Thursday, September 18, 2008

Kulat Hijau

Salam hormat semua. Saya terpanggil untuk menulis artikel ini berikutan ramai yang bertanya berkenaan kulat hijau dan adakah kaedah untuk menghalangnya dan juga cara pembasmian yang efektif. Maka disini saya terangkan berkenaan kulat hijau serba sedikit serta pembasmiannya berdasarkan kajian serta rujukan-rujukan dari artikel-artikel, buku-buku, interview dari pengusaha-pengusaha cendawan serta orang perseorang yang mahir dalam bidang ini.

Tentang Kulat Hijau (Trichoderma)Kulat hijau memang biasa menyerang beg media dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan jangkitan kepada beg-beg media lain. Kulat hijau atau Trichoderma (seperti dalam gambar) cepat membiak sehingga boleh melumpuhkan perusahaan cendawan. Jangkitan kulat hijau yang serius boleh mencapai 30%-100% daripada keseluruhan jumlah beg media dalam rumah cendawan. Sekurang-kurangnya terdapat 32 spesis Trichoderma tetapi hanya 7 dari spesis ini yang biasa dikesan.

Diantara 7 spesis ini hanya Trichoderma Viride yang mudah dikenalpasti. Spesis Trichoderma Harzianum dan Trichoderma Aggressivum adalah yang paling cepat merebak begitu juga dengan Trichoderma Pseudokoningii yang akan memberi kesan kepada hasil cendawan.Trichoderma membiak dengan cara merayap, menerbangkan sepora melalui udara dan melalui pergerakan oleh manusia, binatang atau serangga. Kulat hijau asalnya terdapat di tanah, air dan pada bahan-bahan organik.

Punca dan pencegahan

1. Habuk kayu.
Kalau kita tengok kulit kayu getah biasanya ada tompokan hijau seperti lumut kering.
Itu adalah kulat hijau dan ia juga boleh didapati didahan pokok lain seperti nangka, rambutan, mangga dan sebagainya. Maka apabila kayu getah diperoses menjadi habuk kayu, kulat hijau tersebut akan bercampur sama walaupun dalam kuantiti yang sikit. Kadang-kadang perkara ini tidak dapat dielakkan maka boleh dicuba kaedah pencegahan lain dengan inisiatif sendiri.

2. Kukusan kurang sempurna.
Beg media mestilah melalui proses pengukusan yang sempurna. Media yang tidak sempurna kukusannya akan mudah dijangkiti kulat hijau. Kulat hijau yang sediaada dalam beg media tidak akan mati sekiranya kukusan tidak mencapai suhu yang diperlukan. Maka suhu kukusan yang sesuai adalah antara 65°C - 70°C kerana pada takat suhu ini bakteria akan mati. Jangan keliru dengan suhu takat didih air sebab ia berbeza dengan suhu wap kukusan.
Suhu takat didih air adalah 100°C.

3. Kurang kapur pertanian.
Fungsi kapur pertanian adalah untuk meneutralkan kadar Ph dalam media daripada terlalu berasid. Kadar bancuhan kapur yang kurang akan menyebabkan media berasid dimana ini akan memudahkan jangkitan dan pembiakan kulat hijau. Untuk lebih selamat, kadar nisbah kapur boleh dilebihkan sehingga sekali ganda daripada formula biasa dalam bancuhan media.

Punca sebenar kulat hijau sebenarnya masih misteri. Ramai pakar-pakar masih dalam kajian berkenaan kulat ini. Sehingga ini saja dapat saya terangkan serba sedikit berkenaan kulat hijau. Kita bersambung akan datang berkenaan kaedah pembasmian kulat hijau pula.

Berita baik kepada pengusaha cendawan dimana bahan pembasmi kulat hijau boleh anda tengok di http://cukayu.blogspot.com/yang telah dikelolakan oleh Ayne Mushroom. Di dapati produk ini lebih baik dari BioPlant dan harganya amat berpatutan. Produk yang menjimatkan dan berkesan untuk perusahaan cendawan. Cendawanmelaka merupakan agen bagi barangan tersebut dan bagi sesiapa yang ingin menjadi agen adalah dialu-alukan.


Artikel ini dipetik dari keizinan blog Cendawan Melaka untuk dikongsi bersama para pembaca.

Saturday, September 13, 2008

Food Packaging

Anda pasti mudah tertarik dengan pembungkusan makanan yang menarik kan. Kerana kecantikannya yang menyerlah akan menarik anda untuk membelinya.. Tapi sebenarnya disebalik pembungkusan tersebut banyak yang anda tidak ketahui..

Sejak 2 bulan yang lepas, saya dalam usaha untuk mendapatkan pembungkusan yang sesuai untuk produk Cendawan sejuk beku. Walaupun pasarannya belum begitu besar dan dikenali ramai, namun saya tetap nekad untuk menjaga kualiti produk yang dikeluarkan. Oleh itu, saya telah bertemu dangan taukeniu food packaging yang terbesar di Kuching untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada beliau. Tapi malangnya saya dimarahi" Siapa yang ajar u packing guna yang ini!" Terbeliak saya dibuatnya.. Lalu saya menjawab" Saya sendiri yang buat" Tapi saya sedikit pun tidak berasa sakit hati.. Daripada situ saya dapat belajar perkara baru ..

Brapa Kos packaging tu?? Kosnya agak tinggi.. Mungkin banyak yang anda tak ketahui.. Kalau nak buat packaging untuk produk yang nak dipasarkan ke hypermarket.. Kosnya boleh mencecah minimum RM15,000.00. Pas tu,kat sini sekadar nak print sticker kalis air, front + back (BW) at least RM3000.00. Kalau untuk Usahawan Bumiputera , boleh apply untuk dapatkan geran..Tapi malangnya saya tak tahu macam mana nak apply.. Harap2 ada yang sudi membantu.

Dan sehingga kini masalah saya masih belum selesai lagi.. Saya sudah merasa bimbang kerana ada supermarket or coldstorage di Kuching ini yang setuju untuk memasarkan produk kami..
Saya takut nanti mereka tawar hati nak ambil pula kerana kelewatan penghantaran. Yang penting sekali, setiap sesuatu produk tu, kalau boleh mesti ada logo halal. Ini adalah salah satu daripada masalah saya, walaupun produk tersebut sememangnya halal.

Yang terbaru,saya hanya gunakan clear tray..

Dahulu saya guna yang ini, inya tak sesuai utk frozen food packaging. Boleh dipakai..tapi jangka hayat untuk barangan tersebut tidak tahan lama dan warna metalik tersebut akan membawa kesan kepada makanan .