Sunday, July 13, 2008

Perkembangan Kami..

Pertama sekali,kami dari Mayang Agrotech ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan2 pengusaha cendawan yang telah banyak membantu dan sharing pengalaman mereka dengan kami untuk berjalan lebih jauh di dalam industri cendawan.

Disini, saya ingin share serba sedikit tentang syarikat kami untuk tatapan pengunjung2 blog kami. Kini Mayang Agrotech telah mengorak satu lagi langkah iaitu JV dengan seorang pengusaha cendawan(Mr.Peter) yang telah 13thn melibatkan diri di dalam industri ini. Setelah kami become partner, banyak pengalaman baru yang saya pelajari dan sudah tentunya saya rasa bertuah..cos bukannya senang nak dapat ilmu cendawan ini..

Kini,Mayang Agrotech lebih kepada Marketing & paper work dan segala pengurusan di ladang diuruskan oleh beliau dan kekadang tu saya pun di ladang untuk memantau apa yang perlu. Bagi saya jadi Bussiness partner agak bagus juga yea..Tapi pandai2lah..

Apa lagi yea..tak pandai sangat lah nak berceloteh ni..

Terbaru tentang kami:
  • Dalam proses memohon Sijil Akredasi Ladang (SALM) & Sijil Organik Malaysia (SOM)
  • Dalam proses set-up mini farm di compound rumah (Tabuan Jaya)

  • Kami ada menanam sedikit cendawan Ling-zhi & Perut Lembu

  • New!!! "Pyramid starket-kit" & Concept Farm To Kitchen


(Kaki tu Macam Saya Kenal Je.. )

To order Call 016-884 8581

  • Coming Up Next!!! Penyediaan Benih Cendawan..

Ini adalah serba sedikit gambar di Partner Farm Kami..



Mesin Pembancuh..

Dalam masa 4jam boleh menghasilkan 2500beg media.


Bagging Machine kami ada 2 sama macam ni. Yang satu lagi masih baru dan disimpan kat setor..


Salah satu steamer yang ada..Yang ni kami tak pakai.. Simpan dululah..

Kami guna steamer ni aje..Sekali kukusan 2500beg..Yang laki tu, ak Mr.Peter Luk!


Itu Sahaja ..

Thursday, June 26, 2008

Kursus Cendawan

July Intake!!

Pendaftaran dibuka!!


Wednesday, June 25, 2008

Bussines Trip

Pada 21/06/8 - 24/06/08, kami telah berkunjung ke 4 buah farm pengusaha cendawan di Semenanjung Malaysia. Farm yang sempat kami kunjungi adalah RASE,Kulat Enterprise ,Cima Agro & Vita Agrotech. Ini adalah kali ke-2 kami mengunjungi Farm RASE. Kali ni, memang banyak bezanya. Semakin berkembang farm mereka..

Kunjungan pada kali ini amat istimewa kerana kami ditemani oleh Puan Normah. Sesiapa yang pernah mengenali beliau, pasti tidak sangka yang sebenarnya beliau amat peramah & baik hati.
Kalau diikutkan kami bercadang nak mengunjungi Fatisha Agrofarm & Gomi Mushroom. Tapi masa pula yang tak mengizinkan.
Kedatangan kami disambut dengan ramah oleh pengusaha2 cendawan tu yea.. Walaupun hanya chat di dlm blog, tapi seolah-olah mcm dah lama kenal mereka ni..Thanks Ramlee,Mr.Go and Cima's Staff. "Taukeniou" Cima Agro tak ada kat sana sewaktu kunjugan kami kerana sibuk dengan promosi di Jusco.
Ini antara gambar yg sempat kami rakamkan.


Puan Normah & Mr.Go Discussing about...??


Tempat training centre yang disediakan oleh RASE kepada para peserta kursus. Memang lengkap kemudahan yang disediakan .

Para part-timer di Kulat Enterprise tengah rajin buat bagging walaupun dah malam.


Inilah dia rak yg digunakan oleh KE. Semuanya menggunakan besi.. Memang boleh tahan Kulat ni yea..


Bergambar dgn staff di Cima Agro.. Sempat juga merasa frozen Mushroom..Memang sedap.. Makan satu,pasti nak lagi..
(Sebelah saya tukang buat benih di Cima & Sebelah Puan Normah pula "org kuat Cima)


Inilah sebahagian frozen yg dpt saya beli di Cima.Kalau ikutkan nak borong byk2, tapi takut overweight pula..


Ling Zhi farm di Vita Agrotech

Dulu2 dia guna ni, tapi sekarang tak payah dah..

Ini saja yg dapat saya kongsikan. Memang byk yg dpt kita timba ilmu kalau rajin berkunjung ke farm rakan2. Setiap org ada caranya yang tersendiri..

Salam...





Friday, June 20, 2008

Happening Magazine!!

Yesterday was a wonderful day for me.. I met a beautiful lady and very friendly. The person i mentioned about is the Operation Manager for the Happening Magazines.

This is the best oppurtunity for enterpreneur to promote their bussiness. Beside that, a lot of information u can get from THE HAPPENING MAGAZINE!!

Grab for the 8th Edition!!!!
Article about MUSHROOM!!!!

Tuesday, June 17, 2008

Rumah cendawan yang simple & Jimat Kos

Sejak kebelakangan ini, kami agak sibuk dan lama juga tak update blog ini. Kepada sesiapa yang nak mulakan projek baru, saya nasihatkan janganlah buang banyak sgt duit untuk buat bangsal cendawan. Kalau boleh gunalah bahan2 terpakai dan juga murah..

Baru2 ini, saya telah menjenguk rumah cendawan para peserta yg pernah mengikuti kursus sebelum ini..Di antaranya ada 2 buah rumah cendawan yg amat menarik perhatian saya:


Bangsal ini dibina dia dalam car porch.. Simple je kan.. (Serian)

Pondok ni sebenarnya tempat untuk tuan punya beriadah.. Tapi bertambah cantik pula bila dia tampah rak cendawan kat belakang tu.. (Kuching)

Thursday, May 29, 2008

LAPORAN KURSUS PENANAMAN CENDAWAN KE-2

Selamat bertemu kembali..


Pada 25/5 kami telah berjaya menganjurkan kursus penanaman cendawan yang ke-2 dengan jayanya. Seramai 50 orang yang mendaftar tetapi hanya 40 orang yang dapat menghadirkan diri. Kepada sesiapa yang telah mendaftar dan membayar depositnya boleh mengikuti kursus kami yang akan datang iaitu pada bulan Julai..

Kursus pada kali ini,amat berlainan dengan batch yang pertama. Kali ini, para peserta telah menunjukkan semangat dan minat untulk menguruskan perniagaan di dalam industri tanaman cendawan. Dan kepada para pembaca dan pelanggan kami, Mayang Agrotech mengucapkan selamat maju jaya dan andalah bakal usahawan yang berjaya.. Teruskan perjuangan anda!

Kami dari Mayang Agrotech sedia membantu bekas peserta kursus dan bersedia turun padang untuk memantau projek anda!! Dan kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesulitan.. Anda berjaya, kami pun gembira..

Di sini,saya sertakan beberapa gambar pada hari kursus tersebut.



Keadaan dewan yang kami sediakan untuk keselesaan para peserta.




Tengah khusyuk mendengar ceramah..




Happynya abang ni dapat sijil & dah habis menimba ilmu. Pas ni dah boleh start buat projek..Kalau dah berjaya, jgn pula lupa kami yea.




We are one family.




Dah penat bagging,masih tersenyum si Morni ni yea..


Baru pertama kali belajar buat beg, semuanya mcm dah expert..Pandai betul mereka ni yea..

Dah selesai ah.. Sehingga berjumpa lagi..

Thursday, May 22, 2008

Beg Media sentiasa keluar..

Ini adalah sebahagian gambar yang dapat kami rakamkan...Ia adalah beberapa beg media yang dihantar ke beberapa tempat di Sarawak. Banyak lagi tu.. ada yang tempah dlm kuantiti yang banyak.. Untuk pengetahuan pelanggan2 yang dihormati, penghantaran dan pengambilan beg media adalah ditanggung sendiri oleh pembeli.Tetapi bagi pelanggan yang jauh..kami boleh aturkan transportation..

Kini produk kami (ready-made polybeg) berjalan ke byk tempat. Dan kami akan sentiasa memberi perkhidmatan dan kualiti yang terbaik kepada pelanggan kami.


Ke serian..


Ke Bintulu

Ke Sarikei..



Ke Kuching


Ke Sri Aman

Ke Kota Samarahan

Tuesday, May 20, 2008

Prosess Begging..






Inilah suasana yang meriah setiap kali buat prosess ni..


Sekali begging / hari mesti kontrak buat 1k beg. Kalau sehari tak dapat target tu, so terpaksalah kami sambung esok harinya dan baru kami kukus sekali..

Contoh rak yang cantik..

Yang ni dah dipenuhi maisillium, nak order boleh call kami.

Cantiknya kelopak ni yea..

Saturday, May 17, 2008

Produk

---------------------------------------------------------------------

Cendawan Segar





--------------------------------------------------------------------------------
Ready-made Media




-----------------------------------------------------------------------------------------

Set Penutup (4 parts)





-----------------------------------------------------------------------------------------

Set Penutup (3 parts)




-----------------------------------------------------------------------------------------

Tepung Cendawan Goreng


-----------------------------------------------------------------------------------
Cendawan Goreng (Frozen Food)

Monday, May 12, 2008

Servis


***Pembekal Cendawan Segar
***Pembekal Ready-made Polybeg
***Pembekal Peralatan Asas Penanaman Cendawan
***Penganjur Kursus Penanaman Cendawan
***Memberi khidmat nasihat percuma kepada peserta yang pernah menghadiri kursus

Sunday, May 11, 2008

Contact

Pejabat:
Lot 17,Taman Stutong Indah,Lorong Setia Raja 12A,
Jalan Setia Raja,93350 Kuching,Sarawak.

Alamat Ladang : Kampung Mayang Tea,Jln Mongkos ,97000 Serian.

Phone & Fax No:082-368 218

Hpn No: 016-884 8581 / 014-887 6671 / 019-887 6631

Email: mayangagrotech@yahoo.com


Tuesday, May 6, 2008

Alamak!!! Rumah Kukus terbakar!!

Berita yang agak mengejutkan saya.. Rumah kukus dan rumah kami hampir2 terbakar..
Itulah berita yang saya terima semasa saya kat Pesta Kaul Mukah. Kata ayah saya, nasib baik dia tersedar nak tutup api kukusan pada pukul 12mlm. Kalau dia lewat sikit ... hancur semua. Waktu tu pun, dah tinggal sikit lagi hos tu habis.. kalau dah sampai ke tong gas tu... MELETUP!!!!
Walau apapun, nasib semuanya terselamat. Cuma dapur gas tu yang saya nak beli lagi and hosenya.
Now saya tengah cari dan ganti yang baru..




Lawatan Dari Jabatan Pertanian Serian

Pada 30/4/08, saya menerima kunjungan daripada Jabatan Pertanian Serian untuk melihat projek saya.
Saya berasa amat gembira melihat kedatangan mereka, itupun setelah 1minggu lebih saya submit kertas kerja . Terima kasih diucapkan kerana sudi datang.Kunjungan kali ini adalah diatas permohonan dari segi peruntukan untuk mesin2.

Sekarang saya guna mixer ni, kalau boleh nak yang lebih besar..



Inilah kawasan tanah yang luas terbentang akan saya bangunkan.Nampak tak kat atas tu ada gunung.. Boleh tanam shitake tak??

Itu saja, yang dapat saya coretkan. Semoga semuanya berjalan lancar..

Saturday, May 3, 2008

Company Profile


Mayang Agrotech (76437)
Merupakan sebuah syarikat sepenuhnya milikan Bumiputera dan akan terus bergiat untuk berjalan jauh di dalam industri pertanian. Ini kerana " Pertanian Adalah Perniagaan"