Wednesday, February 27, 2008

Kursus Penanaman Cendawan

*** Tempat dan tarikh akan dismskan kemudian. ***

Tuesday, February 26, 2008

Mushroom Cultivation Course-Lebih Hangat Dari Biasa!!

Pada 19/2 saya telah menyertai satu kursus yang dianjurkan oleh Borneo Agrotech Sdn Bhd.

Sambutan Yang begitu hangat sekali. Seramai 40 lebih peserta telah hadir di Kuching. Kalau kat Bintulu & Sarikei saya tak pasti pula. Kata penganjur tu juga, kat sana lebih ramai lagi dari peserta dari Kuching.. Memang Hangat Dari Biasa!! Speakernya pula orang kuat dalam cendawan iaitu En.Kadir. Dah 20 thn lebih dia meneroka bidang ni. Beliau sungguh berpengalaman.

Saya amat gembira sekali,kerana kini saya tak keseorangan lagi. Malah saya sempat berkongsi banyak maklumat dengan rakan2 yang baru sahaja mencuba bidang ini. Semoga rakan2 baru berusaha dan bersama-sama memajukan cendawan kat Sarawak. Yang paling bestnya..sempat juga saya buat Marketing dan juga ditubuhkan satu Persatuan Cendawan Di Sarawak. Saya Merangkul Setiausahanya.. Semoga Terus Berjaya.

Kat bawah ni saya sertakan beberapa gambar sempena kursus tu dijalankan..

Sesi Pendaftaran Para Peserta

Para peserta diberi percubaan untuk menghasilkan bongkah sendiri


Kenapa dengan si abang ni?? marah ke ??

Ini saya dan mdm Thian..Bakal pengusaha cendawan. Same area..Serian

Seramai 43 orang peserta pada kursus tersebut
Kacaknya awek-awek tok.. Semoga mereka turut berjaya juga..
Inilah cert.yang diberikan. Terima Kasih Borneo Agrotech.
Pada masa akan datang, saya juga akan menganjurkan Kursus Menaman Cendawan Kat Kuching.. Kepada orang Kuching, kami ready to share the opportunity in Mushroom Cultivation Bussiness... Thanks 2 all..

Saturday, February 16, 2008

Pearl

Photobucket Album

Bumiputera Berjaya.

Oleh FARAH DIBA JAMALUDDIN

Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan.

SEJAK lima dekad lalu, organisma kecil seperti kulapuk cendawan, yis dan kulat memberi sumbangan yang besar dalam dunia perubatan.
Antibiotik pertama sendiri terdiri daripada ekstrak kulat. Ubat penicillin, tetracylene dan auremycin terhasil daripada kulapuk cendawan.
Organisma ini turut digunakan untuk mengkomersialkan produk seperti roti, bir, keju asid organik dan vitamin C.
Pil vitamin C yang anda ambil selama ini juga berasal daripada ekstrak sejenis kulapuk cendawan. Ini adalah antara khasiatnya oyang tidak diketahui ramai.
Cendawan hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan. Mengapa? Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral, tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan.


CENDAWAN tiram kelabu boleh dipelbagaikan dalam hidangan.
Lantaran itu, tidak hairanlah cendawan yang popular dalam kuisin masyarakat Cina kini sudah menghiasi kulinari dunia. Di Malaysia populariti cendawan melonjak kerana permintaannya yang tinggi.
Hari ini terdapat pelbagai jenis cendawan di pasaran. Salah satu yang semakin popular ialah cendawan tiram kelabu.
Tetapi tahukah anda, cendawan tiram kelabu alah kepada bau-bauan dan asap seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya?

Malah tanaman tersebut juga memerlukan kelembapan suhu sekitar 28 darjah Celsius pada waktu siang dan 25 hingga 26 darjah Celsius pada waktu malam.
Berbeza dengan tumbuhan lain yang memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk melakukan proses fotosintesis, cendawan memerlukan 90 peratus kegelapan bilik dan berkeadaan tertutup untuk ia membiak dengan sihat.
Salah seorang pengusaha tanaman cendawan tiram kelabu di negeri Terengganu, Wan Hassan Wan Nawang, 48, memberitahu tanaman cendawan memerlukan kelembapan yang mencukupi untuk pertumbuhannya dan tidak memerlukan penjagaan yang sukar.
"Bagi memastikan tumbuhan itu mendapat kelembapan yang secukupnya saya telah membina rumah cendawan yang dikenali sebagai green house atau rumah hijau.
"Rumah hijau itu diperbuat daripada daun nipah yang dijadikan atap dan dinding yang berupaya memberi kelembapan secara semula jadi.
"Selain itu, pekerja-pekerja saya akan menyiram air ke atas lantai sebanyak dua kali sehari bagi melembapkan suhu di dalam rumah hijau itu pada waktu pagi dan tengah hari," katanya ketika ditemui di rumah cendawan miliknya yang terletak di Kampung Bukit Jong, Tepoh, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.
Wan Hassan yang dibantu anak lelaki sulungnya, Wan Hafizi Wan Hassan, 24, mengusahakan projek tanaman tersebut sejak Oktober tahun lalu bersama 20 pekerja lain.


KERJA-KERJA memasukkan penutup dilakukan secara manual bagi memastikan silinder serbuk kayu mampat dan kemas.

Bekerja di rumah cendawan Wan Hassan, beliau mempunyai pantang larang tambahan yang mungkin kedengarannya agak pelik.

Jika di tempat kerja lain, memakai pewangi digalakkan semasa bertugas tetapi di rumah hijau cendawan Wan Hassan mengharamkan pekerja-pekerjanya daripada merokok dan memakai bau-bauan.

Peraturan itu penting bagi mengelakkan implikasi yang tidak diingini kepada tumbuhan itu kerana ia amat sensitif kepada unsur-unsur tersebut.

"Cendawan tidak boleh terdedah dengan asap atau bau-bauan yang terlalu kuat. Ini akan menjejaskan pertumbuhan dan kualitinya. Saya amat menitikberatkan mutu produk yang dihasilkan," katanya.

Wan Hassan sekarang memiliki tiga buah rumah cendawan seluas 20 x 80 kaki setiap satu. Ia berupaya memuatkan 30,000 bongkah kayu cendawan pada satu-satu masa.

Lelaki ini memulakan projek tanaman itu setelah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan Jabatan Pertanian Muar, Johor yang banyak memberi bimbingan dan nasihat kepadanya tentang projek tanaman itu.

Sebelum cendawan mengeluarkan hasilnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat bongkah yang merupakan tempat di mana tumbuhan itu akan dibiakkan.

Kerja-kerja membuat bongkah dilakukan oleh lapan orang pekerja Wan Hassan yang bermula daripada memasukkan habuk kayu getah atau dedak padi halus yang dicampurkan dengan kapur pertanian ke dalam mesin adunan khas sehingga sebati.

WAN HASSAN WAN NANG menunjukkan rumah cendawan yang menggunakan daun nipah untuk memastikan suhu dingin.
Wan Hassan berkata, adunan tersebut akan dimasukkan ke dalam bungkusan plastik yang disediakan dengan anggaran berat satu kilogram bagi setiap satu bungkus bongkah.
"Kemudian, bongkah-bongkah tersebut akan ditutup dengan penutup khas agar ia tidak dicemari bakteria-bakteria dari persekitaran luar.
"Bongkah-bongkah kayu tersebut perlu berada dalam keadaan sederhana lembap yang terdiri daripada campuran air bagi menggalakkan pertumbuhan cendawan," katanya.
Setiap hari sebanyak 1,000 unit bongkah dapat dihasilkan sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengewap bagi menghapuskan bakteria yang terdapat pada bongkah-bongkah tersebut.
"Mesin pengewap itu mampu mensterilkan 1,000 unit bongkah kayu sehari untuk tempoh lapan jam sebelum ia dibiarkan selama 48 jam di luar.
"Selepas tamat tempoh tersebut, bongkah-bongkah kayu itu akan diberi suntikan benih dengan anggaran satu sudu besar benih cendawan kulat tiram kelabu melalui penutup khas yang akan dibuka seketika untuk tujuan itu," katanya.
Jelas beliau yang memperoleh benih cendawan dari Johor dan Selangor, kerja-kerja suntikan itu akan dilakukan oleh seorang pekerja mahir.
"Ini kerana kerja-kerja suntikan adalah tugasan yang paling penting dan perlu dijaga rapi kerana pada peringkat ini aspek kebersihan amat dititikberatkan dan kecuaiannya boleh menyebabkan penghasilan benih yang kurang baik.
"Oleh itu, pekerja tersebut perlu sentiasa berkeadaan bersih dan memakai uniform khas. Sekiranya dia keluar dari bilik suntikan itu, dia dikehendaki memakai pakaian lain. Bilik suntikan juga perlu bersih," katanya yang mengakui proses menjaga cendawan bagaikan menatang minyak yang penuh.
Kemudiannya, setelah selesai tugasan menyuntik itu, cendawan-cendawan itu akan dibawa masuk ke dalam rumah hijau dan diletakkan di atas rak-rak yang ditetapkan. Seorang pekerja akan mencatat rekod seperti tarikh masuk dan tempoh bila ia akan dibuka.
Cendawan kulat tiram kelabu akan mengeluarkan hasilnya yang pertama pada hari ke-50 dan ke-60 iaitu apabila penutupnya boleh dibuka dan hasilnya dapat dipungut.
Seterusnya, penutup tersebut akan ditutup semula dalam tempoh seminggu sebelum ia dibuka semula bagi mendapatkan hasil yang seterusnya.
Kosmo 12/Feb/2008

Lamanya tak update..

Lamanya saya tak update blog ni, busy nak celebrate Gong Xi Fa Cai..Nampaknya CNY dah berlalu, so sekarang nak lebih rajim lagi buat kerja kat ladang cendawan tu, Tahun ni kan tahun tikus.. Tahun Cari Makan..






Cendawan Pula Bagaimana??

Bongkah cendawan yang saya sendiri hasilkan, semuanya baik2 belaka. Cuma ada yang terkena penyakit hijau. Untuk mengelakkannya mereka, saya terus buang jauh bongkah tu. 14/2/08 (Valentine Day), genaplah bongkah tu 60 hari. So,saya dah korek dan tutup semula dan buka seminggu kemudian.. Harap2 semuanya ada mengeluarkan hasil. Tapi macam agaknya ye?? Baru first time buat, tengoklah dulu..

Bongkah ni disuntik 24/1 & 29/1. Tapi dia punya maisillium agak sama kan..Adakah disebabkan EM?? Oh Tidak.., saya belum lagi menggunakan EM..Teringin juga nak cuba..

Kuching x Ada Barang Tok.. Lelah dah aku mencari pusing pasar Kuching, nang x ada dijual pun!! Alahai...
Hygdrometer yang diorder dari Maya Crops.. DIJAMIN SAMPAI ESOK!! Memeng betul pun. Monday dia hantar, selasa dah sampai.. Terima kasih Maya Crops..

Monday, January 28, 2008

Cendawan Kat kampung..

Sama besar muka saya tak?? He..he..
Si manja saya, siap berposing dengan cendawan tu..
Inilah hasilnya.. Besar tak!!

Setelah balik dari KL, saya terus balik kampung. Cos mak saya call bongkah cendawan yang saya order dari Lanchini dah ada keluar,so saya nak tengok sendiri macam mana hasilnya..

Lawatan Ke Rantau Agrotech Farm

Setelah melawat farm ni, banyak pengetahuan yang saya dapat.Seronok sangat tengok cendawan tu keluar!!Yang paling bestnya, saya dapat makan cendawan goreng ketika dalam perjalanan ke farm ni. Pertama kali makan tau.. Kat Kuching ni mana ada jual...
Pekerja RASE tengah mengutip cendawan

Kat bawah ni pula, Mr.Goh tengah memotong akar cendawan yang telah di kutip.


Siapa Ni?? Staff baru RASE ke?? Jgn tak percaya!! Bongkah RASE mampu mengeluarkan hasil sehingga 15 kali!!! Seperti gambar di bawah,bongkah masih rancak berbunga...Apa rahsia mereka??? Tanya mereka..



Pekerja RASE tengah buat proses bagging..Rajin mereka..

Pada hari Ahad pula,20/01/08,setelah turun dari Genting, saya menetap satu malam di Bukit Bintang. Itu memang tempat favaourite saya. Sempat pula kami cuci mata tengok artis tengah shooting ..Selepas check-in, kami guna teksi sampai KL Sentral. Nasib baik abang saya sudi menunggu kat situ dan dia tunjukkan bas yang mana satu sampai Negeri Sembilan. Kalu tempat ni, memang saya belum pergi pun.Tak ade banyak sangat tempat menarik untuk dikunjungi. Kami berdua ni,memang kaji jalan..He..he.. Maklumlah,jauh perjalanan luas pemandangan.
Selama 45 minit di dalam bas, tibalah di Negeri Sembilan Terminal.Pada awalnya, kami nak guna teksi pergi RASE. Tapi, kami takut sesat dan kena tipu pula..Bahayalah sekarangkan..Macam2 boleh berlaku.Sebelum tu,saya memang dah inform mereka yang saya akan datang. Tapi last minute, cos saya nak ikut suami pun las minute juga.. Nasib baiklah, Mr.Goh sudi pick kami dari terminal. Jauh juga dia datang dari farm ke terminal 2..kesian dia..Walaumacam manapun, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Mr.Goh dan rakan2nya. Terima Kasih.. Kalau datang Kuching, jangan tak contact kami.. Thank q so much!!

Cuti2 Malaysia


Lamanya saya tak update blog ni, agak sibuk kebelakangan ni..
Pada Jumaat lepas, saya jalan2 makan angin di Genting Highland. Kekadang pergi sana pun tak ada barang nak dibuat, melainkan berhibur kat Casino..Maklumlah dulu saya memang belajar kat Kolej Antarabangsa Genting sana..Ha..ha.. dalam masa tu,sempat juga kami turun ke ladang cendawan yang ada kat sana. Tapi malangnya, ladang cendawan tu tak seindah yang dulu.Boleh dikatakan tidak ada cendawan lagi kat sana.So,kami hanya duduk makan kat restaurant cendawan tu aje..Saya tak ada ambil gambar cos terlupa bawa camera..

Tuesday, January 8, 2008

Penyakit Cendawan

Pada bulan yang lepas saya telah memproses sebanyak 533 bongkah cendawan. Selepas 2 minggu benih disuntik saya membuat pemantauan terhadap bongkah2 tersebut. Terdapat beberapa bongkah mengalami sedikit masalah iaitu sebanyak 22 bongkah.Untuk mengelakkanya daripada merebak,so saya megasingkan bongkah2 tersebut.Nampaknya saya agak panik sedikit, apa agaknya punca dia boleh jadi begitu.Terus saya bertanya daripada Sifu saya encik Zamlan dan Enc.Azhari. Nasib baik mereka ni yang slalu membantu saya.
Antara sebab / masalahnya ialah:
- berkemungkinan jangkitan kuman terhadap benih ketika proses penyuntikan benih dibuat
- Benih yang disuntik disimpan terlalu lama/tua
- Habuk kayu yang digunakan sudah terlalu lama
- Disebabkan kukusan yang tak mencukupi


Ini adalah tanda2 awal untuk menguji kesabaran saya untuk terus memajukan projek penanaman cendawan ni.Saya akan meningkatkan lagi dari segi kebersihan dan juga kawalan ke atas serangga perosak.


Pergerakan Maisillium


Nampaknya pergerakan maisillium ni tak berapa pekat seperti yang saya tengok kat pengusaha2 lain punya blog. Kenapa boleh mcm ni ye..? Ada yang tak rata dan agak slow. Gambar ni diambil setelah bongkah berusia 20 hari.
Tunggu dan lihat macam mana dulu..

Kepadatan Bongkah
Kepadatan bongkah mampu mempengaruhi pergerakan maisillium. Kalau dulu first buat, bongkah saya kurang padat dan agak lembik.Ada juga yang terlebih air. Second batch ni,saya lebih berhati-hati.Proses bagging tu,siap saya timbangkan.Anggaran berat yang sesuai untuk sesuatu bongkah ialah 800-850gram.
Seperti gambar diatas,terdapat banyak air disebabkan bahagian neck tak ditarik kuat dan agak longgar menyebabkan air kukus terkondesasi kat situ.
Tambahan pula bongkah tu tak cukup padat.

Kali ni,bongkah tu nampak lebih bertenaga tak lembik macam dulu. Proses bagging kali ni,saya timbang untuk mendapatkan berat bongkah yang ideal.Tapi agak slow main timbang2 ni. Bagi yang dah expert,tak payahlah nak timbang,u akan dapat agak berat bongkah tu berapa gram.Betul tak?

Monday, December 31, 2007

Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.
Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.
Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.
Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.
Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.
Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.
‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.
‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.
Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.
‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.
‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.
Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.
‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.
Source : Utusan Online (26 Disember 2007)

Saturday, December 29, 2007

Bongkah cendawan saya..

Ini pula 16 bongkah cendawan yang saya order dari Chini agro.Buat sementara ni,saya kat Kuching. Kat kampung kakak saya yang tolong saya tengokkan. Dia baru je dapat posting ke sekolah kawasan kampung saya tu.Bagusla..dia la yang saya lantik jadi pengurus operasi..he..he.. Semalam dia call saya,26/12/07. Bongkah cendawan ni dah mengeluarkan hasil yang pertama. Gembiranya saya.. Saya suruh dia ambik gambar untuk update kat blog ni. Saya tak sabar nak balik kampung tengok ni..Next wk baru saya balik..



Selepas 3 hari disuntik, dah nampak dia punya maisillium tu..




Inilah jumlah 500 lebih media yang telah disiapkan dalam masa 4hari. Nampaknya untuk permulaan ni, proses agak slow. Saya pun hanya gunakan newspaper untuk tutup bongkah ni. Cos hari tu, tak order lengkap barangan tu. Tapi saya dah pun buat order untuk 2500 set penutup. Bln satu baru stok sampai.
Ha..perasan tak dalam rumah cendawan ni, lm lagi dibuat rak. Mana taknya,ayah saya selau je sibuk ambik kontrak buat rumah org. Dia contractor kat kampung saya ni. Semua berebut-rebut nakkan dia buat rumah .
Start next year saya set target, nak lengkapkan semua dari segi peralatan dan juga menyiapkan sepenuhnya bangsal tu..

Wednesday, December 19, 2007

Proses Cendawan Akhirnya Bermula..

Hampir seminggu lebih,saya menghabiskan masa di kampung untuk memulakan proses penanaman cendawan ni. Letih juga ye, terutamanya ketika proses menggaul media tu.. untuk starting ni,saya gunakan cara manual. Saya dah pun plan target nak beli mesin penggaul. Tak la penat lain kali, lagipun jimat masa...tapi tak tahu lagi berapa harga mesin tu??...
Setiap hari saya hanya membancuh 50:5:0.5 campuran media. Saya terhadkan kepada nisbah ni kerana saya hanya menggunakan satu tong drum saja untuk buat kukusan.. So, nisbah ni saya dapat hasilkan antara 100-130 bongkah media.. Terlalu banyak ke tu??Kepada rakan-rakan pengusaha yang lain, diharapkan dapat memberi sedikit komen dan ajaran kepada saya. Oleh kerana ini pertama kali saya buat, so saya tak berapa confident sangat. Bagi saya, lain-lain proses tak la susah sangat. Dalam masa 4 hari, saya dapat menghasilkan 500 lebih bongkah cendawan. Saya dibantu oleh ayah,emak dan kakak saya.. Kat bawah ni saya attachedkan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca..


Ini lah akak,ibu dan ayah yang sentiasa membantu saya . Tengah buat proses bagging.Saya pula tukang ambik gambar..

Tong drum yang saya gunakan untuk kukusan. Boleh memuatkan 100-130 bongkah cendawan.

Ini adalah bongkah yang telah dikukus dan dibiarkan sejuk untuk 2hari 1malam.

Rumah Cendawan Saya

Nampaknya bangsal cendawan ni belum begitu lengkap. Tambahan pula jaringnya agak jarang juga kerna hari tu saya tersalah beli netting tu. Saya beli yang 50% ,sepatutnya guna yang 70% punya.. Saya akan perbaiki lagi. Gambar dalam bangsal pula saya tak ada ambik cos blm berapa complete.. nanti kalau dah ok semuanya,saya akan sertakan beberapa gambar.