Saturday, January 31, 2009

Frozen Mushroom Sampai ke Sibu

Produk Cendawan Goreng Berempah kami telah selamat dihantar ke sibu pada minggu sebelum CNY. Tapi tak sempat nak update kat sini. Kini, ada agent saya kat sana, walaupun masih dalam permulaan yang baru lagi. Tapi banyak kelemahan terhadap packaging yang saya gunakan.

Dan petang tadi saya telah menghubungi Pegawai IAT Fama untuk membincangkan tentang packaging untuk produk ini. So, perbincangan akan dibuat pada Monday ini. Kalau nak buat sendiri, memakan kos yang tinggi.

Pada expo, kempen "Belilah Barangan Buatan Malaysia" saya berkesempatan bertemu dengan director muda(berbangsa Melayu) PS Polyplastik yang bertempat di KL. Tapi beliau dah banyak customer kat sarawak.so,setiap bulan dia akan ke sarawak untuk bertemu dengan pelanggan2nya.Kesemua sampel packaging yang beliau berikan begitu menarik sekali. Orangnya masih muda dah mampu bergelar Millionaire.Sesiapa yang nak buat packaging,boleh hubungi beliau ( Adilah-012 3182086) .Harga yang ditawarkan pula amat berpatutan.

Inilah expo pertama kali yang pernah saya sertai yang bertempat di Shopping Kompleks kat sini. Tapi sayangnya bukan di dalam shopping kompleks,tapi kat belakangnya. Walaupun begitu,saya tetap bersyukur booth yang disediakan adalah percuma untuk usahawan2 yang terpilih under bimbingan Fama. Tapi saya tetp berpuas hati keran "sales" yng diperolehi sekitar expo tersebut sangat memuaskan terutamanya "cendawan goreng"


Friday, January 30, 2009

Cendawan sumber pendapatan, kesihatan & makanan

Bermula tahun 2009, saya sudah bersedia untuk menyediakan kursus penanaman cendawan kepada bakal2 pengusaha cendawan pada setiap hari Ahad.Ianya terbuka kepada sesiapa yang berminat. Tambahan pula, pada saat ini, salah satu kilang terbesar dan mempunyai banyak perkerja di Kuching/sarawak akan fully closed pada March 2009 dan menyebabkan pengangguran lebih kurang 1500 orang.

Saya amat mengalu-alukan orang ramai untuk menceburkan diri didalam perniaagaan pertaniaan. Ini kerana, pertanian pada masa ini merupakan nadi kepada negara dan menyumbangkan banyak ekonomi. Dan jangan sesekali memandang rendah bidang pertanian,ini kerana semuanya bersifat moden dan menguntungkan." Dan jangan jadikan status anda sebagai penghalang"

Seperti yang saya rasai sekarang, saya mampu hidup bebas, menggunakan masa sendiri,melancong ke sana sini, malah mampu memiliki apa saja yang saya mahu hanya dengan "menanam cendawan".Bagi rakan2 di sekeliling saya,masih ada lagi yang mentertawakan saya. Tapi mereka tak tahu, ini kerana setiap orang mempunyai minat dan pandangan yang berbeza.

Saya nak tekankan, bahawa peluang perniaagaan di dalam industri tanaman cendawan masih begitu luas dan pasarannya begitu terbentang luas.Semua ini saya dapat maklumat daripada pengusaha baru yang menanam cendawan dan sentiasa tidak cukup bekalan untuk pelanggan2nya.

Kalau kita tak ada produk,macam mana nak jual?? Kalau dah ada produk, pasti dapat jual! Kerana kita tak nak duit & usaha kita terbuang begitu saja!!

Peluang2 yang anda boleh terokai di dalam bidang penanaman cendawan dan saya terokai:

1. Pembekal peralatan penanaman cendawan
2. Penganjur kursus
3. Pengusaha cendawan segar
4. Pembekal beg media
5. Pengusaha industri asas tani ( Produk cendawan proses)
6. Agro-pelancongan ( Dalam proses pembikininan)

Anda bila lagi..ayuh kita sama2 bergerak lebih ramai dan maju di dalam industri cendawan.

Pembatalan Kursus pada 1/02/09 & 8/02/09

Kursus pada tarikh tersebut 1/02/09 dibatalkan kerana jalan utama yang masuk ke dalam ladang /kampung mengalami banjir.
Dan pada 8/02/09 saya terpaksa ke UM 7/02/09-12/02/09 untuk menyertai kursus penyediaan benih cendawan.

Lokasi baru kursus penanaman cendawan

Lokasi terbaru kursus penanaman cendawan ialah bertempat di Riveria,on the way to Kota Samarahan after shell Petrol Sation. Saya pilih lokasi ini atas sebab2 tertentu. Tambahan pula, banyak peserta adalah dari sekitar kuching, dan agak jauh untuk mereka ke ladang saya di Serian, Selain itu, saya nak dedahkan kepada mereka yang cendawan ni juga boleh ditanam di dalam bangunan/rumah tak semestinya di dalam hutan/ladang/kebun. Di mana2 pun boleh tanam cendawan, YANG PENTING TAHU TEKNIK & ASAS PENANAMAN CENDAWAN.

Lokasi yang saya maksudkan ialah rumah baru kami yang tidak didiami dan saya memang nak jadikannya sebagai satu lagi tempat penanaman cendawan.


No Rumah: 53

Rumah belum ada lorong lagi

Cendawan segar & cantik walaupun dituai sebanyak 9kali
Inilah hasil yang dapat saya kongsikan hasil daripada penggunaan chips habuk kayu getah walaupun dituai sebanyak 9 kali.Hasilnya masih tetap hebat!


Sekian..

Wednesday, January 28, 2009

Hanya RM0.25 / set

Minimum Order=== 5000 set.

Kini,syarikat kami membekalkan Set Cap pada harga yang berpatutan kepada bakal2 pengusaha cendawan. Tambahan pula kami merupakan pembekal tunggal di Sarawak bagi set cap terbaru yang begitu berkualiti dan kemas buatanya dan mudah digunakan iaitu Cili Cap yang menggantikan Rest Cap yang sebelumnya.Tapi kepada yang telah menggunakan set cap yang sedia ada, anda jgn bimbang ini kerana saiz set cap ini adalah sama. MUngkin ada yang berhajat nak mencuba cili capnya sahaja.. Sila hubungi kami untuk maklumat yang selanjutnya..

Lawatan Yang Berhormat

Pada 10/01/09 , saya menerima kunjungan dari yang berhormat Dato Adzmy Abdullah iaitu penasihat Unit Pembangunan Usahwan Bumiputera dan Penolong Pengarah Mecd ,En.Matnor .
Sangat peramah orangnya, dan untung dapat berjumpa dan berpeluang berbual-bual dengan beliau. Begitu banyak tips2 dan ilmu baru di dalam perniagaan yang saya pelajari daripada beliau.Kunjungan tersebut memberi banya makna dan adalah "bakal jalan baru" ynag diberikan oleh beliau. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Yang paling best sekali, perjumpaan ini mempunyai misi2 tertentu untuk membawa produk proses cendawan ke benua (UAE)

En.Matnor, Dato Adzmy & Tauke besar "Tapioca"( Controller Sarawak)

Lamanya menyepi!! Ke mana pula yea??

Begitu lama rasanya tak update blog. Mana taknya, komputer saya kena virus and susah nak upload gambar dan sistem slow pulak tu. Lama menyepi,bukan bermakna kita dah nak tutup kedai..malah bertambah makin rancak dan begitu sibuk sekali tambahan pula dah ada tanggungjawab yang begitu berat untuk anak dan keluarga. Namun begitu,saya tetap membahagikan masa dengan sebaik yang mungkin agar semuanya berjalan dengan lancar.

Perkembangan terbaru di Tahun Baru:

(i) Adalah dimaklumkan pejabat dan warehouse baru kami berlamat di :

Pejabat: 3rd floor,sublot 4 Lot9500,
Stutong Indah,Tabuan Jaya
93350 Kuching,Sarawak.
( next to Nissan Motor Building & facing main rd/round about Tabuan Jaya)

Warehouse: Riveria

Tiada lagi urus niaga dilakukan di Taman Stutong Indah.

(ii) Kami akan start menyediakan benih sendiri pada bulan February. ( perlatan makmal telah pun dibelikan dan disediakan.

Wednesday, January 14, 2009

Jalan2 Tenangkan Fikiran

Selesai pameran, saya habiskan masa berjalan sambil menenangkan fikiran dengan cousin & friends from US. Sukanya mereka bila dibawa masuk ke dalam gua.. Tak habis2 ambil gambar. Nasib baik camera tu tak macam zaman dulu2. Kalau macam dulu2, ntah berapa gulung film dah dia pakai..

Satu Daerah Satu Industri Expo-SDSI




Pada 25 Dec-29 Dec, saya telah menyertai expo yang diadakan di waterfront dibawah bimbingan FAMA. Ini adalah pameran/expo yang ke-2 telah saya sertai sejal terlibat di dalam industri tanaman cendawan.Kami berasa bertuah kerana didalam banyak-banyak usahawan,syarikat kami terpilih didalam kategori best-15 yang dipilih dan dibimbing dan seterusnya akan berjalan bersama-sama dengan FAMA .Terima Kasih kami ucapkan..
Expo kali ini agak lama (5hari).So,saya kena prepare banyak stok untuk bakal pelanggan baru terutamanya untuk beg media berbenih dan juga cendawan goreng. Pameran kali ini memang menyeronokkan dgn telatah DJ yang menceriakan suasana pada hari tersebut. Kali ini ,kami menyertai satu ruang iaitu "WetSampling Section" di mana para usahawan diberi peluang untuk membuat demo masakan sambil mempromosikan produk mereka kepada orang ramai. Ini adalah kali pertama saya memasak didepan orang ramai.Hati memang berdebar dan ada sedikit malu kerana tak biasa.Saya berkata kepada diri sendiri" Saya harus harungi cabaran ini, kerana untuk menjadi seorg usahawan yang berjaya bukannya mudah & agar kita rasa lebih yakin untuk berdepan dengan semua orang.
Tak sangka.., pada hari tersebut sambutan terhadap cendawan goreng sangat baik sekali. Ternyata masih ramai yang tak tahu cendawan ni boleh digoreng! Ish..ish..kalau boleh saya nak banyak yang berminat untuk berniaga cendawan goreng, so bolehlah saya supply fresh mushroom ..he..he..
Sekian..

Wednesday, January 7, 2009

Selamat Tahun Baru

Mungkin masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2009 kepada semua. Begitu lama sekali rasanya tak update blog ni disebabkan laptop yg rosak & sgt sibuk dengan aktiviti harian.Tambahan pula, anak sulung (3thn)dah melangkah ke Kinderschool. Nak sediakan sarapan, hantar & ambil lagi..ish..ish..memang berbeza dari kehidupan sebelumnya.

Byk cerita & peristiwa yng saya nak kongsikan bersama, tapi sayangnya saya tak dapat nak sertakan gambarnya sekali, ini kerana laptop saya masih tak bagus lagi..terlalu byk dwnld brg untill kena serangan virus. Terpaksa guna yg lama ni dulu lah..

Dengan munculnya, tahun baru ini,banyaklah azam yg saya tanamkan untuk memperkembangkan perniaagan kami dan segala perancangan telah diaturkan. Agak sibuk juga terutamanya setiap kali menyertai exhibition . Masa & duit terbuang utk menyediakan promotion items yg menarik untuk pengunjung booth.


Friday, December 12, 2008

My Vacuum packaging Machine!!

Hari ni, vacuum packaging yang saya beli dari china dah sampai dengan barang2 bapa mentua saya. Saya pesan bapa mentua saya beli, oleh kerana dia boleh dikatakan tiap2 3 bulan sekali ke Guang Zhou untuk borong barang dia dari sana.. Saya pun ada suruh dia cari begging machine yg 8holes tu..Kat sana arnd 8k aje, itupun saya dapat info daripada kawan2 suami saya.Kalau tambang, taklah juga mahal..Tempoh sampai dalam masa 1bln saja.. Tapi kena pergi tempat/ part tertentu baru dpt.


Saya dah taste pun..happy sekali..rasa kerja saya akan lebih mudah dibuatnya.Mungkin lain kali, ada di antara rakan2 yg nak tumpang beli, boleh juga.. Kalau dlm kuantiti yg byk, rasa2nya boleh dia pergi awal sambil dia order stock brgnya yg baru..





Tuesday, December 9, 2008

Rasa Kecewa!!!

Kami dengan sukacitanya memaklumkan kepada semua, bermula January 2009 kami hanya membeli cendawan segar balik daripada yang membeli/mengambil beg media kami dengan harga belian balik RM 5.00 / KG.

Saya,bagi pihak syarikat ingin menyatakan rasa sangat kecewa dan hampa dengan hasil cendawan segar (tapi tak segar) yang dihantar kepada kami. Ini telah menyebabkan nama syarikat kami dan pelanggan kurang berminat untuk mengambil cendawan tersebut.Ini telah menyebabkan kami mengalami sedikit kerugian!!


*** Terms & Condition Apply ***

Thursday, December 4, 2008

Susulan SLDN

Semalam 2 orang pegawai SLDN datang melihat tempat latihan untuk bakal2 perantis yg ingin mendapatkan kemahiran di dalam industri tanaman cendawan ( Pertanian).
Tapi, untuk masa ini belum ada lagi program & aktiviti yang disediakan untuk para perantis selama 6 bln( Tahap 1) bagi tanaman cendawan.

So, kami disarankan untuk membuat program & aktiviti tersebut bagi tanaman cendawan supaya pada masa akan datang ia kan sentiasa digunakan dan dimasukkan di dalam bidang kemahiran di bawah Kod Pertanian/Perladangan di seluruh Malaysia.Dan bagi syarikat2 penanam cendawan yang berminat menyertai program ini dah tak susah2 lagi nak buat.. Terus saya hubungi Puan Normah untuk mendapatkan idea/informasi tentang perkara ini. Manalah tahu, persatuan cendawan boleh mnyumbang idea supaya ianya dimanfaatkan di Malaysia. And now, saya kenalah "peras otak" untuk menulis buku sendiri ni.. Setelah bukutersebut dah disediakan, barulah dapat ambil perantis.. Jadi penulis bukulah pulak yea..





Kepada rakan-rakan pengusaha, sumbangkan idea anda tentang akriviti / program/ujian yang boleh dibuat selama 6 bulan untuk perantis2 tersebut.
Dan cara program ini dijalankan ialah:
2 bulan Teori ( di institut latihan spt yg diaprvd oleh SLDN)
& 4bulan Praktikal ( di ladang).


New Set Cap!!

Berita baik untuk pengusaha2 cendawan!! Saya baru saja menerima sample set cap terbaru yang yg diberikan oleh syarikat B-Value Industry Sdn Bhd. Design yg diberikan begitu bagus walaupun ada perubahan pada tutup rehat nya saja.. Bagi mana2 yg nak menukar dan mencuba tutup rehat, boleh belikan tutup rehat yg baru ini kerana saiz yang dibuat adalah sama dgn saiz set cap yg sedia ada.

Saya dah cuba pada beg media, begitu senang sekali. Ini kerana, saya memang mengalami masalah agak lambat nak tutup mulut bongkah tu dgn tutup rehat yg sedia ada. Kekadang susah nak tutup disebabkan sedikit ketebalan plastik/pp kurang kemas pada leher tersebut. Dgn adanya kaedah seperti, kerja lebih pantas sekali dengan menarik tutup rehat tersebut.Saya rasa, set yg ni lebih tebal daripada biasa yg saya gunakan.

Necknya pula, ada 2 warna..Putih dan hitam. Mgkn anda suka yg warna putih.. So, bolehlah meneropong dari luar benih tu ok ke tak..he..he..


Siap dgn Company logo/mark lagi tu..


Jalan-jalan Cari Ilmu!!

Selama seminggu kat KL, saya tak nak sia-siakan masa dgn shoping aje.. Saya mesti mengunjung salah satu farm kat sana, baru hati saya rasa lega..

Firstly, saya nak ke Farm En.Nabil, tapi tak sempat pula.Kebetulan waktu saya free en.Nabil tak ada kat sana. But anyway, seronok dpat berbual-bual dgn beliau dan dialah org pertama yg tegur saya kat seminar tu, walaupun tak pernah bersua muka.. Cuma kenal melauli Cyber sahaja..Tapi saya dapat info daripada beliau, yang rombongan daripada Jabatan Pertanian Sarawak nak buat kunjungan ke ladang beliau pada 18/12 ni..
Harap2 mereka, dapat memperjuangkan industri ini nanti..

Tapi niat saya tak sia-sia, dapat juga ke farm salah seorang yg memang dah berpuluh-puluh tahun dlm industri ni. .Sebelum ke seminar, memang dah pun chat kat phone dgn beliau. Tapi tak sangka dpt ,menjejak kan kaki di ladang beliau..Kalau org lama, biasanya susah nak bergaul dgn org baru kan..

Saya amat berpuas hati dgn layanan yang beliau berikan. Yang uniknya, mesin yg beliau gunakan semua direka olehnya sendiri. Ish..ish..kreatif betul yea.. Mgkn anda memang beliau kalau saya letak gambarnya kat sini, tapi dia tak nak publisiti.. "Asalkan pelanggan berpuas hati dgn produk dan servis yang diberikan memang pelanggan akan tetap cari kita" katanya..
Dalam kunjungan tersebut, saya tak lepaskan untuk membeli benih daripada beliau. Sekali pandang, benih tersebut memang mempunyai kualitinya sendiri berbanding dengan benih yg saya gunakan sebelum ini. Amat berpuas hatilah!!! Walaupun belum suntik & tgk hasilnya, tapi dgn melihat paket benih tersebut kita dah nampaknya perbezaanya dan ITULAH YANG SAYA NAK!! Nampak sekali, kaki cendawan tersebut berjalan dgn baik,aktif dan kemas!! Kita perlu tahu untuk menilai sesuatu yg bagus seperti benih cendawan utk mendapatkan hasil yang memuaskan!!!


Benih yang biasa 250grm, hanya menyuntik dlm -/+ 30pkt, tapi daripada beliau yg dah lama ni, benihnya mampu menyuntik dalam -/+60 pkt. Memang logik, sekiranya benih tersebut sgt aktif. Kalau ianya dihasilkan dari baka yg bagus dan aktif, sudah tentunya walaupun setitik dah memadai..

Kalau nak cuba & order boleh hubungi beliau - 016- 313 5977

Masih byk lagi, gambar ni hanya sebahagian sahaja..

Pekerja pun, kena tutup kepala..Adalah tujuannya..


Susunan beg media dan rak yg tegap & kemas



Eh..enapa beliau buat begini?? Itulah yg saya tanya kat dia. Beliau juga tak terlepas dr serangan tikus.Ini kerana kwsn beliau byk pokok dan tumbuh-tumbuhan..Bila tikus nak buka tutudung tu makan gandum, ia akan tergelincir.. Padan Muka tikus!!!


Steamer yg beliau gunakan.

Malaysian Mushroom Conference & Foray 2008 (MMCF)

Baru-baru ini, saya menyertai seminar MMCF 2008 di UM yang berlangsung selama 3 hari. Kata pengerusi MMCF, Dr.Viki, Sambutan dan para peserta yang datang pada hari tersebut di luar jangkaan.
Peserta dari Sarawak yang datang tak ramai, mungkin bnayak juga yang tak tahu wujudnya persatuan cendawan di Malaysia. Ada juga yang dari Brunei.. Tapi tak sempat nak tanya nama dia..
Program2 seperti ini memang patut diadakan at least 2thn sekali, supaya minda kita lebih terbuka dan dapat share tentang teknologi2 dan penemuan (R&D) terkini di dalam industri penanaman cendawan.Nampaknya program ini berjalan dengan lancar sekali, dan yang best sekali para pengusaha, researcher dan byk2 lagi syarikat dapat berkenalan dan dapat mewujudkan "bussiness networking" di antara satu sama lain. Tapi sayang hari tu, lupa lah bawa name card!!!
Antara suasana yang sempat dirakamkan:

Encik Akmal ( Cendawan Blues )


En.Nabil (Nas AgroFarm) En.Bobby (Damansara M'room)







En.Nabil,Pn Lina(Cima Agro)


Pakar2 Cendawan Sate Cendawan


Statistik Penanam Cendawan Sedapnya.. Berasaskan C'dwn Jeli Hitam


Puan Rosnina( Dtg dr Aceh menuntut ilmu di UM)


C'dwn yg dibuat "Cross brdg"