Thursday, May 29, 2008

LAPORAN KURSUS PENANAMAN CENDAWAN KE-2

Selamat bertemu kembali..


Pada 25/5 kami telah berjaya menganjurkan kursus penanaman cendawan yang ke-2 dengan jayanya. Seramai 50 orang yang mendaftar tetapi hanya 40 orang yang dapat menghadirkan diri. Kepada sesiapa yang telah mendaftar dan membayar depositnya boleh mengikuti kursus kami yang akan datang iaitu pada bulan Julai..

Kursus pada kali ini,amat berlainan dengan batch yang pertama. Kali ini, para peserta telah menunjukkan semangat dan minat untulk menguruskan perniagaan di dalam industri tanaman cendawan. Dan kepada para pembaca dan pelanggan kami, Mayang Agrotech mengucapkan selamat maju jaya dan andalah bakal usahawan yang berjaya.. Teruskan perjuangan anda!

Kami dari Mayang Agrotech sedia membantu bekas peserta kursus dan bersedia turun padang untuk memantau projek anda!! Dan kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesulitan.. Anda berjaya, kami pun gembira..

Di sini,saya sertakan beberapa gambar pada hari kursus tersebut.



Keadaan dewan yang kami sediakan untuk keselesaan para peserta.




Tengah khusyuk mendengar ceramah..




Happynya abang ni dapat sijil & dah habis menimba ilmu. Pas ni dah boleh start buat projek..Kalau dah berjaya, jgn pula lupa kami yea.




We are one family.




Dah penat bagging,masih tersenyum si Morni ni yea..


Baru pertama kali belajar buat beg, semuanya mcm dah expert..Pandai betul mereka ni yea..

Dah selesai ah.. Sehingga berjumpa lagi..

No comments: