Sunday, April 17, 2011

Aktiviti di Betong & Pusa

Pada bulan April ni, memang terasa bahang kesibukan pada diri saya di dalam industri tanaman cendawan. Ini kerana, memandangkan Syarikat kami merupakan salah satu Syarikat yang paling dikenali dan mempunyai comittment yang tinggi untuk mengembangkan lagi industri ini di Sarawak.

Apa yang saya dapat rumuskan,  di kedua-dua tempat ini adalah mempunyai peluang pasaran amat baik sekali.

Antara aktiviti-aktiviti yang kami lalui:

1) Kursus Penanaman Cendawan di Kolej Komuniti Betong - 8 & 9 April

Kopitiam yang menjadi tempat "last choice" untuk i breakfast. 80% yang kelihatan adalah warga2 tua..
I love Mushroom..
Ini adalah peserta2 kursus untuk 1st Batch.

 2 ) Kursus Penanaman Cendawan di Pusa di bawah Kolej Komuniti Betong - 10 & 11 April

Kursus di Pusa amat berbeza sekali dan saya agak terperanjat apabila sampai di area sana. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, saya tetap berasa gembira dapat berkongsi pengalaman dan teknologi serta info-info di dalam industri ini..
Jalan yang agak sempit serta penuh kehijauan
Inilah tempat di mana kursus itu diadakan..
Serba Kekurangan..Hanya kerusi..tiada meja (lupa bawa)


 Peserta diajar teknik2 penyediaan beg media yang berkualiti
Bersama peserta Kursus dari Pekan Pusa
Beberapa gambar yang sempat saya rakamkan ketika 2 hari berada di sana.
 
 



Ini adalah "satu tarikan" utama bagi saya ketika berada di pekan yang kecil ini..Tak pernah terlintas langsung di dalam fikiran saya yang pekan kecil ini mempunyai lebih kurang 100 rumah burung walit dan yang paling bestnya..berbagai-bagai bentuk.. Ini antara rumah burung yang sempat saya rakamkan.
 Sungguh menarik sekali!!




Wednesday, April 6, 2011

Kursus Asas Penanaman Cendawan

Tarikh Kursus Untuk Bulan April

2 & 3 April - Kursus Modul I - Anjuran Kolej Komuniti Mas Gading,Bau


Kursus Asas Penanaman Cendawan -Modul I & II - Anjuran Kolej Komuniti Betong
8 & 9 April - Di Betong
10 & 11 April - Di Pusak
14 & 15 April - Di Sri Aman (ditunda untill further notice)

Pendaftaran terbuka untuk semua..Kepada sesiapa yang berminat ,sila hubungi mana2 Kolej Komuniti yang terdekat dengan anda..

Terima Kasih.

Monday, April 4, 2011

Malaysian Mushroom Research Association AGM 2011-2012

Pada 27/03/11 , saya telah menghadiri AGM 2011-2012 di Agrotek Garden Resort, Kampung Sungai Semungkis Batu 14 1/2, Ulu Langat 43100 Selangor Darul Ehsan.Saya adalah juga merupakan wakil tunggal dari Sarawak & Sabah ( Kepulauan Borneo) yang hadir untuk Mesyuarat tahunan ini.

Menghadiri seminar/meeting seperti ini adalah saat yang begitu manis sekali di mana saya dapat bersemuka dengan growers2 otai di Malaysia & juga bertukar-tukar pendapat, berkongsi pengetahuan , pengalaman dan banyak lagi.

Topik Seminar kali ini adalah :

1. Mengawal Serangga Perosak Melalui Kaedah " Natural Farming" oleh Puan Norliza Husin Jabatan Pertanian Putrajaya
2. Akreditasi SALM Dan SOM Dalam Industri Cendawan oleh Puan Siti Saudah Jabatan Pertanian
3. Kaedah Penanaman Cendawan Jerami oleh Puan Norhasyima Hashim Modern Farmer Agro Resources"
Putrajaya


Selain itu kami juga diperkenalkan dengan kaedah baru (peralatan) untuk mengukus beg media menggantikan PP.Satu transformasi yang sangat baik sekali. Semoga Industri Cendawan Di Malaysia bertambah maju!! Wish all the best...
Peserta2 Seminar
Semuanya 'otai-otai'

Cendawan Seri pagi yang berpotensi dikomersilkan .

Cara Pembungkusan yang kemas untuk Cendawan Seri Pagi
Kelihatan Beg Media besar iaitu beg media yang menggunakan jerami padi sebagai medianya.
Cendawan Seri Pagi ( bereseri-seri & menarik )

** Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli persatuan,amatlah dialu-alukan dan tidak semestinya yang menyertai persatuan ini adalah penanam cendawan**

Sunday, March 20, 2011

Sijil Kursus

Pengumunan

Kepada peserta-peserta Kursus Cendawan Modul I - 12 & 13 Februari 2011, sijil kursus telah pun dikeluarkan. Dan anda diminta datang ke Ladang Mayang Agrotech untuk collection atau hubungi saya -
016 884 8581

Senarai Nama Yang Belum Collect :

  1. Merina Ak Ngaran
  2. Victoria Joseph
  3. Elizabeth Jinoi
  4. Bong Quat Chung
  5. Malvin Ak Jambong
  6. Donatius Anthony
  7. Zainal Abiddin Bin Sulaiman
  8. Awg Umar B.Awg Bojet
  9. Gani Ak Jonek
  10. Broster Ak Patrick
  11. Sufia Bt Ibrahim
  12. Christopher Charles
Tuntut lah Sijil Anda.
Terima Kasih...

Kursus Penanaman Cendawan

Tarikh Kursus Akan Datang : 
1) Anjuran Kolej Komuniti Mas Gading, Bau 
    ( Modul I - Kursus Asas Penjagaan Beg media Berbenih & Pengurusan Rumah Cendawan )  
    Tarikh : 2 & 3 April 2011

 
                            Maklumat Kursus 
Tempat : Ladang Mayang Agrotech ( untuk Kuching area )
Tarikh / Masa : Hujung Minggu ( atas permintaan & min 20 org/kumpulan)
Yuran : RM 1 / jam ( No food & drink provided )

** pendaftaran>> boleh mengisi borang yang disediakan atau hubungi kami di talian 016-884 8581

 
** Dibuka untuk orang ramai tak kira umur dan bangsa **

Wednesday, March 16, 2011

Kursus Penanaman Cendawan Modul I

Kursus ini telah diadakan pada 12 & 13 February dan merupakan kumpulan pertama untuk tahun 2011 dibawah anjuran Kolej Komuniti Mas Gading ,Bau.
Ucapan dari Sri Kaya Consultant

1st Batch -Modul II

The New look for Year 2011






Name card ,New look!







Trade Mark " Lady Mushroom " untuk Cendawan Goreng kami yang Ranggup & Enak!

Monday, March 1, 2010

Sunday, February 28, 2010

Salam 2010 & anak Syarikat baru..

Bersama Rakan Kongsi & Pegawai Mardi,Sarawak.




Tempat Baru tengah upgrade bhgn luar bagi proses penghasilan.

Bahagian dalm bgn hanya mampu menempatkan 12,000 beg/batch.

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2010..
Apakah azam baru anda semua?? Yang pastinya semua nak murah2kan rezeki & sentiasa bahagia serta sihat walafiat.
Saya bagi pihak Mayang Agrotech memohon maaf kepada pengunjung2 blog ini kerna agak lama menyepi dan tak menyediakan cerita2 panas & terbaru..

Tahun baru>???? emmm..tahun ni Mayang telah menubuhkan satu lagi anak syarikat iaitu
L & L Mayang Agrotech Enterprise. Nama ni agak pelik kan?? pasti ada yang tertanya-tanya.. Kenapa lain semacam jea nama syarikat ni??.. Syarikat ini kami telah daftarkan pada November 2009 yang berlamat di Lorong Batu Kawa 3. Bagi orang2 Kuching pasti tahu area tersebut.

Syarikat ini ditubuhkan khas untuk pemprosesan beg media cendawan dankini dalam proses upgrading bagi tujuan penghasilan secara kecil-kecilan dan kami masih lagi mencari tempat yang sesuai bagi penghasilan cendawan segar secara besar-besaran..
Baru2 ini pihak MARDI juga telah melawat tempat kami..Dan cadangan Pegawai Mardi -En.Mohd Alba ialah..walaupun ruang yang kami sewa RM1,400/mth ini agak kecil..tapi sudah memadai juga dijadikan sebagi tempat lawatan, pameran & juga trainin centre untuk penanaman cendawan. Mereka juga akan sama2 tolong promote tempat tersebut.

Sekian....

Wednesday, July 8, 2009

IAT 2009 - 25-28 june2009

Baru2 ni , syarikat kami menyertai satu expo IAT 2009 bertempat di Kuching Waterfront. Sambutan yang begitu hangat..

Tepung Cendawan goreng yang mendapat sambutan hangat di kalangan para pengunjung sehinggakan staff saya yang pakai kasut bertumit tinggi terpaksa berkaki ayam.



Sedap.. cubalah rasa resipi yang enak dari Mayang Agrotech.

Bersama pengusaha2 cendawan di Kuching: Ady, Yusry (Cendwn Ladong & Cendawan PJ)

Bersama Pegawai Mardi Kuching & Serdang KL ( Encik Hassan & En.Yaseer)

Monday, June 29, 2009

Projek Bersama Persatuan Orang2 Buta Negeri Sarawak.

Dengan kaedah merasa dengan tangan..






Saya berasa gembira kerana dapat juga menolong orang2 istimewa walaupun sekadar dengan ajaran di dalam industri penanaman cendawan. Ini adalah salah satu aktiviti baru yang diberikan kepada mereka di dalam tempoh latihan mereka di Pusat ini. Semanagt yang ditunjukan sangat mengharukan saya..

Kunjungan Mushroom Growers dari Sabah..


Dalam Pejabat Mayang Agrotech


Tauke & Tauke Niur..

Ini adalah rakan mushroom growers yang saya jumpa dan kenali ketika menghadiri kurus Tisu Kultur di UM.. memang saya tak sangka yang meeka kan datang.. Tapi saya tak sempat bawa mereka ke ladang saya.. cukuplah sekadar ke rumah pemprosesan yg di Kuching & melihat makmal benih Nas Mayang Biotech yang dah beroperasi pada June ni..

Terima kasih kerana sudi datang..

Lain kali saya pula nak ke Sabah...

Kunjungan Institut CECE



Surat yang i terima daripada mereka. Jangan Salah faham yea.. Mayang Tea plantation bkn under kami yea.. he.hee

Attention To : Mr. Eric
Mayang Tea Sdn Bhd

Visit to Mayang Tea Plantation and Mushroom Plantation

With reference to our conversation pertaining to the above, I wish to confirm that our institute wish to organize a visit to your plantation.

For your information, Institut CECE is an institute conducts courses in early childhood education and community education.

Please observe the details of the visit as stated below:

Date : 5th June 2009 (Friday)
Arrival Time : 10:00am
No of visitors : Ten (12)
Purpose of visit : Social Studies Project

We thank you for your kind consideration and arrangement and hope to meet up with you to express our gratitude during our visit.

Best Regards

Yap Kooi Siam
Programme Coordinator

Pengumuman!!!!

Kepada pelanggan yang dihormati..
Pada 26/06/09 , saya telah kehilangan 2 biji Handphone.. Dan secara langsungnya semua customers/conatact list hilang juga.. So, perkenalkan diri anda apabila menghubungi saya.
Terima KAsih..
Hotline: 016-884 8581 / 013-571 0089

Pameran Hari BUlan Teknologi 2009( 9/06/09) -Mardi Sarawak

Baru2 ini ,syarikat kami menyertai satu ekspo yang dinajurkan oleh Mardi Negeri Sarawak sempena Bulan Teknologi 2009...yang dirasmikan Oleh Datuk Rohani KArim. Suasana pada hari tu sanagt panas dan ditambahkan lagi dgn "kepanasan" booth kami..

Rakan2 ushawan disekeliling pun asyik memerhati booth kami yang sentiasa dikunjungi dan tak putus pengunjung nya.. Semuanya berjalan dgn lancar.



Cendawan PJ yang turut membnatu & numpang promote.. hee.hee..



D'Zary Agrofarm pun meluangkan masa berkunjung ke booth kami.