Thursday, December 4, 2008

Jalan-jalan Cari Ilmu!!

Selama seminggu kat KL, saya tak nak sia-siakan masa dgn shoping aje.. Saya mesti mengunjung salah satu farm kat sana, baru hati saya rasa lega..

Firstly, saya nak ke Farm En.Nabil, tapi tak sempat pula.Kebetulan waktu saya free en.Nabil tak ada kat sana. But anyway, seronok dpat berbual-bual dgn beliau dan dialah org pertama yg tegur saya kat seminar tu, walaupun tak pernah bersua muka.. Cuma kenal melauli Cyber sahaja..Tapi saya dapat info daripada beliau, yang rombongan daripada Jabatan Pertanian Sarawak nak buat kunjungan ke ladang beliau pada 18/12 ni..
Harap2 mereka, dapat memperjuangkan industri ini nanti..

Tapi niat saya tak sia-sia, dapat juga ke farm salah seorang yg memang dah berpuluh-puluh tahun dlm industri ni. .Sebelum ke seminar, memang dah pun chat kat phone dgn beliau. Tapi tak sangka dpt ,menjejak kan kaki di ladang beliau..Kalau org lama, biasanya susah nak bergaul dgn org baru kan..

Saya amat berpuas hati dgn layanan yang beliau berikan. Yang uniknya, mesin yg beliau gunakan semua direka olehnya sendiri. Ish..ish..kreatif betul yea.. Mgkn anda memang beliau kalau saya letak gambarnya kat sini, tapi dia tak nak publisiti.. "Asalkan pelanggan berpuas hati dgn produk dan servis yang diberikan memang pelanggan akan tetap cari kita" katanya..
Dalam kunjungan tersebut, saya tak lepaskan untuk membeli benih daripada beliau. Sekali pandang, benih tersebut memang mempunyai kualitinya sendiri berbanding dengan benih yg saya gunakan sebelum ini. Amat berpuas hatilah!!! Walaupun belum suntik & tgk hasilnya, tapi dgn melihat paket benih tersebut kita dah nampaknya perbezaanya dan ITULAH YANG SAYA NAK!! Nampak sekali, kaki cendawan tersebut berjalan dgn baik,aktif dan kemas!! Kita perlu tahu untuk menilai sesuatu yg bagus seperti benih cendawan utk mendapatkan hasil yang memuaskan!!!


Benih yang biasa 250grm, hanya menyuntik dlm -/+ 30pkt, tapi daripada beliau yg dah lama ni, benihnya mampu menyuntik dalam -/+60 pkt. Memang logik, sekiranya benih tersebut sgt aktif. Kalau ianya dihasilkan dari baka yg bagus dan aktif, sudah tentunya walaupun setitik dah memadai..

Kalau nak cuba & order boleh hubungi beliau - 016- 313 5977

Masih byk lagi, gambar ni hanya sebahagian sahaja..

Pekerja pun, kena tutup kepala..Adalah tujuannya..


Susunan beg media dan rak yg tegap & kemas



Eh..enapa beliau buat begini?? Itulah yg saya tanya kat dia. Beliau juga tak terlepas dr serangan tikus.Ini kerana kwsn beliau byk pokok dan tumbuh-tumbuhan..Bila tikus nak buka tutudung tu makan gandum, ia akan tergelincir.. Padan Muka tikus!!!


Steamer yg beliau gunakan.

No comments: