroom Rockers!!!

Sempat Ke PWTC- Gerak Uahawan: -Bukalah Mata, Bukalah Minda!


My Packaging Designer - PS Polyplastic..Sempat juga jumpa Pengurusnya Adilah kat sana..

Satu-satunya pengusaha cendawan yang menyertai seminar kat sini..Sentiasa dipenuhi pelanggan gerainya.. Yang baju biru tu..En.Akmal-Cendawan Blues!


Ke NAS AGROFARM bersama Puan Normah.

Kemas dan bersih serta teratur!! Semoga bertambah maju!

Ternakan Cacing..

Kambing pun ada..!

Sekian..

Tuesday, February 3, 2009

Begitu Sibuk Sekali!!

Semalam saya terpaksa bekerja di dalam suasana gelap. Saya menyewa lori kampung untuk membawa sebanyak 2500 beg media dari ladang saya di kampung ke tempat baru iaitu di Riveria. Bukan untuk display, tapi 80% adalah pesanan daripada pelanggan. Walaupun tambang yang ditawarkan agak mahal, tapi apa boleh buat..terpaksalah juga bayar RM250. Kalau sentiasa delay, adalah tidak bagus untuk pelanggan dan bagi saya pelanggan haruslah diutamakan.


Tong drum Untuk dijual!!
Kepada bakal2 pengusaha atau yang ingin menambah kapasiti kukusan mereka, bolehlah beli tng drum yang dibekalkan kami. Tong drum bleh muat 5 tingkat dan setiap tingkat lebih kurang dalam 26beg dan senang kira kapasiti untuk satu tng drum adalah -/+ 130beg. Tong drum ini memang sudah dilengkapi dengan blader dan juga skru/klipnya sekali.


Stok set cap - 85,000
Aktiviti hari ini begitu memenatkan di mana saya nakkan semuapersediaan untuk kursus pada 15/02/09 disediakan dan dalam rumah kelihatan kemas sebelum saya Outstation pada 6/2/09. Begitu berat rasanya hati nak berjalan meninggalkan kedai begitu saja..dahlah seminggu!!..

Hari ini juga saya bergegas ke Sesco untuk hantar document bagi pemasangan electric rumah dapat dilakukan..dan syukur seperti apa yang saya nakkan esok pagi Sesco dah boleh install. Selain itu, saya suruh contractor ukur untuk pemasangan grill pada tingkap rumah.Dan sudah pastinya , saya nakkan semuanya disiapkan dengan cepat!! Money,no problem! So,katanya Sabtu boleh siap dan pasang.Dalam diam2 tauke ni,katanya minat juga nak tanam & dah lama dia cari mana syarikat yang ada ajar ..Nasib dia jumpa saya katanya.. Datanglah kursus untuk dapatkan ilmu yea..

Dalam sibuk2, dah ada tetamu yang mengundang kami. Esok dah juga yang buat appointment..Dia tanya, boleh ke tanam kulat dalam bangunan? Saya suruh dia, esok jumpa dan lihat! Beginilah kehidupan harian saya sampai tak menang tangan nak buat! Nak harapkan kuli, belum tentu bleh harap..malah nak dapatkan staff yang betul2 boleh kerja dalam bidang ni pun susah!


Tetapi, apa yang boleh saya katakan..Bidang tanaman cendawan begitu seronok dan sentiasa banyak barang yang saya dapat pelajari!! Pulangan pun lumayan!


Salam..